BN cuba mainkan isu perkauman - Guan Eng  *Mohd Sabri Said*
Tue | Apr 08, 08 | 2:51:33 pm MYT

*GEORGETOWN, 8 April (Hrkh) -* Pertemuan antara Presiden PAS, Dato' Seri
Abdul Hadi Awang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pagi tadi di
Pejabat Ketua Menteri aras 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) merangka
jalinan muhibbah untuk menghindarkan percakaran perkauman di Malaysia.

[image: Image]Ketua Menteri ketika bercakap pada pemberita dalam sidang
media bersama Presiden PAS menegaskan, isu perkauman sengaja dimainkan oleh
Barisan Nasional (BN) bagi merenggangkan parti-parti khususnya Parti
Tindakan Demokratik (DAP) dan PAS.

"Jika renggang bermakna BN boleh menang lagi maka tindakan merapatkan
Pakatan Rakyat (PR) perlu dilaksanakan untuk menyelamatkan rakyat daripada
terus dihimpit penderitaan dan kezaliman termasuk kenaikan harga barangan
dan petroleum, " ujarnya.

Kerajaan Pulau Pinang akan menubuhkan 'Majlis Silatulrahim Antara Agama'
bagi merealisasikan situasi sekarang kerana rakyat melihat perkembangan baik
untuk melahirkan pendekatan antara kaum.

Ini kerana, setiap pendekatan PAS ada persamaan yang boleh digerakkan
bersama kerajaan negeri selain bertindak merancang sebagai halatuju.

[image: Image]Sementara itu, Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam
kenyataannya menegaskan, Malaysia memerlukan satu gagasan di bawah Pakatan
Rakyat bagi mengimbangkan kesedaran rakyat dalam pilihan raya umum ke-12
lalu.

Sekarang ini tidak timbul lagi ketakutan orang Islam mengundi DAP atau bukan
Islam mengundi PAS.

Atas rasa kepentingan penyatuan berada dalam satu gagasan, PAS tetap
berpendapat ia amat wajar diadakan bagi menghadapi BN yang semakin rapuh.

"Kunjungan hormat saya pada hari ini juga inginkan satu pendekatan bersama
bagi menyelamatkan rakyat sekaligus membawa rakyat ke satu tahap yang
membanggakan, " tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Hadir serta bersama rombongan kunjung hormat pagi tadi ialah Naib Presiden
PAS, Mohamad Sabu; Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Setiausaha
PAS Negeri, Fazhil Kemi dan Ketua Penerangan PAS Negeri, Haji Halim Saleh. -
mks.

-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke