Assallamualaikum

Ambil iktibar tentang perkara di bawah :

1- Jangan sebarang ambil barang makanan walaupun ada logo halal.
2- Walaupun jenama agak kemelayuan tapi tak semestinya orang islam buat.
3- Buatan Malaysia yang terkenal pusat barangan halal tapi semestinya halal.

Punca dari semua ini adalah dari pihak berkuasa yang berkaitan, sudah semestinya
ada yang tak kena apabila telah diserbu berulang kali tapi tetap beroperasi 
seperti
biasa.
Perkara ini lagi besar musibahnya pada kita kerana kita mungkin terbeli produk
ini dan jadi makanan kita .
PIHAK BERKUASA JANGAN TERUS TIDUR ATAU TERTIDUR KERANA DUIT
RASUAH.KILANG BEGINI HARUS DITUTUP KERANA TIDAK MEMPEDULIKAN
SENSITIVITI ORANG ISLAM.

Wassallam


  ----- Original Message -----
  From: Topeng Perak
  To: Ikhwanul Muslimun
  Sent: Wednesday, April 09, 2008 11:28 AM
  Subject: [SPAM] Help Palestine [hidayahnet] KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. 
BHD. TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI SEBELAH KILANG BABI









  PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !!
  TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK 
GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!

  PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN 
BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :-

  Lot 1123,
  Tingkat Selamat 6
  Kampung Selamat, Tasek Gelugor
  Seberang Prai
  13300. P.Pinang.



  Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi 
pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan 
jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP 
LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal 
dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak 
pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.


  3.5 kg bihun CAP KETUPAT




  3kg bihun CAP CABAI BURUNG



  Bihun atau laksa CAP CILI, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG





  Cop halal yang tidak pernah mendapat kelulusan



  Apabila logo atau cop halal kelihatan di bungkusan produk makanan, ia 
menunjukkan suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu iaitu 'Halal', 
'Ditanggung Halal' atau 'Makanan Islam' atau difahami bahawa orang-orang Islam 
dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan tersebut. Logo halal yang sah dari 
JAKIM mempunyai

  a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  b) perkataan Arab – "ÍáÂá" di tengah bintang;
  c) diikuti tulisan rumi "HALAL";
  d) bulatan logo tertulis perkataan "Malaysia" dalam tulisan Rumi dan ãÇáíÒíÇ 
dalam perkataan Arab;
  e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan 
perkataan Arab tersebut.

  Manakala logo halal JAIN/MAIN:
  a) di bawah tulisan rumi "HALAL" terdapat kod pendaftaran logo halal bagi 
negeri:
  i. huruf "H" yang bermaksud Halal
  ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara
  iii.contoh : H-10
  'H' bermaksud Halal
  '10' melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor






  Cop logo halal yang benar


  Oleh itu, bagaimana persoalan ini terjadi?




  Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih 
kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa 
bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar. Betapa 
dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini dengan pusat ternakan babi 
sehingga berkongsi pagar. Pastinya keadaan kawasan tersebut tidak dapat 
digambarkan dan tidak INDAH seperti nama kilang tersebut lebih tepat lagi 
'INDAH KHABAR DARI RUPA'. Dan ini lari dari cop halal yang digunakan kerana 
premis makanan bersebelahan kawasan najis. Diketahui, pemilik Kilang Bihun 
Beras Indah dan pusat ternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan dan tidak 
perlu terkejut segalanya mereka berkongsi bersama seperti pagar, longkang , 
saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan.
















  Keadaan di dalam pusat ternakan babi yang bersebelahan kilang BIHUN BERAS 
INDAH Sdn Bhd, Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara.


  Gambar pandangan dari ladang kelapa sawit. Anak panah kiri menunjukkan kilang 
BIHUN BERAS INDAH dan anak panah kanan menunjukkan pusat ternakan BABI dan 
mereka juga berkongsi saluran air dari bumbung.

  Difahamkan pihak kilang tersebut mendapat bekalan air untuk memproses bihun 
dan laksa dengan cara menyedut air dari bawah tanah bagi menjimatkan kos. 
Pernahkah anda terfikir kesucian air yang digunakan? . Bagaimana pula dengan 
keadaan bihun yang diproses dengan meggunakan air yang pastinya sedikit 
sebanyak mengandungi air najis. Ini seumpama kita memakan najis babi dan sekali 
lagi bertentangan dengan cop halal yang digunakan kerana memproses menggunakan 
alat yang tidak bebas dari najis. Kita sebagai pengguna beranggapan bahawa 
dengan memakan bihun cap cili atau apa- apa sahaja cap, kita tidak perlu 
ragu-ragu seperti kita memakan daging yang berkemungkinan merupakan daging 
babi. Malangnya tanpa kita sedari kita telah menikmati dengan enaknya bihun 
perisa babi. Apakah perasaan pengguna yang telah menikmati bihun tersebut. 
Betapa jijik dan kotornya perasaan para pengguna. Selain itu, pusat ternakan 
babi yang terletak bersebelahan kilang ini hanya dipisahkan dengan pagar dan 
mereka turut disyaki berkongsi sistem kumbahan yang sama..




  Sistem kumbahan yang terletak berdekatan



  Saluran paip yang menuju ke sistem kumbahan



  Saluran paip air yang menyedut air dari sumber bawah tanah





  Figure 9 Paip air di dalam gambar sebenarnya telah di kunci ketat dan saluran 
air yang tersembunyi merupakan sambungan untuk sumber air bawah tanah

  Bagaimana pula dengan suara hati penduduk tentang pencemaran bau yang 
langsung tidak menyenangkan? Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan 
babi tersebut boleh dihidu. Bayangkan penerimaan dan penderitaan yang 
ditanggung penduduk setempat selama ini. Kita tidak perlu terkejut sekiranya 
kesihatan penduduk terjejas akibat pencemaran bau dari kandang penternakan babi.

  Selain daripada itu juga, kerana ingin mengaut keuntungan, terdapat 
segelintir peniaga tempatan sering menyalah gunakan atau mengambil kesempatan 
dengan membeli produk dari kilang tersebut. Lebih memeranjatkan lagi terdapat 
pembeli atau pemborong yang beragama Islam seringkali dilihat datang ke kilang 
tersebut membeli hasil keluaran mereka. Adakah pembeli ini hanya memandang 
ringan keadaan sekeliling atau tidak pernah tahu kewujudan pusat ternakan babi 
yang terletak bersebelahan kilang tersebut atau mereka ini tidak pernah 
sensitif dengan HALAL & HARAM? Sanggup sungguh mereka mengkhianati saudara 
sesama Islam mereka atau dengan kata lain betapa tidak berilmu dan jahilnya 
rakyat Malaysia yang beragama Islam tersebut!!







  Kelihatan pemborong yang beragama Islam turut membeli produk keluaran Kilang 
Bihun Beras Indah tersebut

  Lagi penipuan yang Kilang Bihun Beras Indah lakukan dengan meletakkan alamat 
pendaftaran syarikat iaitu:-



  1-G-2,
  Sri Pelangi, Jalan Bukom,
  10150 Penang.

  Bungkusan bihun yang berbeza dengan alamat sebenar untuk tujuan mengelirukan 
pihak pengguna. Sepatutnya pemilik yang ingin mendaftarkan kilang mereka perlu 
meletakkan alamat kilang mereka seperti kilang BIHUN BERAS INDAH meletakkan 
alamat mereka di Jalan Tingkat 6, Kampung Selamat. Mengapa mereka ingin 
mengelak dengan meletakkan alamat lain? Ini kerana Kampung Selamat memang 
dikenali ramai dengan kawasan penternakan babi yang sangat besar.




  Jika dilihat begini, bagaimana kilang ini berjaya mendapat lesen?







  Alamat yang tertera pada bungkusan tidak sama dengan alamat kilang Bihun 
Beras Indah bagi tujuan menutup atau mengaburi pengguna

  Yang menjadi tanda tanya, bagaimana Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. ini 
boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) memandangkan 
pusat ternakan babi ini telah wujud lebih dari 10 tahun dan atas alasan apa 
kilang Bihun Beras Indah ini dibenarkan beroperasi? Adakah mereka telah disuap 
atau disogok? Ataupun dengan kata lain rasuah di bawah meja? Tidak pelikkah 
anda bagaimana mereka boleh membuka kilang tersebut dan bertahan hingga ke hari 
ini? Mustahil sama sekali jikalau kita fikir dengan kepala otak kita sendiri. 
Tidak logik!!!!!!

  Malahan, menurut sumber yang diperolehi, kira-kira 2 tahun lepas iaitu dalam 
tahun 2005 pihak Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna - P.Pinang, 
Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang pernah 
membuat serbuan terhadap kilang bihun Beras Indah tersebut. Malangnya sehingga 
kini kilang ini masih mampu beroperasi seperti biasa. Mengapa keadaan ini 
terjadi? Perlukah mereka diserang beribu kali baru boleh ditutup atau kerajaan 
kita terlalu lembut dan kalah dengan sebuah kilang bihun?!!

  Penipuan seterusnya, kilang ini juga mengeluarkan produk bihun dan laksa yang 
berjenama CAP CILI, CAP KETUPAT dan CAP LANGSAT untuk dua pelanggan tetap 
beliau iaitu:-










  KIM LOONG HUAT SDN. BHD.
  yang beralamat No.3565, Jinjang Utara, 52000 K.L




  dan









  ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.
  yang beralamat No. 22,24,26,
  Tingkat Perusahaan Utama 1,
  Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
  Bukit Mertajam..

  Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan bihun di bawah nama 
Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama 
syarikat ini tidak lagi beroperasi.





  Jika diteliti, kedua- dua produk ini juga mempunyai tanda "halal" dalam 
tulisan jawi dan rumi.




  Dimanakah kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ?? 
ataupun MPSB itu sendiri.

  Kerajaan wajib menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas serta 
memastikan bahawa sebarang penggunaan Tanda, Logo, Cop mahu pun perkataan rumi 
atau jawi yang memberi maksud Suci, Bersih, Makanan orang Islam atau Ditanggung 
Halal yang tidak diluluskan oleh pihak JAKIM wajib dikenakan tindakan mahkamah. 
Jika tidak dikawal dan masih berterusan ia akan memberi kesan negatif kepada 
Negara Malaysia memandangkan Negara kita merupakan Negara Islam dan pengeluar 
produk HALAL di dalam dan di luar Negara.



  Lakaran kasar kawasan kilang BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



  Gambar hadapan KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



  KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



  Pandangan tepi kanan kilang BIHUN BERAS INDAH – betapa luas dan besarnya 
kilang ini




  Ladang kelapa sawit yang berjiran sebelah dengan kilang BIHUN BERAS INDAH dan 
kandang penternakan babi



  Pandangan 2D dari jalan utama



  Dibelakang semak kira-kira 30m ini terdapat kandang babi



  Betapa kotornya kilang BIHUN BERAS INDAH



  Parit menjadi tempat perkongsian sisa kumbahan babi dan bihun

  Saluran paip air



  Saluran paip air


  Pandangan dari hadapan dan papan tanda Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd

   Bukti kewujudan kilang :
  SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)





  --
  "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN 
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN 
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA 
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG 
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN 
UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

  "Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka 
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan 
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) 
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( 
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

   

Kirim email ke