http://thoughtsintangents.blogspot.com/2008/04/terima-kasih-karpal-singh.html



Terima Kasih Karpal Singh... 
Apakah antara iktibar dari peristiwa Adam dan Hawa dijerat oleh syaitan 
sehingga dihukum keluar dari syurga ke alam fana ini? Antara iktibar yang 
paling berkait dengan tindak-tanduk Karpal Singh baru-baru ini adalah... jangan 
diterima nasihat musuh, nescaya niatnya tidak ikhlas semata-mata untuk membawa 
padah.

Karpal Singh kelihatan begitu menyokong Pak Lah dengan membidas Tun Dr M 
baru-baru ini. Ini adalah perbuatan yang agak pelik. Bukan sahaja 
tindak-tanduknya tidak selari dengan nalurinya sebagai pembangkang yang 
seharusnya dengan agresif menyerang Pak Lah, kata-kata dan ungkapan sejarahnya 
pun berbelit-belit! Contohnya:

Dimintanya Dr M berhenti menyerang Pak Lah kerana beliau sudah bersara dan 
patut kekal dalam persaraan. Namun beliau memetik kata-kata arwah Tun Hussein 
yang membidas kepimpinan Tun Dr M dari persaraan.

Dimintanya Dr M menjauhkan diri dari kemelut dalaman parti UMNO, padahal Karpal 
bukan ahli UMNO, tidak layak pun untuk memohon keahlian UMNO, malah merupakan 
musuh ketat UMNO sepanjang riwayat politiknya!

Karpal menuding jari ke arah Tun Dr M kerana merestui Operasi Lalang, namun 
tidak mengakui tanggungjawab beliau mengapi-apikan suasana sehingga keharmonian 
antara kaum begitu terancam sekali pada masa itu.

Karpal menuduh Tun Dr M sebagai orang yang mengharamkan pendaftaran UMNO pada 
tahun 1988. Tetapi beliau sebagai seorang peguam mesti tahu yang para hakim 
pimpinan Tun Salleh Abas-lah yang mengharamkan UMNO atas dorongan Radzi Sheikh 
Ahmad. Tun Dr M menghidupkannya semula.

Beliau juga berbelit-belit mengatakan pihak pembangkang tidak memerlukan Tun Dr 
M untuk 'membantu' pemantauan tindak-tanduk Pak Lah. Alah, mengaku sahajalah 
Karpal, pembangkang mahu Pak Lah kekal sebagai PM!
Tetapi kenapakah pembangkang mahu Pak Lah kekal? Tak mungkin demi kesejahteraan 
negara dan rakyat. Jelas suasana negara semakin merudum dari pelbagai segi 
semenjak 8 Mac, baik dari segi ekonomi, keselamatan mahupun kestabilan politik.


Pembangkang mahu Pak Lah kekal sebagai PM kerana mereka percaya dengan itu, 
lebih cerah peluang mereka untuk merebut kuasa dari BN dan UMNO menjelang 
pilihanraya ke 13 kelak. Inilah iktibar di sebalik tindak-tanduk Karpal. Tak 
kiralah walaupun negara ini hancur sekalipun di bawah kepimpinan berterusan Pak 
Lah dan Khairy, yang penting, Pakatan Rakyat mahu merebut kuasa 4-5 tahun lagi.

Pakatan Rakyat konon. Akhirnya bukan bagi rakyat, tetapi semata-mata berpakat, 
berputar-belit kata dan sejarah untuk merebut kuasa. Dan untuk siapa kuasa itu? 
Anak-pinak juga dalam PKR dan DAP... kerana ini juga mungkin Karpal begitu 
sayangkan Pak Lah?

http://www.thoughtsintangents.blogspot.com


      ___________________________________________________________ 
Yahoo! For Good helps you make a difference  

http://uk.promotions.yahoo.com/forgood/

Kirim email ke