*Babi : Teliti Kenyataan Khir Toyo* Posted on Wednesday, April 09 @ 21:54:32 MYT by greenboc<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8704&mode=thread&order=0&thold=0> [image: Pendapat]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=8> Oleh *tokmatsap*<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=tokmatsap>
"[image: a] Isu babi yang tentunya agak sensitif dengan umat islam kini diekploitasi oleh media apatah lagi umno di Selangor. Kalau tidak ditangaii dengan cermat ia boleh merebak dan akan digunakan oleh parti yang kini `terhuyung-hayang` untuk tegak semula dengan tenaga dari isu ini. Nampak ada perbezaan kenyataan dari Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan bekas MB, Dr Khir Toyo yang pasti mengelirukan orang ramai terutama umat islam. Tan Sri Khalid menyatakan projek bernilai RM100 juta itu diluluskan oleh pentadbiran Khir Toyo pada 30 Januari yang lalu. Manakala Dr Khir yang menjawab soalan wartawan mengatakan, beliau tidak pernah meluluskan projek penternakan babi secara moden `berskala besar`. Bagi saya jelas bahawa Dr Khir cuba mengelak dari mengaku meluluskan projek itu dengan berlindung disebalik perkataan `berskala besar` itu kerana besar atau kecil adalah sesuatu yang amat subjektif. Saya berharap umat islam di Selangor dapat memahami isu ini supaya Pakatan Rakyat yang baru berusia beberapa hari itu tidak teraniaya." -- "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" "Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
