Umat Islam Perlis bantah filem 'Fitna'  *Bashir Ishak*
Fri | Apr 04, 08 | 5:16:12 pm MYT

*KANGAR, 4 April (Hrkh) -* Kira-kira 300 orang umat Islam berhimpun di
pekarangan Masjid Tuanku Syed Putra dekat sini tengahari tadi dalam himpunan
aman membantah penghinaan terhadap agama Islam melalui filem pendek 'Fitna'
yang diterbitkan oleh Geert Wilders.

[image: Image]Himpunan aman ini dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perlis
(DPPs) dan berlangsung selama kira-kira 30 minit selepas solat Jumaat.

Ketua DPPPs, Ustaz Ya'akub Abu Seman memulakan ucapan diikuti oleh Exco
Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Zolkharnain Abdin sebelum diakhiri dengan doa
oleh Timbalan Ketua DPPPs, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil.

Dalam ucapannya, Ustaz Zolkharnain menyeru umat Islam untuk bangkit
menyatakan bantahan terhadap golongan yang secara terang-terangan menyatakan
penghinaan terdadap Islam.

"Kita umat Islam tidak pernah menghina agama lain, kita tak pernah buat
filem tetntang agama mereka, tak pernah hina tuhan mereka, tak pernah
menghina sembahan mereka dan juga tidak pernah menghina rumah ibadat mereka.


[image: Image]"Kita cukup bertolak ansur dengan pegangan agama mereka, tapi
nampaknya mereka tidak mengambil sikap yang sama terdadap agama kita. Mereka
menghina kita di mana-mana sahaja termasuk melalui filem, kartun dan
lain-lain bentuk penyiaran," katanya.

Justeru beliau mengajak umat Islam mengambil tindakan memboikot barangan
keluaran negeri Belanda walaupun tidak memberikan kesan yang besar.

"Kesannya tidaklah sebesar mana bagi kita di sini, tapi ini sudah cukup
untuk membuktikan solidariti atau kesepaduan suara kita umat Islam terdhadap
mereka," serunya.

Selain beliau turut meminta pihak kerajaan dan mufti untuk menganjurkan
program penerangan kepada orang ramai untuk memberitahu rancangan jahat
musuh-musuh Islam.

"Gunakanlah daya intelektual yang dianugerahkan Allah untuk menganjurkan
dialog antara agama supaya berlaku hubungan yang baik antara penganut
agama," katanya lagi. - mks.


-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke