Assalamualaikum dan Selamat Siang,
Dalam masyarakat Malaysia serta bangsa Melayu khususnya menumpukan segala 
kemarahan terhadap KJ muda dan bapa mertuanya, jangalah pula dilupakan peranan 
KJ tua...
http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/04/antara-dua-kj.html
Wassalam ...

Ikhlas,
A M Ubaidah S
Antara Dua KJ 
Dalam keghairahan kita mewar-warkan pengaruh seorang KJ, Khairy Jamaluddin, 
dalam mencatur jahanamnya pengaruh Melayu di tanah sendiri, kita harus waspada 
akan hadirnya seorang lagi insan 'seabjad' sebagai pendukung kehancuran 
negara-bangsa. Siapakah gerangan KJ yang lagi satu ini jika bukan Kamaruddin 
Jaafar, teman setia Anwar Ibrahim.

Kamaruddin Jaafar? Bukankah beliau Setiausaha Agung PAS sekarang? Kalau beliau 
benar-benar setia kepada Anwar Ibrahim, kenapakah beliau tidak menyertai PKR? 
Tidakkah tindakan menyertai PKR juga lebih sesuai dengan naluri KJ ini yang 
juga seorang 'intelek' dan pemacu Institut Kajian Dasar suatu masa dahulu? Ini 
profilnya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamaruddin_Jaafar

Anwar Ibrahim mungkin ada pelbagai kepincangan, tetapi kalau tidak licik 
berpolitik, tidak mungkin beliau dapat menghinggapi sebentar kedudukan Timbalan 
Presiden UMNO dahulu. Masuknya Kamaruddin Jaafar ke dalam PAS sebenarnya 
sebahagian dari usaha Anwar untuk memastikan pengaruh beliau tetap tegar dalam 
PAS mahupun UMNO selepas kejatuhannya.

Lihat sahaja betapa ramai kuncu-kuncu Anwar yang tidak lari dari UMNO, malah 
mengisytihar 'taubat' sekuat-kuatnya semata-mata untuk kekal menghendap di 
PWTC. Malah, ramai juga penyokong kuat dan 'fan-club' Anwar dari zaman 
reformasi yang kemudiannya menyertai UMNO, seperti Khairy Jamaluddin 
bersama-sama puak-puak yang kini dikenali sebagai penghuni Tingkat 4.

Persamaan antara KJ tua (Kamaruddin) dan KJ muda (Khairy) ini ketara sekali. 
Mereka berdua-dua tetap taksub Anwar tetapi cukup handal bermuka-muka. 
Kedua-duanya kaya hasil usaha mengkroni (KJ tua) atau menepot (KJ muda). 
Katanya kedua-duanya pandai-pandai belaka, dengan IKD lah, dengan Oxford lah.

Kini mereka juga bersatu dalam suatu misi, iaitu pemusnahan UMNO demi menaikan 
Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri boneka Yahudi pertama Malaysia.

KJ tua melakukan ini secara langsung dan sengaja. Dengan kedudukan kuatnya 
sebagai Setiausaha Agung PAS serta antara penyumbang wang terbanyak kepada 
parti tersebut, beliau telah menolak usaha pembentukan kerajaan BN-PAS, 
bermajoriti Melayu serta Islam, di negeri-negeri Selangor dan Perak mahupun di 
Parlimen. Ini walaupun usaha tersebut direstui Tok Guru dan sekaligus 
membatalkan 2 kedudukan Menteri kabinet pusat serta MB Selangor untuk PAS.

KJ muda pula mendukung Anwar secara tidak langsung dan tak sengaja. Dengan 
kedudukan kuatnya sebagai menantu Pak Lah, beliau tak putus-putus mengesyorkan 
supaya bapa mertuanya kekal di tampuk kuasa, sekaligus menguatkan keupayaan 
Anwar bagi menarik ahli Parlimen UMNO untuk 'lompat pagar' ke dalam KeAdilan. 
Ini pula selepas calon-calon BN pilihan KJ muda untuk PRU-12 terlalu ramai 
kecundang di tangan calon PKR!

Menarik sekali, dalam sengaja dan tidak sengaja mereka, kedua-dua KJ kelihatan 
berganding tenaga dalam usaha merealisasikan cita-cita idola mereka, Anwar 
Ibrahim. Malang sekali bagi mereka, kerajaan PKR yang bakal dibentuk pasti lain 
sekali dari kerajaan BN berkepimpinan UMNO dahulu mahupun kerajaan PAS yang 
berlandaskan Islam.

Kerajaan Anwar Ibrahim bakal mirip kerajaan Bollywood di mana jalan kerja 
dihindari pertelagahan PAS-DAP, persengkataan PKR India Liberal-PKR Melayu 
'lompat pagar' dari UMNO, kepincangan kemampuan pentadbiran Anwar sendiri, 
namun tetap syok sendiri akibat kelincahan penarik tali boneka Yahudinya. 

Oh ya, pasti kerajaan Anwar juga akan ada 2 Menteri kabinet yang sering 
bersengketa, KJ tua dan KJ muda!

http://www.thoughtsintangents.blogspot.com


      ___________________________________________________________ 
Yahoo! For Good helps you make a difference  

http://uk.promotions.yahoo.com/forgood/

Kirim email ke