Selangor pergiat dakwah, wujud surau di pasar malam, tani  *Saidah Hairan*
Fri | Apr 11, 08 | 12:40:16 pm MYT

*KUALA LUMPUR, 11 April (Hrkh)* - Anggota exco Hal Ehwal Agama, Adat-Adat
Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dato' Dr Hasan Ali
bercadang mewujudkan suasana keagamaan di seluruh negeri termasuk di tempat
tumpuan ramai seperti pasar malam dan tani.

Beliau memaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah
bersetuju mengadakan musollah (surau) di setiap pasar malam dan pasar tani.

Katanya, dengan adanya musollah tersebut memudahkan para peniaga dan pembeli
menunaikan solat secara berjemaah. "Kita akan membuat tempat mengambil wuduk
yang banyak. Kita mahu melihat suasana keagamaan terus berlaku di pasar,
mencakupi semua peringkat umur anggota masyarakat," jelas dalam satu
pertemuan dengan Harakahdaily.

Beliau yang juga Adun Gombak Setia dan Pesuruhjaya PAS Selangor mahu
menjadikan kegiatan di Kota Bharu (Kelantan) dan Rusila (Terengganu) yang
mengadakan kuliah agama setiap Jumaat bermula jam 9 hingga 10 pagi, sebagai
contoh.

"Insya-Allah saya akan mulakan di Masjid Negeri. Orang yang memakai jeans,
skirt boleh datang mendengar. Biar kita tarik mereka dengan cara begitu,
begitu juga dengan orang yang berjoging di tepi tasik," katanya.

AJK Dewan Ulama negeri, Ustaz Ansori Mursid berkata, cadangan tersebut ada
kesan positif negatif dan ia perlu dilaksanakan dengan adanya pemantauan
daripada pihak penguatkuasaan.

Menurut beliau jika solat itu dilakukan secara berjemaah, perlu ada
penguatkuasaan untuk memantau kawasan pasar.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepang turut mencadangkan
supaya Dato' Hasan mengenakan peraturan kepada wanita supaya berpakaian
sopan dan menutup aurat ketika berada di kawasan pasar.

Timbalan Ketua Muslimat Selangor, Noraini Husin berkata cadangan itu usaha
baik kerana tujuan awal PAS adalah untuk berdakwah selain berpolitik.

Apabila Pakatan Rakyat sudah menang katanya, PAS perlu menggunakan institusi
agama seperti Jais untuk menyampaikan dakwah kepada rakyat Selangor.

Menurut beliau, dengan cara itu ia boleh membuang dinding pemisah antara
masyarakat dengan PAS.

"Rakyat Selangor sudah mengenali Hasan Ali dan sekarang ini beliau menjadi
exco, secara tidak langsung beliau telah membawa imej PAS," katanya.

Beliau berkata, selama ini ramai di kalangan pembeli berkunjung ke pasar
pada waktu maghrib dan kemungkinan mereka tidak sempat menunaikan solat
kerana rumah dan masjid jauh.

Justeru tambahnya dengan ada surau di kawasan pasar akan memudahkan penjual
dan pembeli menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian.

Bagaimanapun, Noraini berpendapat, peniaga di Selangor tidak boleh disamakan
dengan pekedai di Tanah Suci yang boleh meninggalkan jualan untuk menunaikan
solat.

"Penguatkuasaan perlu diwujudkan iaitu di kalangan ahli JKKK selain mengawal
keselamatan barangan, mereka juga boleh memastikan pembeli dan peniaga
berhenti untuk solat," tegasnya. - lanh

-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya,supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." (
al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke