Husam beri komitmen bantu biayai pendidikan Azreen  *Wan Nordin Wan Yaacob*
Thu | Apr 10, 08 | 12:07:45 pm MYT

*SEREMBAN, 10 April (Hrkh)* - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa
menyatakan komitmennya untuk menguruskan pembiayaan pendidikan adik Che Siti
Azreen Che Ishak 13 yang diarikan ke Indonesia oleh warganegara Indonesia
baru-baru ini.

Jurucakap Kijang Care, Alex Ong yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi
berkata, usaha itu dilakukan selepas Azreen pulang ke Malaysia.

Alex Ong adalah wakil Kijang Care dan Migrant Care yang berjaya menjejaki
Azreen di Lombok Timur Sabtu lalu melalui rakan-rakannya di Lombok
antaranya, Rhoma Hidayat yang menjadi penghubung Alex di sana.

Menurut Alex, pembiayaan itu akan dibuat melalui Kijang Care yang mana satu
badan bukan kerajaan yang diketuai Husam yang turut membantu dalam usaha
menjejaki Azreen di Lombok Timur Indonesia sejak remaja itu hilang Disember
lalu.

Mengulas mengenai perkembangan terkini Azreen di Jabatan Kebajikan Sosial
Lombok Timur, Aex berkata pihaknya disana telah mengusahakan seorang
Muslimah yang memantau dan memberikan perhatian kepada Azreen.

"Kita dapat banyak respon dari banyak pihak yang bertanyakan soal pemantauan
dan pemerhatian Azreen disana sebelum kita mempertemukan bapanya, Che Ishak
Che Kob dalam jangamasa terdekat ini

"Kita telah mengusahakan seorang Muslimah yang telahpun membantu dalam hal
tersebut di sana" tegas Alex.

Sementara itu Alex turut memaklumkan bahawa rombongannya bersama Che Ishak
dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani berkemungkinan
akan berangkat pada 15 April ini ke Lombok Timur untuk mempertemukan Che
Ishak dengan anaknya di sana.

Sebelum ini Che Ishak dilaporkan tidak akan menghalang status pernikahan
anaknya dengan lelaki yang membawa anaknya ke Lombok, Toni Wijaya atau
Supardi.

"Kalau itu dah jodohnya saya nak buat macam mana, tapi saya nak sangat
bertemu dengannay dan membawanya pulang ke pangkuan keluarga ibunya sangat
rindu kepadanya, kami tak selera nak makan, tetapi seepas dengar khabar dari
Aex bahawa Azreen telah ditemui, lapang rasa dada saya," kata Che Ishak yang
ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sawah, Rantau Negeri Sembilan semalam.

Pertemuan yang diadakan Alex di rumah Che Ishak semalam antara lain
bertujuan mengusahakan urusan dan dokumentasi perjalanan ke Indonesia bagi
mempertemukan Che Ishak dengan anaknya itu.

Dalam pertemuan di rumah Che Ishak semalam, Adun Paroi telah memberikan
sumbangan pada keluarga terbabit untuk membantu meringankan beban yang
dihadapi.

Taufek turut berjanji untuk memantau perkembangan keluarga tersebut dari
semasa ke semasa.

Akhbar harian menyebut Azreen, 13, yang hilang sejak Aidiladha lalu
dipercayai menjadi mangsa pukau seorang lelaki warga Indonesia yang juga
jirannya ditemui semula di Desa Terentem, Dusun Kabar, Lombok Timur,
Indonesia, Jumaat lalu.

Che Ishak yang berasal dari Kelantan dan kini menetap di Ladang Ulu Sawah,
Kuala Sawah, Rantau dekat sini, berkata beliau diberitahu Migrant Care
sebuah organisasi sukarela yang bertanggungjawab mengenai buruh Indonesia
bahawa anaknya sudah ditemui.

Remaja itu kini dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak cedera
serta berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Sosial Lombok Timur, manakala
lelaki 27 tahun yang melarikannya sudah ditahan pihak berkuasa tempatan.

Che Ishak dijangka ke Lombok dalam minggu ini bagi menemui dan membawa
pulang anaknya dengan kerjasama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
Kijang Care yang turut membiayai kos perjalanan dan pasportnya.

Untuk makluman, Rantau adalah kawasan Dun yang diwakili oleh Menteri Besar
Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan dan Dun tersebut adalah di
bawah Parlimen Rembau yang mana ahli Parlimennya ialah, Khairy
Jamaluddin./wann.

-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke