HidupTanpaUMNO: PETRONAS jual dengan harga kos kepada rakyatMalaysia.
 
 
Kadang kadang banyak mengembara, banyak membaca dan banyak
mendengar akan menambah ilmu kita. Saya bukan jenis orang yang rajin mendengar
ceramah. Bagi saya dari mendengar ceramah, biar saya duduk dirumah, mengambil
nafas nafas yang ada didalam kesibukan mencari rezki dan aktiviti luar. 
 
Tetapi malam tadi apabila mendengar satu ceramah, saya mendapat berita baru 
bahawa Arab
Saudi menjual minyaknya dengan dua harga. Satu dengan harga pasaran dunia untuk
pasaran antarabangsa dan satu dengan harga untuk pasaran tempatan.
 
Arab Saudi mengambil untung dengan menjual dipasaranantarabangsa. Tetapi saya 
diberitahu bahawa untuk pasaran tempatan, Arab Saudimenjual dengan harga kos 
kepada rakyatnya. Mungkin rakan rakan yang bekerja di Arab Saudi boleh 
mengesahkan aspek ini.

 
Maka adakah tidak mungkin untuk PETRONAS melakukansedemikian rupa.  Pada saya 
Petronasboleh melakukannya. Akibat kepada Petronas ialah keuntungannya akan 
menjadikurang. Contohnya, dengan keuntungan dalam 50 billion, tetapi dengan 
mengambilkaedah itu mungkin keuntungannya menjadi 35billion. Untung tetap 
untung Cumauntungnya kurang sedikit. Saya rasa kepimpinan Petronas bukannya nya 
beriman kan kapitalis dimanakeuntungan mesti berlebih lebihan. 
 
Kalau pun Petronas untung yang keterlaluan, yang mendapatkebaikannya ialah 
UMNO, BN dan juak juak nya. Rakyat juga akan mendapat untungtetapi untung yang 
mungkin nilai isi kelapa yang telah diperah empat lima kali. Yang manasantan 
nya hanya tinggal titikan santan. Yang untung besar ialah juak juak 
danpetualang petualang Negara dari kalangan pimpinan UMNO itu sendiri. 
Kalautidak, tidak mungkin ada isteri pimpinan UMNO yang mempunyai beg 
tanganbernilai belasan ribu. Mudah mudahan beg tangan itu dapat dibawa 
kedalamkeranda pada satu masa nanti.
 
Penutupnya, Petronas boleh melakukannya sekiranya kepimpinan
petronas berjiwa rakyat dan kepimpinan Petronas tidak berimankan sikap
kapitalis.
 

 
   
   
   
   
   
  Assalamualaikum, Peace Be Upon U.
  (mohon maaf jika tulisan saya berbunyi keras...mgkin jari jari saya ni keras 
kott....)
  semoga bermanfaat dan di berkati Allah
   hamdy   013 3696712 
  HR&Process Consultant 
Property Negotiator@(agent) 
[EMAIL PROTECTED] ym:hamdy065 
Blog Saya: 
http://ubahb4parah.blogspot.com 
http://www.rancanghidup.blogspot.com 
http://satuallah3aqidah.blogspot.com/
[sila cc email direct pada saya utk sebarang isu ]





      
____________________________________________________________________________________
Special deal for Yahoo! users & friends - No Cost. Get a month of Blockbuster 
Total Access now 
http://tc.deals.yahoo.com/tc/blockbuster/text3.com

Kirim email ke