Wabak denggi yang menyerang pelbagai tempat di negara
ini merupakan suatu ancaman bermusim yang sehingga
kini telah melibatkan berpuluh ribu orang mengalaminya
dan tidak kurang juga yang menemui ajal akibat denggi
berdarah. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia menunjukkan peningkatan yang
mendadak kes-kes denggi terutama selepas musim hujan. 
Misalnya  sepanjang tahun 2006, sebanyak 35,402 kes
telah dilaporkan. Manakala jumlah kematian dalam tahun
sebelumnya pula 107 kes.  Dalam minggu ke 14 tahun
2008 ini setakat 5 April sahaja jumlah kes denggi
dicatatkan sebanyak 756 dan terus meningkat dari
semasa ke semasa. Wabak endemik yang berlaku sepanjang
tahun ini kini seolah-olah sukar dielakkan oleh
sesiapa sahaja terutama penduduk bandar dan menjadi
ancaman melebihi virus selesema burung. Kementerian
Kesihatan menjangkakan menjelang tahun 2010 sebanyak
48,000 kes akan dihadapi oleh penduduk negara ini. 

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang
disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus
Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.
Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu
Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan
Denggi (DSS). 

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit
selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum
menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan
mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai
tanda dan gejala tidak khusus. 

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril
akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika,
dengan taburan geografi serupa dengan malaria.
Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype
yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili
Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan
tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan
wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype
(hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan
kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya
kadang-kala oleh Aedes albopictus). 

Tanda dan gejala 

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan
sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata,
sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit
pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam
tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal.
Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah
bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di
anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia
merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada
kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar
kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna
yang normal (island of white in a sea of red).
Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan
sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit
juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih
pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang
otot jantung (cardiomyopathy). 

Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga
tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir
demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara
klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan
turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan
bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu
perantara atau ruang ke tiga (third space loss di
antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan
sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh
(capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit
terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan. 
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena
pendarahan, thrombocytopenia dan haemoconcentration.
Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan
denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai
kadar kematian yang tinggi. 

Diagnosis 

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal.
Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan
tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia
dan kemungkinan leukopenia. 

Kajian serologi dan PCR (polymerase chain reaction)
digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya
diperlukan secara klinikal. 

Rawatan dan Pencegahan 

Rawatan utama yang dilakukan oleh pihak hospital
sekarang adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan
untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air.
Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan
melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk
menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk.
Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan
platelet turun dengan banyaknya. 

Pada masa kini para saintis masih belum menemui vaksin
untuk menentang demam denggi flavivirus. Cara mencegah
denggi yang utama yang dilakukan oleh pelbagai pihak
buat masa sekarang adalah dengan  menghapuskan atau
mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah
menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga)
terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan
nyamuk. Penggunaan kelambu dan juga semburan penghalau
serangga juga boleh membantu tetapi semuanya ini tidak
memberi banyak makna kepada mereka yang telah
dijangkiti denggi. 

KETAM – PENAWAR TUNTAS DEMAM DENGGI ? 

Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit
melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah
hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit
itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini
adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, 
cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang
perubatan moden dewasa ini . Selama ini para saintis
dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau
vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini
menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak
kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah
satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai
gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi
menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan
di hospital. 

Namun, penemuan saya sejak hampir dua tahun yang lalu
mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya
membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita
untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam
(crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi.
Malangnya surat-surat email yang saya hantar kepada
beberapa orang profesor dan penyelidik di beberapa
buah universiti tempatan agar dibuat kajian saintifik
mengenai perkara penting ini tidak mendapat sebarang
sambutan dan ianya amat mengecewakan. Malang juga
kerana saya bukanlah seorang saintis yang dapat
membuat kajian sewajarnya. Jika di negara barat,
mungkin penemuan ini telah meledak dan manusia sejagat
telah menikmati manafaatnya. Namun ianya tidak berlaku
di negara ini. 

Kajian ringkas saya mendapati ketam mengandungi
sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu
pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat
virus denggi.  Ini kerana pesakit demam denggi akan
mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam
tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut
dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan
jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa
maut kepada pesakit. 

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet
pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan
mereka dengan kadar yang sangat cepat.  Keberkesanan
rawatan menggunakan ketam  sebagai terapi oral
(dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan
kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan
(isi dan kuahnya) satu mangkuk besar  sup ketam (500ml
hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar
platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat,
iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit
akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.      Ketam
yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang
cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian
bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis
ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan
ini. 

Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding
rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital
kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan
multivite atau pun magnesium pill untuk recovery
tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa
2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala.
Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami
simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital
sekiranya mereka mengambil sup ketam  sebaik sahaja
menyedari  tanda-tanda diserang denggi. 

Sehingga kini observasi saya mendapati tidak kurang
daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi
telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam
selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya
sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah
pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika
diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu. 

Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam
denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%,
maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu 
“kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang
pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling
mujarab untuk merawat denggi. 

Oleh kerana saya bukanlah seorang saintis dan penemuan
ini belum lagi dibuktikan secara saintifik  dan
klinikal, maka saya ingin mencabar agar
saintis-saintis dan penyelidik kita di
universiti-universiti tempatan mengorak langkah untuk
membuat kajian makmal mengenai khasiat ketam ini.
Jangan sampai orang lain dahulu yang membuat kajian
mengenai penawar penting ini berbanding kita. Jika
kajian nanti mendapati dakwaan saya ini tepat maka
Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang
berjaya menemui vaksin mutlak melawan virus denggi dan
bakal menjulang nama negara di peringkat antarabangsa.


Saya percaya penemuan ini bakal melakar suatu revolusi
baru dalam bidang kajian penyakit berjangkit bawaan
vektor di negara kita sementelah belum ada lagi
saintis dunia yang berjaya menemui penawar demam
denggi selama ini. Untuk itu suatu kajian saintifik
perlu disegerakan bagi merealisasikan penemuan ini
demi kemaslahahan umat manusia amnya dan rakyat negara
kita khasnya. Manakala orang ramai nanti tidak lagi
perlu fobia dengan wabak demam denggi yang begitu
kerap menyerang negara kita terutama di bandar-bandar
utama apabila penawarnya yang tuntas sebegini telah
ditemui. 

Tujuan saya mendedahkan perkara ini di internet adalah
untuk menyebarluaskan perkara yang cukup penting ini
demi maslahah manusia semua khasnya di Malaysia ini.
Dan agar para penyelidik tempatan membuka mata dan
keluar daripada kepompong stereotaip mereka yang cuma
membuat kajian kepada perkara-perkara tertentu sahaja 
  

Oleh: Putra KB 

Kepada pihak yang berminat mengenai perkara ini sila
hubungi: [EMAIL PROTECTED] 

16.04.2008 

sumber :
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_putra_kb06.html



      
____________________________________________________________________________________
Be a better friend, newshound, and 
know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.  
http://mobile.yahoo.com/;_ylt=Ahu06i62sR8HDtDypao8Wcj9tAcJ

Kirim email ke