Campur tangan Kerajaan Pusat dikecam - Presiden PAS  *SM Noor*
Fri | Apr 11, 08 | 7:48:38 am MYT

*KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh) -* Tindakan kerajaan pusat campur tangan
dalam pentadbiran negeri-negeri dengan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan
dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKK) serta Jabatan Pembangunan
Persekutuan (JPP) dikecam oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang

Beliau berkata kerajaan pusat mencabuli kuasa-kuasa kerajaan negeri dengan
menubuhkan 'kerajaan dalam kerajaan' sebagaimana yang telah berlaku di
Kelantan dan di Terengganu ketika ditadbir oleh PAS.

"Kerajaan pusat telah pun menubuhkan pelbagai Jabatan, tidak perlu
diwujudkan sebuah lagi Jabatan kerajaan di negeri-negeri yang dikuasai oleh
Pakatan Rakyat," kata beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau mempelawa Barisan Nasional (BN) menyertai
Pakatan Rakyat untuk mengislahkan system demokrasi di negara ini.

"Saya menjemput BN untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, dan bukan kita
yang menyertai mereka," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh Sin Chew Daily, akhbar
berbahasa Mandarin sebagaimana yang dipaparkan dalam versi internet akhbar
tersebut yang turut dipetik oleh Buletinonline baru-baru ini.

Beliau percaya undang-undang dan peraturan mesti disemak semula untuk
menyelamatkan sistem demokrasi di negara ini.

Beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh menjadi sebuah badan
yang benar-benar adil dan telus dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mesti
benar-benar bebas.

Justeru dengan itu, beliau berkata badan kehakiman juga mesti dibebaskan
dari sebarang campurtangan dan konspirasi.

"BN mesti menerima prinsip-prinsip pembaharuan ini demi masa depan rakyat
dan negara,"kata beliau.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata pendekatan yang digunakan oleh Pakatan
Rakyat mendedahkan kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang lalu
adalah kaedah yang tepat.

Beliau berkata Pakatan Rakyat perlu untuk membuat semakan ke atas fail-fail
lama kerajaan BN sebagai permulaan usaha untuk membersihkan kerajaan.

Walau bagaimanapun, kata beliau usaha-usaha tersebut adalah sia-sia
sekiranya kerajaan persekutuan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat.


"Polis dan BPR adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat, pengalaman kita
(PAS) di Kelantan dan Terengganu, sukar untuk kita lihat agensi penguatkuasa
mengambil tindakan terhadap kes-kes penyelewengan yang dilakukan oleh
pemimpin BN.

"Namun mereka mengambil tindakan segera sekiranya yang terlibat itu adalah
dari pemimpin pembangkang," jelas beliau lagi.

Beliau berharap agensi penguatkuasa bertindak di atas landasan keadilan,
bukan membuat tindakan di atas dasar untuk 'menunjuk-nunjuk' bahawa mereka
sebuah kerajaan yang bersih. - mks.

-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke