Assalamu'alaikum,

Mungkin betul yang saudara cakap tu, yang Petronas untung 50 billion, tetapi 
kena kita tak dapat merasa tempiasnya?

Saya bukanlah ahli ekonomi, tetapi saya ada sedikit pandangan tentang hal ini.

Mungkin banyak sebabnya mengapa Petronas tidak mencurahkan semua untungnya 
kepada rakyat Malaysia. Satu, manusia diciptakan dengan perasaan sentiasa tidak 
cukup dengan apa yang ada. Setiap tahun, Petronas akan menaikkan jumlah 
sumbangannya kepada KDNK negara. Setiap tahun. Apabila setiap kali dinaikkan, 
maka kelam kabutlah generasi yang seterusnya kerana 'expectation' kita sebagai 
manusia akan turut sama naik. Jika tahun lepas jumlahnya (katakanlah) 20 
billion, kemudian kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan, jumlah tahun ini 
menjadi hanya 10 billion, adakah kita akan BERSYUKUR? Saya fikir, tidak. Kerana 
apabila jumlahnya menjadi kurang, subsidi minyak akan dikurangkan, dan 
menyebabkan harga minyak tiba2 naik, dan harga barang akan tiba2 naik. Tambahan 
pula, apabila bajet negara berkurang, maka banyak projek2 akan tergendala. 
BERSEDIAKAH kita untuk menghadapi keadaan itu? Jadi pada pendapat saya, adalah 
langkah yang sesuai jika keuntungan itu diagihkan secara berpada2, dengan 
syarat untung selebihnya itu tidak disalahgunakan.

Kedua, ingatlah, Petronas dan minyak negara umpama seekor itik yang bertelur 
emas. Sampai masanya nanti, itik itu akan menghadapi zaman 'menapous'. Adakah 
kita akan hanya goyang kaki menunggu itik itu bertelur setiap hari, kemudian 
kita pergi jual telur emas di pasar, kemudian kita guna duit itu untuk bayar 
bill ASTRO, dan kita balik rumah hanya duduk atas sofa menonton ASTRO? 
Sepatutnya, duit itu kita gunakan untuk membina perniagaan kita (modal dan 
sebagainya), bukannya digunakan untuk bersuka ria. Jadi, jika kita dapat 
tempias untung Petronas, alhamdulillah, gunakanlah sebaiknya untuk MEMBINA 
sesuatu yang bakal membawa kebaikan pada masa depan, dan bukannya untuk bersuka 
ria. Maka apabila ditakdirkan tiada lagi subsidi dll, kita sudah bersedia untuk 
menghadapinya.

Ketiga, untung Petronas itu bukanlah digunakan untuk ditanam dalam tanah, tiada 
siapa2 yang tahu mengenainya. Keuntungan itu melambangkan keutuhan Petronas di 
mata dunia. Dan keutuhan itu amat2 kritikal pada hari ini. Sekarang, Petronas 
mungkin menyedari bahawa minyak dan gas di Malaysia sudah berkurang, maka amat 
perlu untuk Petronas keluar ke negara2 lain mencari dan membantu dalam 
mengeluarkan minyak dan gas di sana. Dan Petronas perlu berlawan dengan 
syarikat2 minyak gergasi yang lain. Mungkin kita tidak menyedari, tetapi berkat 
daripada keutuhan nama baik Petronas (dan kuasa Allah), kita dapat merasa 
tempias minyak dari negara2 seperti Sudan, Vietnam dll kerana 5% (2.5 billion) 
untung Petronas datang daripada Sudan semata2.

Saudara2ku, amat tidak adil untuk kita mengatakan itu dan ini kepada sesiapa 
yang mungkin kita sendiri tidak mengenalinya. Mungkin, amat mungkin untuk duit 
itu disalahgunakan, tetapi peliharalah mulut dan hati kita daripada mengatakan 
apa yang kita tidak tahu, dan berimanlah kepada Allah dan Hari Akhirat, 
insya-Allah kita dirahmati.


To: [EMAIL PROTECTED]: Date: Sat, 29 Mar 2008 09:27:01 -0700Subject: Help 
Palestine [hidayahnet] HidupTanpaUMNO: PETRONAS jual dengan harga kos kepada 
rakyat Malaysia.







HidupTanpaUMNO: PETRONAS jual dengan harga kos kepada rakyat Malaysia.


Kadang kadang banyak mengembara, banyak membaca dan banyak mendengar akan 
menambah ilmu kita. Saya bukan jenis orang yang rajin mendengar ceramah. Bagi 
saya dari mendengar ceramah, biar saya duduk dirumah, mengambil nafas nafas 
yang ada didalam kesibukan mencari rezki dan aktiviti luar.

Tetapi malam tadi apabila mendengar satu ceramah, saya mendapat berita baru 
bahawa Arab Saudi menjual minyaknya dengan dua harga. Satu dengan harga pasaran 
dunia untuk pasaran antarabangsa dan satu dengan harga untuk pasaran tempatan.

Arab Saudi mengambil untung dengan menjual dipasaran antarabangsa. Tetapi saya 
diberitahu bahawa untuk pasaran tempatan, Arab Saudi menjual dengan harga kos 
kepada rakyatnya. Mungkin rakan rakan yang bekerja di Arab Saudi boleh 
mengesahkan aspek ini.

Maka adakah tidak mungkin untuk PETRONAS melakukan sedemikian rupa.  Pada saya 
Petronas boleh melakukannya. Akibat kepada Petronas ialah keuntungannya akan 
menjadi kurang. Contohnya, dengan keuntungan dalam 50 billion, tetapi dengan 
mengambil kaedah itu mungkin keuntungannya menjadi 35billion. Untung tetap 
untung Cuma untungnya kurang sedikit. Saya rasa kepimpinan Petronas bukannya 
nya beriman kan kapitalis dimana keuntungan mesti berlebih lebihan.

Kalau pun Petronas untung yang keterlaluan, yang mendapat kebaikannya ialah 
UMNO, BN dan juak juak nya. Rakyat juga akan mendapat untung tetapi untung yang 
mungkin nilai isi kelapa yang telah diperah empat lima kali. Yang mana santan 
nya hanya tinggal titikan santan. Yang untung besar ialah juak juak dan 
petualang petualang Negara dari kalangan pimpinan UMNO itu sendiri. Kalau 
tidak, tidak mungkin ada isteri pimpinan UMNO yang mempunyai beg tangan 
bernilai belasan ribu. Mudah mudahan beg tangan itu dapat dibawa kedalam 
keranda pada satu masa nanti.

Penutupnya, Petronas boleh melakukannya sekiranya kepimpinan petronas berjiwa 
rakyat dan kepimpinan Petronas tidak berimankan sikap kapitalis.







Assalamualaikum, Peace Be Upon U.
(mohon maaf jika tulisan saya berbunyi keras...mgkin jari jari saya ni keras 
kott....)
semoga bermanfaat dan di berkati Allah
 hamdy   013 3696712
HR&Process Consultant Property Negotiator@(agent) [EMAIL PROTECTED] ym:hamdy065 
Blog Saya: http://ubahb4parah.blogspot.com http://www.rancanghidup.blogspot.com 
http://satuallah3aqidah.blogspot.com/[sila cc email direct pada saya utk 
sebarang isu ]


Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.







_________________________________________________________________
More immediate than e-mail? Get instant access with Windows Live Messenger.
http://www.windowslive.com/messenger/overview.html?ocid=TXT_TAGLM_WL_Refresh_instantaccess_042008

Kirim email ke