Kenyataan Akhbar Dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia Berhubung Isu 
Penayangan 'FITNA&rsquo
2008-04-01 
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan penayangan filem 
FITNA oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang secara terang - terangan 
menghina Al - Quran. 

Tindakan biadap dan keji ini merupakan satu bentuk penghinaan terhadap umat 
Islam di seluruh dunia dan perlu dikutuk oleh semua masyarakat Islam di negara 
ini. Tindakan tidak bertanggungjawab serta boleh mengeruhkan keamanan dunia dan 
perhubungan di antara agama ini perlu dibantah oleh masyarakat pengguna Islam. 

PPIM bersama dengan ahli Majlis Permuafakatan Antara NGO (MAPAN) menggesa 
masyarakat pengguna Islam di negara ini melancarkan boikot terpilih produk 
keluaran Belanda bagi menyuarakan bantahan secara aman terhadap penghinaan 
serta provokasi ke atas agama Islam.



Boikot terpilih ini diharapkan akan berjaya menghantar isyarat yang jelas 
kepada pihak yang berkenaan agar tidak melakukan perkara yang biadap ini kepada 
sesiapapun dan belajar menghormati sesama manusia demi mewujudkan masyarakat 
dunia yang cintakan keamanan. 

Kempen Boikot 3 produk, terpilih ini Shell, Dutch Lady, Philips  akan 
membolehkan semua masyarakat pengguna Islam di Malaysia dan seluruh dunia 
menyuarakan bantahan secara aman dan melakukan sesuatu bagi mengutuk serta 
membantah tindakan biadap serta terkeji ini. 

Kempen boikot terpilih ini adalah juga sebagai tanda protes terhadap Ahli 
Parlimen Belanda Geert Wilders yang jelas menghina Islam secara terang - 
terangan. Tiada gunanya kita bersikap agresif bagi menyuarakan bantahan tetapi 
PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang 
jelas bahawa jangan mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam. Justeru, 
masyarakat pengguna Islam di Negara ini perlu bangkit dan lebih bijak 
mempertahankan hak dan maruah kita dengan bijaksana. 

Masyarakat pengguna Islam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung 
produk keluaran Belanda dengan melayari laman web PPIM 
www.muslimconsumer.org.my atau menghubungi talian hotline kami di 019-3591000.

http://jim.org.my/module2.php?module=bahumum&id=166




--------------------------------------------------------------------------------


Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala

      RM1 setiap bulan kepada Palestin 

Masukkan derma anda ke dalam akaun: 
'Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia' 
Bank Islam Malaysia - No. Akaun 12113010005797
Maybank - No. Akaun 562209608847
http://palestinkini.info/ 
http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf

Disaster and Emergency Response Unit [Deru] Donation:
Masukkan ke akaun JIM Johor di 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Akaun no.  01014010010372 
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun

http://hidayahnet.multiply.com
http://hidayahnet.ourtoolbar.com/

<<234_60c.gif>>

Kirim email ke