Mangsa kebakaran kecewa MIC tidak beri bantuan bina rumah *Salman Hussin* Tue | Apr 08, 08 | 7:04:02 am MYT
*KLUANG, 8 April (Hrkh) �* Seorang ibu tunggal, Pachy Mocrusamy, 56, dari Taman Layang-Layang Simpang Renggam, dekat sini, kecewa dengan kegagalan MIC menyalurkan bantuan bagi membolehkan beliau membina semula rumahnya yang musnah dalam kebakaran lebih setahun lalu. [image: Image]"Sehingga hari ini MIC hanya memberi bantuan wang sebanyak RM500 sahaja, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pula, sebanyak RM1500, wang ini tidak cukup untuk membina tapak asas rumah ini. "Kita pun tidak minta mereka biayai semua kos membina semula rumah ini, apa yang kita harapkan cuma kos untuk membina tapak asasnya sahaja, selebihnya kita akan usaha untuk buat sendiri sedikit demi sedikit sebab kita pun tidak mempunyai wang yang banyak,"katanya ketika ditemui Harakahdaily di sini. Pachy yang kematian suami sejak lapan tahun lalu mendakwa mengalami kerugian hampir RM90,000, berikutan rumahnya yang musnah dalam kebakaran pada hari Deepavali tahun lalu. Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, mereka sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah sama sekali dalam kebakaran ini. "Tiada satu barang pun yang dapat diselamatkan, semuanya musnah termasuk wang tunai dan juga barang kemas, sekarang ini saya bersama tiga anak saya terpaksa menumpang di rumah salah seorang anak saya di taman berhampiran dan anak saya itu terpaksa pula menyewa rumah lain. "Saya sudah puas berusaha meminta bantuan dari MIC dan juga wakil rakyat di sini tetapi sampai sekarang permohonan saya masih tidak diberi perhatian sewajarnya,"jelasnya. - mks. -- "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" "Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
