MENGAPA ISRAEL PRIHATIN POLITIK MALAYSIA? 
Oleh M. HANAFIAH A. SAMAD, Kuala Lumpur
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
Dibawakan khas oleh: Tun Telanai - Laman [EMAIL PROTECTED] 
  
---------------------------------
  
  
     
  Baca rencana ini dulu : 
  ORANG Melayu yang beragama Islam mesti berwaspada dan hendaklah selalu 
mengingatkan diri betapa bahayanya mainan Yahudi terhadap umat Islam. Lihatlah 
negara dan rakyat Palestin bertahun-tahun menderita akibat kekejaman Yahudi.   
Sebab itu apabila akhbar Israel Jerusalem Post meramalkan Penasihat Parti 
Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri 
Malaysia (Anwar Ibrahim: Malaysia¡®s Future Prime Minister), saya bukan gusar 
Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi saya risau jika negara kita diperalatkan 
Yahudi. 
  Biasalah kerja akhbar membuat ramalan seperti itu. DAP pun buat ramalan yang 
sama: ¡°Anwar Prime Minister in the making.¡± Tetapi yang menimbulkan musykil 
kenapa daripada beribu-ribu akhbar di dunia, akhbar Yahudi saja yang membuat 
ramalan? Mengapa daripada sekian banyak pemimpin di dunia, hanya Anwar yang 
menarik minatnya? 
  Israel sendiri tahu Malaysia adalah salah satu negara Islam yang lantang 
menentang keras pencerobohan dan penindasan yang dilakukannya ke atas negara 
dan penduduk Palestin. Apakah dengan membuat ramalan itu sebagai satu daripada 
cara Yahudi memanipulasi keadaan untuk kepentingannya? 
  Kita ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku? Apakah ada udang di sebalik 
batu? Kita harap PKR atau Datuk Seri Anwar sendiri menyatakan pendiriannya. 
  Mungkin mereka akan mengatakan itu adalah kebebasan akhbar. Walaupun alasan 
itu betul tetapi dalam masa yang sama ia tidak semestinya mengorbankan prinsip. 
  Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah negara super power di dunia boleh tunduk 
kepada Israel, inikan pula sebuah negara kecil seperti Malaysia tidak mustahil 
boleh tertiarap di kaki Israel. Yahudi menguasai politik AS bukan baru. Kesemua 
presidennya mengikut telunjuk Israel. Mereka yang tidak mengikut kemahuan 
Israel tidak akan dapat bertahan lama sebagai Presiden AS. 
  Bagi orang Islam Yahudi tetap musuh Islam. Allah S.W.T. memberi penegasan 
jelas di dalam al-Quran mengenai Yahudi. Jangan hanya kerana kepentingan 
politik kita tidak mempedulikannya. 
  Kalaulah ramalan akhbar Israel itu menjadi kenyataan pasti seluruh Malaysia 
akan memuji ramalan Yahudi itu betul. Dan akhbar Yahudi akan membuat 
pengiktirafan. Mungkin dalam sejarah Islam, inilah satu-satunya pemimpin yang 
diiktiraf oleh Yahudi. 
  Semua orang tahu, Islam mengajar umatnya perlu bijak memilih kawan. Kita 
boleh berkawan dengan orang kafir, tetapi kafir yang bagaimana? Ini perintah 
Tuhan. 
  Pilihlah kafir yang bersedia untuk bertolak ansur dengan kita. Islam 
menghalang kita memilih orang kafir menjadi pemimpin kita. 
  Saya harap andaian saya ini hanyalah satu khayalan. Ini kerana saya berpegang 
kepada ajaran Islam bahawa Yahudi tetap Yahudi. Sebaik mana pun mereka adalah 
musuh Islam, bangsa yang dilaknati Tuhan. Saya tidak terfikir ada orang Islam 
sanggup menggadai maruahnya kepada Yahudi. 
  Sebenarnya saya masih musykil mengapa akhbar Israel tiba-tiba begitu berminat 
dengan hal ehwal Malaysia? Saya harap kita tidak tertipu dengan mainan Yahudi. 
Saya harap Pas patut memberi ulasan mengenainya. 
  Dalam hal ini pemimpin ulama patut memberi nasihat yang betul kepada Anwar. 
Malah Pas patut memperbetulkan pendiriannya apabila menerima DAP dalam Pakatan 
Rakyat. Saya tidak perlu menghurai atau memperjelaskan siapa DAP. 
  Semua orang tahu. 
  Orang Yahudi sedang menunggu saat untuk bertepuk tangan melihat sebuah 
kerajaan pimpinan orang Islam jatuh di kaki bangsanya sendiri. Mungkin ketika 
itu orang Melayu akan turut bersorak-sorai memuji, betullah apa yang diramalkan 
oleh akhbar Yahudi, Jerusalem Post. Semoga kita tidak menang sorak, kampung 
tergadai.
    ULASAN : 
  Rencana yang disiarkan oleh Utusan Malaysia [UM] on-line ini ditulis oleh 
seorang yang mempunyai agenda politik adu-domba dan mempunyai prasangka politik 
yang amat buruk terhadap Anwar Ibrahim dan gabungan parti-parti pembangkang 
[PAS, PKR dan DAP] dalam Pakatan Rakyat yang baru dijenamakan. Mesej yang ingin 
disampaikan oleh penulis dan UM yang menjadi lidah rasmi UMNO ialah untuk 
mengugut dan menakut-nakutkan rakyat supaya jangan memberi kepercayaan atau 
undi kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Sekiranya benar apa yang dijangkakan  
yang Anwar Ibrahim akan bertanding di salah sebuah kerusi Parlimen yang 
dimenangi oleh PKR dalam PRU lepas, maka selepas 14 April ini akan ada pilihan 
raya kecil dan sudah pastinya isu ini akan dijadi bahan kempen utama UMNO untuk 
menghalang Anwar menapak ke hadapan dalam main-stream politik negara. 
  Rencana ini juga diterbitkan susulan daripada kenyataan Tun Dr.Mahathir 
Mohamad di Pulau Pinang pada 30 Mac lalu [Rujuk 
:http://www.malaysiakini.com/news/80609] ketika beliau merasmikan Mesyuarat 
Agung Persatuan Melayu Tanjong. Dr.Mahathir mendakwa Anwar sebagai agen asing 
dan Anwar akan memperalatkan orang Melayu bagi kepentingan politiknya untuk 
menjadi Perdana Menteri dan melakukan pengkianatan terhadap orang Melayu-Islam 
serta rakyat bukan Melayu. Pendik kata Anwar manusia hipokrit atau dalam Islam 
istilahnya disebut ¡®munafik¡¯. 
  Maksud tersirat disebalik kenyataan Dr.Mahathir dan tulisan Hanafiah adalah 
negara dan bangsa Melayu-Islam dalam bahaya sekiranya Anwar diberi peluang 
mentadbir negara ini. Anwar akan sanggup berbuat apa sahaja hatta mengadai 
maruah bangsa, agama dan negara kepada Barat khususnya Amerika Syarikat [AS]. 
Israel-Yahudi  akan mencaturkan politik dan dasar negara ini melalui pengaruh 
AS sepertimana apa yang terjadi di Asia Barat. Ketika itu, rakyat dan negara 
ini akan hancur kerana berlakunya pergaduhan dan pertelingkahan sesama umat 
Islam dan juga umat Islam dengan bukan Islam hasil daripada dasar pecah dan 
perintah yang diamalkan oleh Israel. Ketidakstabilan politik ini menjadikan 
seluruh kegiatan sektor ekonomi negara akan musnah dan rakyat akan menanggung 
penderitaan sepertimana yang dirasai oleh rakyat Palestin dan Iraq masa kini. 
Monyet di hutan disusukan, anak dalam dokongan keciciran. Itulah mesej yang 
mahu disampaikan oleh mereka berdua ini kepada seluruh rakyat
 Malaysia. 
  Semua persoalan yang dibangkitkan oleh Dr.Mahathir dan Hanafiah mempunyai 
agenda tertentu. Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr.Mahathir 
menunjukkan bahawa beliau takut pada bayang-bayangnya sendiri. Dalam keadaan 
politik UMNO kucar-kacir dan lemah, tetapi dalam masa yang sama Pakatan Rakyat 
khasnya PKR melalui wajah politik barunya telah mendapat sambutan dan perhatian 
seluruh rakyat terutama di kalangan rakyat bukan Melayu seperti yag ditunjukkan 
dalam PRU lepas. Hal ini menyebabkan Dr.Mahathir merasa bimbang dan kecut perut 
di atas segala kesalahan yang beliau lakukan selama 22 tahun memerintah. 
  Banyak penyelewengan dan salahlaku yang dilakukan oleh Dr.Mahathir dalam 
tempoh tersebut akan ditimbulkan kembali sekiranya Anwar ditakdirkan berjaya 
menguasai politik dalam negara ini-menjadi Perdana Menteri. Kes-kes yang 
terpendam selama ini yang melibatkan amalan rasuah dan pelindung perasuah, 
rasuah dalam sistem kehakiman negara, krisis kehakiman dalam tahun 1988 dan isu 
pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara akan dibangkitkan semula 
bagi mencari keadilan. Sudah tentu semua isu ini akan dibongkarkan yang boleh 
mencemarkan nama baik beliau sebagai negarawan terulung di dalam negara ini. 
Sepatutnya beliau tidak diganggu lagi dalam usia setuanya, biarkan beliau dalam 
keadaan tenang dan damai menghadapi saat-saat mengadap Allah s.w.t., tetapi 
keadaan sebaliknya berlaku. 
  Perkembangan terkini menunjukkan bahawa politik Anwar Ibrahim menonjak naik 
melambung, berbanding Abdullah Ahmad Badawi saham politiknya menjunam jatuh 
akibat beliau menghadapi berbagai masalah dalaman parti dan hal-ehwal 
pentadbiran negara menyebabkan UMNO menjadi lemah dan boleh ditumbangkan 
bila-bila masa dari sekarang. Oleh itu, mahu tidak mahu Dr.Mahathir terpaksa 
melakukan sesuatu untuk menyekat kemaraan Anwar lebih jauh dalam arus politik 
negara ini. Jadi, isu Anwar menjadi agen asing difikirkannya masih relevan 
untuk menakutkan rakyat agar menjauhkan diri daripada perjuangan Anwar yang 
mulai diterima rakyat berbilang kaum dan agama. 
  Kedua, Hanafiah menulis bagi memulihkan semangat para pendokong UMNO yang 
terkedu akibat terkejut beruk akibat kekalahan yang mereka terima di luar 
jangkaan yang menyebabkan timbulnya keributan dalam UMNO. Walaupun  UMNO 
[membawa maksud BN juga] menang dan dapat mengekalkan kuasa untuk memerintah 
Malaysia kembali, namun ia merupakan kemenangan dalam kekalahan yang paling 
teruk dalam PRU lalu. Hanafiah sedar bahawa kerajaan UMNO telah kehilangan 
kepercayaan rakyat. UMNO kehilangan lima negeri [Kedah, Perak, Selangor dan 
Kelantan kekal di bawah PAS] termasuk Pulau Pinang, di mana Abdullah merupakan 
Pengerusi UMNO negeri tersebut. UMNO juga, buat pertama kali dalam sejarah, 
gagal mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat apabila hanya memenangi 140 
daripada 222 kerusi Parlimen. UMNO hanya memperolehi 51 peratus jumlah undi 
daripada 7.9 juta pengundi dan Pakatan Rakyat memperolehi 49.79 peratus. 
  UMNO memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semenanjung, manakala Pakatan Rakyat 
memperolehi 80 kerusi, hanya lebih 5 kerusi. Tanpa adanya Serawak dan Sabah 
yang menyumbang 40 peratus sebanyak 55 kerusi, sudah tentu UMNO sudah jatuh 
daripada tampok kekuasaannya sekarang. Anwar Ibrahim telah berjaya menjadi 
penyatu kepada parti-parti pembangkang utama sehingga mencapai kemenangan besar 
dalam PRU lalu. Menyedari hakikat tersebut, maka Hanafiah terpaksa menulis 
rencana berkenaan bagi pihak UMNO bagi tujuan menimbulkan keraguan dan 
ketakutan dikalangan rakyat terhadap perjuangan sebenar Anwar. 
  Dakwaan terhadap Anwar sebagai agen asing dan tulisan yang berbau unsur 
hasutan berdasarkan andaian semata-mata tanpa bukti merupakan satu tindakan 
yang tidak bertamadun. Dunia sekarang ini bersifat global dan terbuka. Selaras 
dengan dasar luar Malaysia yang mahu berbaik-baik dengan semua negara di dunia 
tanpa mengira ideologi dan sempadan politik adalah menjadi matlamat utama wajah 
politik di Malaysia kini. Tanpa ada fahaman perkauman dan diskriminasi yang 
berlaku di antara kaum dalam negara ini atau pun dengan negara-negara luar sama 
ada blok barat atau blok timur atau sebagainya. 
  Anwar cuba membawa agenda ini untuk kebaikan seluruh umat manusia tidak kira 
di mana ia berada. Ianya adalah sesuai dengan zaman bertamadun di abad ke 21 
ini. Islam adalah agama universal dan keadilan sejagat merupakan sebahagian 
daripada tuntutan Islam yang perlu dilaksanakan. Mempertingkatkan  hubungan 
dalam dan luar negara tentu akan menambahkan lagi hubungan dua hala dan 
meningkatkan lagi kerjasama dalam berbagai sektor untuk memajukan negara dan 
rakyatnya. Hendaklah kita berkawan dengan semua orang. Kurangkan musuh, 
banyakkan sahabat. Islam sendiri mengalakkan umatnya mengenali satu sama lain. 
Berbuat baik dengan barat [khususnya AS] tidak berti kita menyokong segala 
dasarnya yang tidak menguntungkan ummah. Pertemuan face to face di antara 
Abdullah [Dr.Mahathir juga pada tahun 2001] dengan Presiden George W. Bush 
sedikit masa lalu, tidak bererti Abdullah menyokong dan dijajah pemikirannya 
oleh AS dan Yahudi telah pun berjaya menyusup masuk mencampuri urusan dalam
 negara kita. 
  Begitu juga dengan tindakan Dr.Mahathir pada 6 hingga 9 Julai 1994 telah 
mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, 
Shimon Peres di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV 
Israel dan dipetik oleh AFP. Kemudian, Dr.mahathir mengesahkannya dalam satu 
wawancaranya dengan wartawan TV Israel, Channel 10, Guy Sharett pada 6 April 
2004 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1964 di AS, Dr.Mahathir juga pernah mengadakan 
pertemuan dengan Dr. Henry Kissinger, ketika itu sebagai Setiausaha Negara 
Amerika dan pakar strategi Yahudi  dalam seminar anjuran Asia Foundation. 
  Selepas itu, Dr.Mahathir telah mengadakan dua kali pertemuan sulit dengan Dr. 
Henry Kissinger, Pertama di New York dan kali kedua di Kuala Lumpur pada 6 Mac 
1987. Ianya diadakan secara perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana 
Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai 
"Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur" anjuran ISIS ketika itu dibawah 
pentadbiran Dr. Noordin Sophie. 
  Dr.Mahathir juga pernah menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor 
[Datuk Bandar] berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat 
Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly 
Hills, Los Angeles pada Januari 1997. Dalam pertemuan tersebut Dr.Mahathir 
meminta supaya diwujudkan taman hiburan atau perkampungan industri perfileman 
ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. 
Idea itu terhenti apabila Abdullah mengambilalih tampok pemerintahan negara 
kerana Abdullah bukan seorang yang cintakan ilmu lebih-lebih lagi dalam dunia 
ITC. 
  Pada tahun 1997, Dr.Mahathir menjemput belia-belia [pelajar-pelajar] Israel 
melawat Malaysia untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan 
pelajar-pelajar di beberapa buah IPTA di  ibu negara dan membenarkan pasukan 
kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa 
[ICC]. Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini 
diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh Dr. Mahathir. Ahli Parlimen 
Pokok Sena, YB Tuan Haji Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kubang Krian YB 
Salahuddin Ayob ditangkap dan dipenjarakan selama 3 bulan. 
  Sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi diberi kontrak untuk membantu UMNO 
merangka strategi pilihan raya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah 
membantu kempen pilihan raya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di 
Amerika Syarikat [Dr. Henry Kissinger juga merupakan penasihat kepada Presiden 
Reagan]. Pada tahun 1998, negara mengalami krisis kewangan dan Dr. Mahathir 
mengambil syarikat Solomon Smith & Barney [juga sebuah syarikat Yahudi] sebagai 
penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di 
Amerika dan Eropah. 
  Dan pada September 1999, Menteri Luar Malaysia ketika Syed Hamid Albar [kini 
Menteri Dalam Negeri] telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Israel, 
David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah 
mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana 
kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel. 
  Pada 13 Oktober 1994, Far Eastern Economic Review melaporkan bahawa 
Dr.Mahathir telah memberitahu bahawa pengiktirafan [Israel] adalah bergantung 
kepada sejauh mana rakyat Palestin dan negara-negara Arab telah berpuas hati 
terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun 
menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur dalam mesyuarat tersebut. dan pada 
Disember 1996, Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang 
dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Ini adalah rancangan 
Dr.Mahathir untuk menjalinkan perhubungan diplomatik dengan Israel. 
  Itu adalah serba sedikit catatan peristewa yang pernah dicatatkan yang 
melibatkan hubungan Dr.Mahathir dengan Isreal-Yahudi secara langsung. Kenapa 
akhbar dan Hanafiah tidak menuduh Dr.Mahathir sebagai pengkianat bangsa, agama 
dan negara lebih-lebih lagi UMNO sekarang menghadapi kecaman yang paling hebat 
daripada Dr.mahathir, malah sepatutnya Dr.Mahatir tidak perlu membuat sebarang 
tuduhan dan dakwaan yang melulu terhadap Anwar Ibrahim. Dr. Mahathir juga 
mempunyai pendekatanya tersendiri untuk membela bangsa, agama dan negara. 
  Persoalanya, kenapa Anwar dituduh sedemikian rupa sedangkan beliau juga 
mempunyai pendekatan tersendiri bagi membina negara ini? 
  
  Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/ 
  Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya 
satu lagi: http://demang.blogmas.com/ 
  
  "SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA¡± 
¡°PROTES SAMPAI TURUN¡± 
  - Tun Telanai 
  09.04.2008 
  Laman [EMAIL PROTECTED] dihoskan di: http://www.marhaen.org/v1      Tapak 
cerminan di: http://www.marhaendaily.net/v1 

 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke