(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)


Malaysiakini
Skandal tanah P. Pinang didedah                             Apr 15, 08 5:36pm   
                           Butiran penyelewengan tanah yang menyebabkan Pulau 
Pinang kerugian berjuta-juta ringgit akan didedahkan esok, kata ketua menteri 
Lim Guan Eng hari ini. 

Menjawab cabaran bekas timbalan ketua menteri Datuk Abdul Rashid Abdullah, 
lapor laman web The Star Online, Lim berkata ahli exco kerajaan negeri akan 
bermesyuarat esok sebelum memutuskan untuk membuat pendedahan itu. 

Abdul Rashid - yang juga mantan pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Tanah 
dan Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi - mencabar Lim agar membuktikan 
tuduhannya berhubung penyelewengan tanah bawah pentadbiran kerajaan BN.

Abdul Rashid hari ini berkata Lim tidak wajar menuduh tanpa bukti kukuh.

"Pada mulanya saya tidak berniat mendedahkan butiran terperinci sekarang, saya 
tidak juga menuduh sesiapa kerana saya mahu memberi peluang kepada Abdul Rashid 
menjelaskan kenapa potongan (harga) premium diberikan kepada pihak-pihak 
tertentu dan kenapa tanah-tanah kerajaan negeri diperuntukkan kepada 
syarikat-syarikat besar," Lim dilaporkan berkata di pejabatnya selepas menerima 
kunjungan Majlis Suku Cina Pulau Pinang. 

"Kami tidak bercadangkan mengenakan sesiapa tetapi kerana beliau mencabar saya 
untuk memberikan butiran terperinci, saya akan dedahkan."

Agensi berita Bernama pula melaporkan, sebelum mengambil tindakan lanjut, Lim 
mahu mengadakan pertemuan dan berbincang secara terperinci dengan Abdul Rashid.

"Saya bersedia berjumpa dengan beliau (Abdul Rashid) pada bila-bila masa dan 
saya buat undangan rasmi menerusi media," beliau dipetik sebagai berkata.

Lim menambah, beliau ingin bersikap adil, oleh itu pertemuan dengan wakil 
rakyat BN itu penting.




      Jadikan Umar Abdul Aziz sebagai contoh, Kelantan ucap tahniah kepada Lim 
Guan Eng                                              Salmah Mat Husain      
         Mon | Apr 14, 08 |  1:09:11 pm MYT                          KOTA 
BHARU, 14 April (Hrkh) -  Ketua Penerangan PAS Kelantan,   Ustaz Ahmad Baihaqi 
Atiqullah, mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri   Pulau Pinang, Lim Guang 
Eng, yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul   Aziz sebagai rujukannya dalam 
memerintah negeri.

  -->-->
  Menurutnya, walaupun Guang Eng bukan orang Islam, namun kerana ilmu yang   
ada padanya, beliau ingin jadikan khalifah yang masyhur itu sebagai   
�idola�nya dalam pentadbirannya agar semua rakyat di negeri itu 
mendapat   pembelaan dan kebajikan.

 
  Baihaqi berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Lim Guan Eng   secara 
terbuka yang ingin menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai   model untuk 
dilaksanakan dalam pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang.

 
  Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat   kepada 
hampir 300 orang rombongan pelawat dari empat buah negeri, iaitu   Pulau 
Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

 
  "Walaupun dia (Lim Guang Eng) bukan orang Islam, namun hasil pembacaan   dan 
penelitiannya beliau berhasrat untuk meniru pentadbiran Umar   khususnya dari 
segi amanah, kebajikan.

 
  "Ia merupakan satu sikap yang amat baik dan perlu diteladani oleh   pemimpin 
Islam itu sendiri, jadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada   saudara Guan 
Eng di atas hasratnya sedemikian,� ujarnya lagi.

 
  Beliau yang juga Adun Pasir Tumboh berharap Ketua Menteri Pulau Pinang   itu 
melaksanakan apa yang dijanjikannya sekiranya beliau ingin dilihat   sebagai 
seorang pemimpin yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat   khususnya 
masyarakat Islam.

 
  Sambungnya, sebagaimana masyarakat bukan Islam menghormati dan menyayangi   
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana   
sikap kepimpinannya yang tidak meminggirkan golongan minoriti di negeri   itu, 
dalam masa yang sama diharap umat Islam di negeri itu juga mendapat   layanan 
yang sama.

 
  "Namun saya berkeyakinan, saudara Lim akan melaksanakannya, apa lagi   
menerusi Pakatan Rakyat yang ditubuhkan di empat negeri untuk menjaga   
kebajikan rakyat," ujarnya lagi.

 
  Menyentuh Pakatan Rakyat pula beliau berharap semua pimpinan di empat   
negeri dapat memberikan contoh terbaik pada rakyat seluruhnya agar rakyat   
dapat menilai sendiri tentang keadilan yang terdapat dalam Pakatan itu.

 
  Tambahnya, apa yang penting perpaduan dalam Pakatan Rakyat hendaklah jitu   
di samping menghormati pandangan di antara satu sama lain.

 
  Terdahulu ketika menyampaikan taklimat kepada rombongan pelawat   berkenaan, 
Baihaqi berharap semua negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat    termasuk Kelantan 
menjaga kebajikan rakyat sebaik mungkin.

 
  Sambungnya, rakyat tidak perlukan pembangunan duniawi semata-mata,   
sebaliknya mereka terlalu mengharapkan keperihatinan kerajaan untuk   mereka.

 
  "Pembangunan sudah terlalu banyak terutama di Selangor, Pulau Pinang,   namun 
apa yang rakyat inginkan sekarang ialah pembelaan atau 'cakno'   terhadap 
mereka yang tidak diperolehi dari kerajaan terdahulu," ujarnya.

 
   Pada majlis itu juga beliau turut mengucapkan tahniah di atas kesudian   
mereka masih memilih Kelantan sebagai destinasi pelancongan.

 
  Jelasnya, walaupun empat negeri lagi telah dikuasai pembangkang, iaitu   
Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak, namun pelawat masih memilih   Kelantan 
untuk dilawati. - mns   



HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
 between 0000-00-00 and 9999-99-99        

Kirim email ke