Bekas Pengarah Pendidikan sertai PAS  *Johari Jaafar*
Tue | Apr 08, 08 | 4:19:06 pm MYT

*BIDOR, 8 April (Hrkh) -* Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dato'
Adnan Ibrahim bersama 80 orang pengikutnya membulatkan tekad menyertai PAS
sekaligus membentuk jawatankuasa penaja PAS Cawangan Jeram Mengkuang
semalam.

[image: Image]Di majlis yang sama, Adnan turut mengumpulkan 50 orang India
bagi membentuk Kelab Penyokong PAS Masyarakat India.

Majlis berlangsung di Dewan Orang Ramai Jeram Mengkuang.

Penyerahan borang keahlian PAS dan borang penyertaan Kelab Penyokong PAS
dilakukan Adnan kepada Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Nor Azli Musa.

Beliau yang ditemui selepas majlis penyerahan borang keahlian PAS itu
memberitahu pernah menjadi Ketua Penerangan Umno cawangan pada 1982.

"Pada tahun 1983 saya tidak dipanggil ke mesyuarat cawangan dan setelah
diselidiki rupanya surat lambat dihantar kepada saya; ini tindakan sabotaj
untuk pastikan saya tidak dapat hadir ke mesyuarat itu," katanya.

Apabila Umno masuk ke Sabah pada awal tahun 1990-an beliau adalah antara
orang yang terlibat.

"Saya bersara dari Pengarah Pendidikan Perak pada 2004 dan bercadang bergiat
di peringkat cawangan; sekali lagi saya dihalang malah pengikut saya seramai
40 orang tidak didaftarkan, saya cukup kecewa," jelasnya.

Beliau mengakui membantu jentera gerak gempur BN bagi mempastikan calon PAS
kalah pada pilihan raya umum 2004 sehingga menyebabkan tiga Adun dan dua
ahli Parlimen PAS gagal mengekalkan kerusi yang dimenangi pada 1999.

Menurut Adnan, hilang keyakinan kepada Umno mendorong beliau menyertai PAS.

Semasa berucap, dua kali beliau terpaksa memberhentikan ucapan kerana sebak
mengenangkan peristiwa lalu.

"Saya ini banyak buat salah, menukarkan guru-guru ke tempat yang jauh; saya
ingin menebus kesalahan saya, kerana itulah saya menyertai PAS, bimbinglah
saya sekeluarga," katanya dengan nada sayu.

Beliau berjanji akan berjuang bersama PAS, dan menawarkan khidmat sekiranya
diperlukan.

"Saya boleh berperanan mengikut keupayaan saya, peranan yang kecil pun tidak
apa; jangan jadi Umno langsung tidak memberikan ruang kepada saya untuk
menabur khidmat," ujarnya. - mks.

-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke