*

Kemerdekaan Kosovo
Menanti Sokongan Dunia Islam






Masyarakat Islam Kosovo meminta dunia Islam membantu memberikan
pengiktirafan terhadap pengisytiharan kemerdekaan negara mereka secara rasmi
dari Serbia. Mereka juga meminta agar dunia Islam turut membantu pembangunan
negara mereka agar lebih baik pada masa akan datang.





Dalam majlis perayaan hari kemerdekaan, Ahad 17 Februari lalu, ribuan
masyarakat Islam Kosovo berarak di jalan raya. Mereka menyatakan hari itu
adalah hari yang sangat bersejarah bagi mereka. Pelbagai organisasi Islam
yang turut sama menyertai perarakan mengungkapkan bahawa mereka ingin
menyampaikan pesanan kepada seluruh umat Islam agar segera mengiktiraf dan
memberikan sokongan terhadap pengisytiharan kemerdekaan Kosovo.

 Shabri Bagouri, Pengerusi Imam Masjid Kosovo menyerukan agar masyarakat
Islam antarabangsa mengiktiraf segera negara Kosovo yang mempunyai bilangan
penduduk beragama Islam seramai 96 peratus daripada jumlah penduduknya
seramai dua juta orang.

 Shabri menegaskan bahawa negara Kosovo amat memerlukan sokongan politik
negara-negara Islam demi mengukuhkan perancangan masa depan negara baru di
rantau Balkan itu.

 "Lebih-lebih sokongan ekonomi bagi membolehkan Kosovo bangkit menjadi
negara maju," tegas beliau. Meski majoriti penduduknya beragama Islam, namun
pentadbir Kosovo melahirkan komitmen akan tetap melindungi etnik Serbia yang
menjadi penduduk minoriti di negara itu.

 Masyarakat minoriti tidak perlu khuatir kerana Islam mengajarkan untuk
berbuat baik dengan siapa sahaja dan apa yang dilakukan penduduk Kosovo
ketika ini adalah menuntut haknya yang sah untuk menjadi sebuah negara yang
merdeka.

 Penduduk Kosovo pasti tidak akan melupakan pembunuhan beramai-ramai yang
dilakukan oleh etnik Serbia terhadap masyarakat Islam di Kosovo pada era
1990-an. Ketika itu, keinginan masyarakat Kosovo untuk merdeka dijawab
dengan penyembelihan beramai-ramai, perogolan, perampasan harta, dan
pembersihan etnik. Etnik Albania terpaksa memilih antara menjadi pelarian
atau dibunuh. Perang di Kosovo telah membunuh lebih 10 ribu rakyat Kosovo
dari etnik Albania dan mengakibatkan hampir satu juta penduduk Kosovo
menjadi pelarian.

 Kosovo, atau dalam bahasa Albania disebut sebagai Kosova, sebelumnya adalah
sebuah negeri bahagian di bawah pentadbiran Serbia dengan status Daerah
Autonomi sejak kemerdekaan Yogoslavia. Namun selepas Perang Kosovo, kawasan
ini berada di bawah pentadbiran PBB.

 Deklarasi kemerdekaan yang cuba disuarakan penduduknya selalu ditentang
oleh Serbia. Usaha pertama pada tahun 1990 gagal kerana pencerobohan Serbia.
Penentangan yang tidak seimbang antara Serbia dengan gerila Kosovo atau KLA
ini menyebabkan tragedi pembunuhan dan pelarian secara beramai-ramai. NATO
yang dipimpin oleh Amerika Syarikat mengusir Serbia dengan serangan udara
selama 78 hari sejak September 1998. Kosovo kemudian berada di bawah
perlindungan PBB dan NATO.

 Etnik Albania memanggil Kosovo dengan nama Republik Kosova dan
mengisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka secara senyap-senyap antara
tahun 1990-1999, meski hanya diakui oleh Albania. Pada tanggal 17 Februari
2008 Kosovo mengisytiharkan memerdekakan secara rasmi dan mendapat sokongan
dari negaranegara Eropah dan Amerika Syarikat.
*

-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke