Assalamualaikum mer, mungkin ada benar apa yang akhi kata dan mungkin 
jugak ada salahnya kalau kita pukul borong semua restoran mamak dengan 
menggunakan kaedah yang akhi perkatakan itu. Sebabnya...sebuah restoran 
mamak yang ada di tempat saya, memang terkenal..buka 24 jam lagi, dari 
dulu sampai sekarang...saya ingat dah sepuluh tahun makan kat situ....tak 
pernah dia masak daging lembu, yang ada kambing saja. Nak kata dia (taukey 
restoran mamak tu) bukan islam, tak mungkin sebab dia pergi haji...kamilah 
orang surau yang pergi ngantar...dia balik haji buat doa selamat, kami 
orang surau lah yang di panggil dan yang berdoa sama termasuklah pekerja 
dan tukang masak dia....jadi nak kata kalau tak masak daging lembu tu 
bukan islam...tak tepat 100% kot. Apa yang saya tahu, dia tak masak daging 
lembu sebab hormati customer dia yang beragama hindu....tapi customer dia 
memang ramai dan berbilang bangsa.
Apa2 pun akhi azmer, satu kaedah yang baik supaya kita lebih berhati2 jika 
menjamu selera di restoran mamak yang tidak kita kenali.




azmer 
Sent by: [email protected]
06/09/08 03:35 PM
Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Cara membezakan restoran mamak, hindu (UTK ORG 
ISLAM SHJ)








Cara membezakan restoran mamak, hindu
Posted on Monday, May 26 @ 20:52:48 MYT by reformis 


www.afyan.com

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat 
masakan berlaukkan daging lembu.
 Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak 
Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu 
tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di 
dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh 
restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster 
al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab 
salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan 
"aqidah" mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka 
itu.
Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur, 
dengan cara begini;
Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya 
akan tercatat pada lauk daging �"daging lembu" atau "daging kambing". 
Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran 
tersebut adalah mamak Muslim.
Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, 
saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; "ada lauk daging 
tak?"
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, "kambing ada, daging lembu 
tiada".
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, "kenapa 
tiada lauk lembu?".
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan 
tergagap-gagap untuk menjawab..
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan 
cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya 
tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur..
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang 
menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di 
kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak 
ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. 
Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran 
tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi 
apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan 
terpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda!
.




regards...............
azmer bin ahmad
 All new Yahoo! Mail - Get a sneak peak at messages with a handy reading 
pane.
 

Kirim email ke