Cara membezakan restoran mamak, hindu
Posted on Monday, May 26 @ 20:52:48 MYT by reformis 
   www.afyan.com

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat 
masakan berlaukkan daging lembu.

   Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim 
dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
  Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu 
tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam 
agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
  Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh 
restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
  Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster 
al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam 
apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan "aqidah" 
mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.
  Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, dengan 
cara begini;
  Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya 
akan tercatat pada lauk daging �"daging lembu" atau "daging kambing". 
Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran 
tersebut adalah mamak Muslim.
  Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya 
akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging tak?"
  Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu tiada".
  Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa tiada 
lauk lembu?".
  Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan 
tergagap-gagap untuk menjawab..
  Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
  Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan 
cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak 
ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur..
  Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang 
menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan 
jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat 
namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini 
menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat 
Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging 
lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
  Anda boleh cuba di tempat anda!

















    
    Recent Activity
    
      456
  New Members

Visit Your Group 
      Women of Curves
  on Yahoo! Groups
  see how women are
  changing their lives.

    Get in Shape
  on Yahoo! Groups
  Find a buddy
  and lose weight.

    Health Groups
  for people over 40
  Join people who are
  staying in shape.



  .

 
                           


regards...............
  azmer bin ahmad

       
---------------------------------
All new Yahoo! Mail - Get a sneak peak at messages with a handy reading pane.

Kirim email ke