(Pimpinan PR, PAStikan Rakyat DAPat KeAdilan!)
(Rakyat, Teruskan Lonjakkan Minda!)




CINA ISLAM
 Himpunan Rakyat , 70,000 penuhi stadium Ipoh    IPOH, 14 April :- Setelah 
rakyat Perak menunggu untuk masuk ke Stadium Perak selama 50 tahun, malam tadi 
mencatat sejarah baru dengan kehadiran lebih 70,000 rakyat untuk mendengar 
amanat dari 5 Menteri Besar dan Ketua Menteri dalam program Himpunan Rayat yang 
diadakan disini malam tadi.


Kehadiran pengunjung sebegitu ramai telah dijangkakan oleh pihak penganjur 
dengan beberapa persiapan awal memaklumkan program tersebut dalam blog-blog 
utama dan edaran risalah hand bill dan poster.

Pihak penganjur telah membariskan Menteri Besar Perak selaku tuan ramah,YAB Ir. 
Nizar, Menteri Besar Kedah, YAB. Ust. Azizan Razak, Wakil Menteri Besar 
Selangor, YB. Dato' Dr. Hassan Ali, Wakil Menteri Besar kelantan, YB. Dato' 
Husam Musa, dan Wakil Ketua Menteri YB Nga Kor Ming yang juga Exco Kerajaan 
Perak.

Semua pengunjung telah dihidangkan dengan maklumat terkini dari semua 
penceramah sehingga jam 11.45. Keadaan hampir 4/5 sesak dengan pengunjung 
sehingga kebahagian padang yang sebahagian besar dipenuhi oleh pendengar.

MB Kedah dalam ucapannya, mengatakan rakyat telah berjaya mengikis satu 
kepercayaan karut iaitu hanya BN yang mampu mentadbir negara. sambil berseloroh 
beliau mengatakan UMNO jenis tidak mahu mengaku kalah, Beliau membuat kiasan 
macam suami isteri, kedah dah dapat suami baru dan dia sudah bercerai dengan 
suami lama(UMNO). Katanya "jangan dok perasan nak balik rumah lagi".

Sepanjang program berlangsung yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS 
Perak, yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ust. Misbahul Munir 
Hj. Masduki, Pengunjung tidak kering gusi dengan selanseli ucapan takbir, 
Makkal Sakti dan Reformasi.


  
   Diposting oleh LIM CHUAN HING ABDULLAH 

 Koleksi gambar Himpunan Rakyat di Ipoh     GAMBAR 1




GAMBAR 2




GAMBAR 3



GAMBAR 4




GAMBAR 5





GAMBAR 6




GAMBAR 7



GAMBAR 8






   Diposting oleh LIM CHUAN HING ABDULLAH 


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
 between 0000-00-00 and 9999-99-99        

Kirim email ke