Nada tulisan menghentam DSAI dan KJ tua ni seolah olah penulis ni dari dari geng TDM/Ku Li untuk menjatuhkan Pak Lah. Tak habis habis menfitnah orang. Bila Melayu nak pandai ni? Tak ada kerja lain ke?
>>> Akhramsyah Sanusi 04/04/2008 08:31 >>> Assalamualaikum dan Selamat Siang, Dalam masyarakat Malaysia serta bangsa Melayu khususnya menumpukan segala kemarahan terhadap KJ muda dan bapa mertuanya, jangalah pula dilupakan peranan KJ tua... http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/04/antara-dua-kj.html Wassalam ... Ikhlas, A M Ubaidah S Antara Dua KJ Dalam keghairahan kita mewar-warkan pengaruh seorang KJ, Khairy Jamaluddin, dalam mencatur jahanamnya pengaruh Melayu di tanah sendiri, kita harus waspada akan hadirnya seorang lagi insan 'seabjad' sebagai pendukung kehancuran negara-bangsa. Siapakah gerangan KJ yang lagi satu ini jika bukan Kamaruddin Jaafar, teman setia Anwar Ibrahim. Kamaruddin Jaafar? Bukankah beliau Setiausaha Agung PAS sekarang? Kalau beliau benar-benar setia kepada Anwar Ibrahim, kenapakah beliau tidak menyertai PKR? Tidakkah tindakan menyertai PKR juga lebih sesuai dengan naluri KJ ini yang juga seorang 'intelek' dan pemacu Institut Kajian Dasar suatu masa dahulu? Ini profilnya: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kamaruddin_Jaafar Anwar Ibrahim mungkin ada pelbagai kepincangan, tetapi kalau tidak licik berpolitik, tidak mungkin beliau dapat menghinggapi sebentar kedudukan Timbalan Presiden UMNO dahulu. Masuknya Kamaruddin Jaafar ke dalam PAS sebenarnya sebahagian dari usaha Anwar untuk memastikan pengaruh beliau tetap tegar dalam PAS mahupun UMNO selepas kejatuhannya. Lihat sahaja betapa ramai kuncu-kuncu Anwar yang tidak lari dari UMNO, malah mengisytihar 'taubat' sekuat-kuatnya semata-mata untuk kekal menghendap di PWTC. Malah, ramai juga penyokong kuat dan 'fan-club' Anwar dari zaman reformasi yang kemudiannya menyertai UMNO, seperti Khairy Jamaluddin bersama-sama puak-puak yang kini dikenali sebagai penghuni Tingkat 4. Persamaan antara KJ tua (Kamaruddin) dan KJ muda (Khairy) ini ketara sekali. Mereka berdua-dua tetap taksub Anwar tetapi cukup handal bermuka-muka. Kedua-duanya kaya hasil usaha mengkroni (KJ tua) atau menepot (KJ muda). Katanya kedua-duanya pandai-pandai belaka, dengan IKD lah, dengan Oxford lah. Kini mereka juga bersatu dalam suatu misi, iaitu pemusnahan UMNO demi menaikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri boneka Yahudi pertama Malaysia. KJ tua melakukan ini secara langsung dan sengaja. Dengan kedudukan kuatnya sebagai Setiausaha Agung PAS serta antara penyumbang wang terbanyak kepada parti tersebut, beliau telah menolak usaha pembentukan kerajaan BN-PAS, bermajoriti Melayu serta Islam, di negeri-negeri Selangor dan Perak mahupun di Parlimen. Ini walaupun usaha tersebut direstui Tok Guru dan sekaligus membatalkan 2 kedudukan Menteri kabinet pusat serta MB Selangor untuk PAS. KJ muda pula mendukung Anwar secara tidak langsung dan tak sengaja. Dengan kedudukan kuatnya sebagai menantu Pak Lah, beliau tak putus-putus mengesyorkan supaya bapa mertuanya kekal di tampuk kuasa, sekaligus menguatkan keupayaan Anwar bagi menarik ahli Parlimen UMNO untuk 'lompat pagar' ke dalam KeAdilan. Ini pula selepas calon-calon BN pilihan KJ muda untuk PRU-12 terlalu ramai kecundang di tangan calon PKR! Menarik sekali, dalam sengaja dan tidak sengaja mereka, kedua-dua KJ kelihatan berganding tenaga dalam usaha merealisasikan cita-cita idola mereka, Anwar Ibrahim. Malang sekali bagi mereka, kerajaan PKR yang bakal dibentuk pasti lain sekali dari kerajaan BN berkepimpinan UMNO dahulu mahupun kerajaan PAS yang berlandaskan Islam. Kerajaan Anwar Ibrahim bakal mirip kerajaan Bollywood di mana jalan kerja dihindari pertelagahan PAS-DAP, persengkataan PKR India Liberal-PKR Melayu 'lompat pagar' dari UMNO, kepincangan kemampuan pentadbiran Anwar sendiri, namun tetap syok sendiri akibat kelincahan penarik tali boneka Yahudinya. Oh ya, pasti kerajaan Anwar juga akan ada 2 Menteri kabinet yang sering bersengketa, KJ tua dan KJ muda! http://www.thoughtsintangents.blogspot.com ___________________________________________________________ Yahoo! For Good helps you make a difference http://uk.promotions.yahoo.com/forgood/ DISCLAIMER: This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.
