Abul Hasan al-Asyaari
Oleh: Ustaz Mukhamad Khafiz Abd Basir, Graduan
Universiti Madinah.
Nama beliau ialah Ali bin Ismail bin Abi Basyar Ishak
bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Bilal
bin Abi Burdah bin Abi Musa al-Asyari. Dilahirkan pada
260[1] hijrah di Basrah , Iraq yang kemudian menduduki
Baghdad . Ayahnya telah meninggal dunia ketika beliau
masih kecil. Kemudian ibunya pula dinikahi oleh
seorang tokoh besar dalam mazhab Muktazilah iaitu Abu
Ali al-Jabai[2]. Ini adalah faktor terbesar yang
menyebabkan imam Abul Hasan terpengaruh dengan mazhab
Muktazilah.[3]
Kelebihan ini juga menjadikan imam Abul
Hasan seorang yang hebat dalam ilmu kalam dan aqidah
Muktazilah sehinggalah beliau dengan mudah dapat
menolak dan menjawab kesesatan mereka setelah beliau
diberi hidayah oleh Allah Taala untuk mengenali aqidah
ahli Sunnah. Situasi yang di alaminya juga memberi
kesan buruk kepada latar belakang hidupnya yang secara
tidak langsung berpaling dari mendalami ilmu hadis
kepada ilmu kalam. Kalaulah beliau tidak hidup dalam
situasi ini kemungkinan besar beliau telah menempa
nama yang hebat dalam bidang hadis ataupun fiqh.
Beliau telah mendalami banyak bidang ilmu,
ini dapat diketahui melalui peninggalan turas-turas
ilmunya khususnya dalam bidang ilmu Firaq dan Adyan
dengan penentangannya yang hebat terhadap pegangan
Majusi, Khawarij, Musyabbihah, ar-Rafidhah, Qadariah
dan sebagainya. Selain itu beliau juga mempunyai
karangan dalam ilmu Sirah, Ulum Syariah dan
sebagainya. Berikut adalah sebahagian dari
karangan-karangan beliau;
ÇáÝÕæá Ýí ÇáÑÏ Úáì ÇáãáÍÏíä æÇáÎÇÑÌíä Úä ÇáãáÉ
ßÊÇÈ Ýí ÇáÑÏ Úáì ÇáÝáÇÓÝÉ
ÇááãÚ Ýí ÇáÑÏ Úáì Ãåá ÇáÒíÛ æÇáÈÏÚ
ÇáÅÈÇäÉ Úä ÃÕæá ÇáÏíÇäÉ
ãÞÇáÇÊ ÇáÅÓáÇãííä
ßÊÇÈ ÇáÅÌÊåÇÏ Ýí ÇáÃÍßÇã
Imam al-Khatib al-Baghdadi wafat 463H
berkata; Abul Hasan al-Asyari merupakan ahli kalam,
pemilik kitab-kitab dan karangan-karangan dalam
menentang orang yang Mulhid(kafir) juga kitab-kitabnya
yang menentang dan menolak Muktazilah, Rafidah,
Jahmiah, Khawarij dan lain-lain golongan ahli bidaah.
Sementara Ibnu Khilikan wafat 681H pula berkata;
Beliau merupakan ahli usul, bangun membantu golongan
Sunnah dan puak-puak Asyairah
dinisbahkan kepadanya. Kemasyhurannya sudah cukup
dan tidak perlu untuk diperpanjangkan dalam usaha
mengenalinya.
Marhalah yang dilalui oleh beliau;
Hampir kesemua Maraji sepakat bahawa
beliau telah melalui beberapa marhalah hidup dari satu
mazhab kepada yang lain. Marhalah-marhalah yang
dilalui beliau adalah terbahagi kepada tiga peringkat
zaman[4];
Pertama; berada dalam mazhab Muktazilah, iaitu beliau
berpegang dengan mazhab itu, berkata dengan
pendapat-pendapat mereka sehinggalah beliau merupakan
imam yang terkenal dalam mazhab Muktazilah.
Kedua; Keluar dari Muktazilah dan cenderong kepada
aqidah ahli Sunnah tetapi belum memahami sepenuhnya.
Dalam proses ini beliau telah mengikuti pegangan yang
dibawa oleh Abdullah bin Said bin Kilab.[5] Hal ini
dapat dilihat dalam kitabnya (al-Luma fi Raddi al
Ahlizzaigh Wal Bida) apabila beliau menyerang
Muktazilah dengan keras sedangkan beliau tidak
menyebut nama imam Ahmad bin Hambal serta menyeru
untuk mengikuti Itiqadnya(Imam Ahmad) seperti yang
tertulis dalam karangan beliau yang lain iaitu
al-Ibanah. Begitu juga dalam zaman ini beliau tidak
menyebutkan masalah-masalah sifat yang di imani oleh
Salaf seperti wajah, Istiwa, tangan dan
sebagainya.[6]
Ketiga; Mengiklankan dan menisbahkan aqidahnya kepada
imam Ahmad bin Hambal, iaitu beritiqad dengan akidah
dan mazhab ahli Sunnah Waljamaah. Kenyataannya[7] ini
menunjukkan bahawa beliau telah mengkaji karangan imam
Ahmad dan akur dengan pegangannya dalam masalah aqidah
sebagai contoh dalam sifat kalam Allah. Di sebutkan
bahawa punca keluarnya beliau dari muktazilah ialah
apabila beliau bermimpi bertemu Rasullah sebanyak
3kali dan kesemua Nabi meminta supaya beliau mengikuti
Manhaj dan Sunnah baginda.[8]
Manhaj imam Abul Hasan;
Beliau bermanhajkan aqidah ahli sunnah waljamaah.
Berpegang dengan kata-kata salaf dalam permasalahan
berkait dengan sifat-sifat Allah. Berkata Dr. Mohd Abu
Zuhrah[9] tentang manhaj Abul Hasan dan beliau
meringkaskannya dalam 4 nota penting;
1/ Syeikh Abul Hasan beritiqad bahawa wajib
mengambil setiap yang datang dari al-Quran dan
as-Sunnah dalam permasalahan aqidah.
2/ beliau mengambil zahir nusus yang terkandung dalam
ayat yang disangka orang bahawa ayat tersebut adalah
tasybih tanpa beliau terjerumus dalam
tasybih(penyerupaan). Beliau beritiqad bahawa bagi
Allah itu wajah tidak seperti wajah makhluk, bagi
Allah itu tangan tidak seperti tangan makhluk.
3/ beliau beritiqad bahawa hadis-hadis ahad menjadi
hujah dalam permasalahan aqidah, beliau telah
menjelaskan pegangan banyak perkara aqidah yang sabit
dengan hadis-hadis ahad.
4/ beliau juga beranggapan supaya menjauhi ahlil ahwa
(pengikut hawa nafsu) kesemuanya, antara mereka ialah
muktazilah dan beliau berijtihad untuk tidak
tergelincir seperti tergelincirnya orang-orang yang
sesat.
Kemudian syeikh Abu Zuhrah menambah dengan
kata-katanya; al-Asyari ketika beristidlal dalam
permasalahan aqidah telah melalui jalan naqal
(al-Quran dan Sunnah) dan aqal. maka beliau telah
mengisbatkan apa-apa yang datang dari al-Quran dan
hadis yang menggambarkan tentang Allah, Rasul, hari
Qiamat, Malaikat, Hisab, azab, pahala dan lain-lainnya
lantas meyokongnya dengan dalil-dalil aqal dan
bukti-bukti mantik
[10]
Pertentangan&perbezaan golongan asyaierah terhadap
manhaj abul hasan;
Untuk mengelakkan tulisan ini meleret dan
berpanjangan, sila rujuk karangan-karangan beliau yang
seperti berikut; risalah ila ahli as-saghar bibabil
abwab[11] (sifat Fauqiyah dan Arasy). Kitab
Usuluddin[12] (sifat tangan bagi Allah dalam satu
hadis penciptaan adam). Kitab al-Ibanah secara umum.
Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, golongan ahli
sunnah waljamaah tidak menamakan mereka dengan
nama-nama lain selain sunnah. Ramai kalangan mendakwa
bahawa mereka adalah golongan ahli sunnah sedangkan
mereka adalah muktazilah, syiah, Jahmiah dan
sebagainya yang bertentangan jelas dengan al-quran dan
sunnah dan fahaman salaf. Jika golongan Asyaerah,
Maturidiah ataupun Muktazilah mendakwa mereka adalah
ahli sunnah, maka kita tertanya-tanya adakah pengasas
mazhab yang empat abu hanifah, malik, syafie dan imam
Ahmad tidak sunnah? Adakah para Sahabat dan tabiin
bukan ahli sunnah? Ini kerana kemunculan firqah
asyaierah dan maturiah secara khusus adalah pada
penghujung kurun kedua hijrah iaitu tahun dua ratusan
lebih. Realitinya, menasabkan mazhab asyaerah kepada
pengasasnya abul hasan adalah tidak tepat kerana pada
peringkat ketiga beliau telah menolak banyak
pandangannya sendiri yang berada pada peringkat zaman
pertama dan kedua (muktazilah dan kullabiah). Wallahu
alam.
Kembali ke rahmatullah;
Beliau wafat pada tahun 324H [13]. Terkenal sebagai
ulama yang zuhud dan kuat beribadah. Beliau
meninggalkan anak murid yang ramai antara mereka
ialah; abul hasan al-bahili al-basri, abul husin
Bandar bin husin as-syirazi, abu abdillah al-asfahani
dan abu zaid al-marwazi. Selain itu beliau juga
berguru kepada abu ishak al-marwazi wafat 340H,
al-hafiz zakaria as-saji wafat 307H dan ibnu suraij
wafat 306H. Moga-moga syeikh abul hasan al-asyari di
ganjari syurga bersama-sama an-nabiyyin, as-syuhada
was-solihin, amin.
--------------------------------------------------------------------------------
[1] Sebagian Muarrikhin berpendapat bahawa
kelahirannya ialah pada 170H lihat Wafayat Ayan ibnu
Khilikan wafat 681H, sementara al-Maqrizi pula
mengatakan bahawa beliau di lahirkan pada tahun 166H.
Apapun tahun 260H lebih tepat kerana menepati tarikh
riwayat hidupnya yang menyatakan bahawa beliau berada
dalam mazhab Muktzilah selama 40 tahun sebelum beliau
keluar dari mazhab tersebut iaitu pada tahun 300H.
[2] Abu ali ialah Muhamad bin Abdul wahab bin salam
terkenal sebagai al-Jabai wafat pada tahun 303H.
beliau adalah imam dalam ilmu kalam dan mempunyai
kata-kata yang masyhur dalam mazhab Muktazilah. Abul
Hasan telah mempelajari ilmu kalam dan mazhab
Muktazilah daripadanya. Lihat Tarikh Baghdad .
[3] Muktazilah adalah mazhab aqidah yang bertentangan
dengan aliran Ahli Sunnah Waljamaah. Mereka
mendahulukan dalil akal berbanding Nas Quran dan Hadis
yang soheh, jika berlaku pertentangan antara keduanya
maka mereka mendahulukan dalil aqal. Mereka juga
menafikan sifat-sifat Allah, menolak pendalilan hadis
Ahad dalam masalah aqidah, mengkafirkan orang islam
yang melakukan dosa besar dan banyak lagi pegangan
yang bertentangan dengan ahli sunnah.
[4] Lihat kitab (Tobaqat al-Fuqahainda as-Syafieyah)
karangan ibnu Kathir m/s 26 wafat 774H .
[5] Salah seorang ulama falsafah wafat sekitar 240an
Hijrah. Mereka yang mengikuti pegangan ini terkenal
sebagai (kullabiyah). Mereka mendakwa sebagai ahli
Sunnah sedangkan hakikatnya tidak. Apapun mereka lebih
hampir kepada ahlissunnah secara purata berbanding
golongan yang lain. Syaikhul Islam ibnu Taimiyah wafat
728H berkata; Abdullah bin Kilab telah mengisbatkan
sifat-sifat yang lazim bagi Allah seperti al-Ilmu,
al-Qudrah, al-Hayat dan menafikan apa-apa yang berkait
dengan sifat Allah seperti Masyiah (kehendak Allah)
dalam perbuatan. Begitu juga beliau menafikan sifat
al-Maji(datang) dan lain-lainnya. Dan umat islam
dalam hal ini ketika itu hanya kepada 2golongan,
golongan Salaf yang mengisbatkan sifat dan golongan
yang menolak dan menafikan sifat-sifat Allah.
[6] Dalam zaman kedua ini (mengikuti aliran dan
pandangan ibnu Kullab) sila rujuk al-Khutot lil
Maqrizi 3/308 wafat 845H.
[7] Lihat muqaddimah kitab beliau al-Ibanah.
[8] Lihat Tobaqat as-Syafieyah karangan as-Suyuti
3/348 wafat 911H.
[9] Beliau ulama mesir terkenal mempunyai banyak
karangan antaranya; tarikh al-mazhab al-islamiah,
muqaranah al-adyan, ibnu hambal zamannya&hidupnya, dan
ibnu taimiyah zamannya dan hidupnya.
[10] Lihat kitab beliau; ibnu Taimiyah hidup dan zaman
beliau - pandangan-pandangan fiqhnya m/s 189-191.
[11] m/s 241 cetakan al-jamiah al-islamiah tahkik dan
dirasah dr. Abdullah syakir
[12] m/s 111.
[13] Lihat Al-bidayah wan nihayah libnu kathuir dan
tobaqat as-syafieyah lissuyuti.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com