Pesuruhjaya Tinggi India ucap tahniah pada MB Kedah  * Izwan Abdul Halim*
Wed | Apr 09, 08 | 7:19:36 am MYT

*ALOR STAR, 9 April (Hrkh) -* Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak
menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia, Ashok K.
Kantha di Wisma Darul Aman baru-baru ini.

[image: Image]Berkata kepada media, Ustaz Azizan menjelaskan pertemuan
tersebut adalah untuk membincangkan kerjasama dua hala di antara Kerajaan
Negeri Kedah dengan India terutama dalam bidang pembangunan industri,
pelancongan dan pendidikan.

"Beliau menjemput saya untuk membawa rombongan dagangan ke India bagi
menerangkan kepada pelabur-pelabur di India mengenai perkembangan dan
keperluan yang diperlukan untuk membangunkan negeri Kedah," jelasnya.

Katanya lagi, pihak kerajaan negeri akan merujuk perkara ini kepada Ketua
Pegawai Eksekutif Kedah Investment Corporation (KIC) , Dato' Puad Md Ali
untuk dibuat penyelarasan dan mengkaji tawaran terbaik kepada
pelabur-pelabur di India.

"Kedah mempunyai kemudahan seperti tapak di Kulim Hi-Tech, Sungai Petani dan
juga Langkawi. Kita akan terus memperluaskan penyertaan pelabur-pelabur dari
seluruh dunia," katanya lagi.

Sementara itu, Ashok menjelaskan tujuan lawatan beliau ke Kedah ini adalah
untuk menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan bagi pihak kerajaan India
kepada kerajaan baru Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan.

"Beliau (Ustaz Azizan) menekankan tentang pembentukan dan perjalanan sebuah
kerajaan yang baik . Saya juga ingin meneroka kemungkinan untuk
memperluaskan kerjasama antara kerajaan India dan Malaysia terutamanya di
negeri Kedah.

"Kita telah pun mempunyai pelaburan dagangan yang besar di antara India dan
Malaysia dengan beberapa syarikat India telah pun wujud di Kedah. Terdapat
potensi kerjasama di dalam pelaburan dagangan, pendidikan, kebudayaan dan
pelancongan.

"Kami menjemput Menteri Besar dan rombongan dagangnya untuk melihat
projek-projek yang dijangka akan menjadi projek utama di dalam bidang
pembuatan, bioteknologi, pertanian, petrokimia dan pendidikan.

"Ini adalah antara bidang utama yang boleh Siusan's di mana kita mempunyai
teras yang kompetan dengan menggalakkan syarikat-syarikat dari India untuk
datang ke Kedah dan kami juga ingin menggalakkan syarikat-syarikat dari
Kedah untuk datang ke India.

"India telah berkembang dengan baik melalui pertumbuhan melebihi lapan
peratus dalam tempoh lima tahun. Beliau turut memberikan contoh beberapa
syarikat India yang beroperasi di Kedah dalam bidang farmaseutikal dan
bioteknologi. Kedah juga kaya dengan biodiversiti dan saya rasa memang
terdapat peluang kerjasama dalam bidang ini," jelasnya. - mks.

-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke