*Mahathir : Politukus Paling Licik Dalam Sejarah Malaysia*
Posted on Thursday, April 10 @ 19:19:32 MYT by
greenboc<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=8733>
[image: Analisis
Isu]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=5>
Oleh
*imacbook*<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=imacbook>
"[image: a]
"I owe nobody any apology", terjemahannya ("Saya tidak berhutang maaf dari
siapa-siapa pun"). Dipetik dari akhbar The Star 10 April 2008.
Dari siapa kata-kata ini, yang seolah dia bersih,suci dan tidak pernah
melakukan hatta satu kesalahan pun!
Tidak bukan tidak lain, mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4, Tun Dr.
Mahathir Mohamad (TDM). Beberapa minggu sebelum dan selepas PRU12,
boleh dikatakan, paling kurang sekali dalam seminggu, pasti, mesti ada
berita dan liputan diberikan kepada TDM ini diarus media.
Rasanya memang tidak boleh diketepikan pengaruh marhaen sorang ni!Nak
taknak, samada orang tu PAS, UMNO, anak beranak PAKLAH atau rakyat
kebanyakkan, kita terpaksa terima kewujudan hamba Allah ini.
Ramai di kalangan PAS sudah tidak berminat berbincang tentang Che Det
ini, yang juga dikenali sebagai Yang Mulia MAHAFIRAUN, semasa era Refomari
98' dulu.Ini boleh dilihat dengan tiadanya respon terhadap kenyataan TDM
oleh kebanyakkan pemimpin PAS.PAS seolah sudah bosan/membiarkan sahaja
kerenah orang tua itu.
Manakala di satu pihak lain, iaitu BN atau lebih tepatnya UMNO,
berlaku kata-kata amaran, ugutan, lemparan tuduhan demi tuduhan antara geng
TDM dengan Geng Paklah.
Sejarah TDM ini begitu panjang untuk diceritakan disini, pembaca
boleh meninjau di dalam wikipedia sekiranya berminat.
Wujudnya TDM di Malaysia ini, boleh dikatakan wujudnya juga seorang
tokoh politikus paling licik dipersembahkan untuk rakyat.TDM berupaya
menarik pelbagai penceritaan,gaya mutu sebuah teater lagaknya dalam kancah
politik serta pemerintahan negara.
Hebat!Tanpa beliau, mana mungkin Malaysia punyai Menara Berkembar
Petronas, pernah menjadi bangunan paling tinggi di dunia.Perlumbaan kereta
F1, pusat pentadbiran ala White House di Putrajaya, dan super 'airport' di
Sepang.
Natijahnya ada positif ada negatif akan plot-plot yang dibuat oleh TDM
ini.Kalau melihat semasa era DSAI dipecat/dipenjarakan, rasa tahap kebencian
rakyat marhaen kepada TDM boleh sampai ke 10/10.
Jika diulas satu persatu ketidakpuasan hati rakyat kepada TDM, tidak
cukup ruangan ini malah di ruangan blog-blog lain pun.Banyak SANGAT!!
Beliau turut digelar ditaktor, mewujudkan sindrom Yes Man dalam
pemerintannya.Lebih ditakuti (secara senyap) dari dihormati.
Drama tragis banyak berlaku semasa pemerintahannya, seperti operasi
Lalang, pemecatan DSAI, Al-Maunah, ditambah dengan AKTA ISA,AUKU dan juga
akujanji dikalangan perkhidmatan awam.
Sebenarnya mengikut sejarah TDM ini, masuk saja dalam UMNO, sudah
menunjukkan belangnya!Paling awal, beliau dipecat dari UMNO lalu menulis
Malay Dilemma.
Ada yang mengatakan, TDM dilihat merancang sesuatu lima enam tapak
kehadapan dalam menentukan arah politiknya.Ini boleh kita lihat akan visinya
seperti kewujudan Proton serta Putrajaya.TDM amat licik (nak kata kotor,tak
tergamak) dalam permainan politiknya. Bukan seorang dua tumbang, dijatuhkan
oleh beliau, malah almarhum Tunku Abdul Rahman tidak terkecuali.Memang
kepala propaganda dan dalam jiwa beliau mungkin punyai seribu macam
plot konspirasi!
Tetapi secara nyata, beliau sudah tidak sedar diri lagi.Di usia 83
tahun, kederat beliau sudah tidak segagah dulu, tapi mulut beliau masih
membebel, berkeriut-keriut wajahnya menyembur kata-kata,umpama mesingan baru
dibeli.
Sebaiknya beliau mendekatkan diri kepada Allah diusia emas ini,
tinggalkan urusan dunia kepada yang layak.Boleh, beliau boleh bercakap kalau
masih nak berdebat/bertegang urat, tapi biarlah dijalan betul.
Ini tidak, lagi membebel lagi banyak salah silapnya telanjang sendiri.Malu
lah kepada generasi muda, yang bukan lagi boleh diperkotak katikkan.
Jangan sampai nanti, orang yang masih ada menghormati beliau pun, bosan
dan jemu.Tidaklah sesiapa pun mahu pabila mati dikenali penipu,penjahat dan
gelap hati.
Kata-kata yang beliau ucapkan di atas, seolah beliau itu maksum.Tidak
kesedar diri yang manusia ini penuh dosa dan noda, ringan jer mulut cakap
macam kita tak pernah buat salah!
Dosa dan pahala urusan Allah, kita tak boleh takwil hal itu, tapi kena
ingat, dosa kalau FITNAH, tidak diampunkan ALLAH kerana orang itu kena
meminta ampun maaf kepada yang difitnah!
Mahukah beliau itu di heret naik turun mahkamah nanti?Masuk suruhanjaya
di Raja kes Linggam Gate baru ni pun asyik, "Saya tak ingat saya lupa"
!Tapi dalam akhbar, pelbagai cerita dulu boleh diingat jelas
seperti kisah bekas ketua BPR dikatakan diugut beliau, dan tentang Kes Tun
Salleh Abbas.Licik dan bijak betul!
Tetapi sehebat mana pun, selicik mana pun, janji Allah tentang
yang hidup pasti akan menemui kematian, akan terjadi juga kepada beliau!
Sudahlah Mahathir bin Mohammad, dirimu sudah tidak relevan!Full
Stop.Noktah
--
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"
"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).