<http://bp1.blogger.com/_Etx5djtAdo0/SFHYylgYVuI/AAAAAAAAAYY/NbkDO6qt5YA/s1600-h/Kasih+Sayang.jpg>

Sepatutnya masyarakat manusia tidak hidup nafsi nafsi, berkrisis dan huru
hara.Sebab sudah menjadi keperluan hidup manusia saling bertolong bantu dan
perlu memerlukan.Seorang itu tidak boleh sempurna hidupnya tanpa orang
lain.Pada orang lain ada keperluan untuk dirinya. Jadi sepatutnya dia
menjaga hubungan baik dengan orang lain. Sebab di situ ada keperluan untuk
dirinya.

Ertinya, berkasih sayang antara manusia itu, selain merupakan keperluan
batiniah insan, sebenarnya ia adalah keperluan kehidupan lahiriahnya juga.
Kalau tidak berbaik baik dengan orang lain, manusia akan hidup keseorangan
dengan bermacam macam masaalah. Contoh nya:

1. Dalam sebuah kampung ada seorang kaya yang tidak bergaul dengan sesiapa
pun sebab orang lain di pandang tidak setaraf dengan nya. Tidak kaya saperti
dia. Bolehkah dia selamat dengan hidup seorang diri? Apa kata kalau satu
hari nanti terjadi kebakaran di rumahnya? Pada siapa dia hendak minta
tolong? Atau terjadi kematian salah seorang anggota keluarganya, kemana dia
hendak mengadu? Atau di waktu sakit, bukan dia memerlukan orang lain? Tanpa
orang lain, kekayaan yang di milikinya tidak akan memenuhi keperluan
hidupnya. Dia akan menghadapi berbagai bagai masaalah. Yang penyelesaiannya
tidak lain tidak bukan ialah berbaik baik dan berkasih sayang dengan manusia
lain.

Di Barat hari ini, kerana manusia memilih untuk hidup sendiri sendiri, tidak
mahukan orang lain, biasa berlaku orang tua mati seorang diri dalam rumah,
sudah berhari hari baru orang tahu. Itupun jiran yang tahu tadi bukannya
tolong uruskan tapi sekadar tolong hubungi pihak polis dan hospital minta
uruskan. *Indahkah hidup dan mati saperti ini?*

**

2. Pemimpin perlukan Rakyat, buktinya dapat dilihat di waktu pilihanraya,
betapa orang politik merayu rayu agar Rakyat mengundi mereka. Terpaksalah
mereka membeli undi, menyogok wang dan menjanjikan itu dan ini demi
mengharapkan belas kasihan dari Rakyat. Tetapi pelik, selesai pilihanraya
mereka lupakan Rakyat. Sedangkan kalaulah mereka terus berbaik baik,
menghubungkan kasih dengan Rakyat, pada pilihanraya akan datang tidak perlu
teruk teruk berkempen, tidak perlu beli undi dan tidak perlu janji itu dan
ini. Sebab bila Rakyat dah sayang, undi akan di beri secara sukarela.

Sepatutnya para pemimpin sedar akan hal ini dan berusaha untuk menjaga hati
Rakyat lebih dari hati keluarga sendiri. Sebab Rakyatlah yang menyebabkan
dia jadi pemimpin. Tetapi mengapa hari ini hampir hampir tidak ada Rakyat
yang sayangkan pemimpin dari hatinya? Yang ada cuma ikatan tugas atau ikatan
kepentingan dengan tujuan tujuan hendak jaga periuk nasi dan poket. Di
belakang pemimpin Rakyat mengata ngata atau melupakannya. Terpaksalah
pemimpin beli kasih dengan wang atau peruntukan tertentu untuk dia disanjung
dan di puji. *Kasih wang nam**a nya, bukan kasih sa**yang.*

**

*3. *Mana lebih indah, dua orang yang berhubung oleh mata benda atau wang
ringgit dan dua orang yang berhubung dengan kasih sayang? Bila manusia
dihubungkan oleh benda, tidak wujud kemesraan, persaudaraan atau
persahabatan. Tidak ada ziarah menziarahi, saling menghibur serta sama sama
ketawa dan menangis. Apakah seronok tinggal di dalam rumah yang tiada kawan
yang hendak di ziarahi dan kesusahan terpaksa ditanggung sendiri hingga
ketawa pun sendirian? Ya, hubungan yang diikat oleh bayaran, kaku dan tidak
menghubungkan hati. Sebab itu marilah kita utamakan perhubungan hati
daripada hubungan yang diikat oleh wang. *Sebab kasih sayang lebih dinilai
dan banyak hikmah dari wang.** *

**

*4.*Mengapakah kita suka atau tergamak melakukan perkara perkara yang
menjadikan orang benci atau hilang kasih? Hingga timbul ketegangan dan huru
hara. Sebab kesannya, bukan saja orang lain susah, tetapi diri sendiri pun
susah. Sebab suasana itu memberi impak kepada jiwa kita. Apakah kita suka
kalau kita susah? Kalau tidak, mengapa kita biarkan diri kita melakukan
perkara perkara yang memutuskan kasih sayang dan keharmonian di tengah
masyarakat yang akan membuatkan orang lain susah?

<http://bp2.blogger.com/_Etx5djtAdo0/SFHbgtHNp5I/AAAAAAAAAYw/pGzA4n9LU0U/s1600-h/pp0013.jpg>
**

**

Masyarakat manusia amat memerlukan kasih sayang dalam hidup mereka. Kasih
sayang mesti di perjuangkan. Sebelum memperjuangkan harga petrol naik,
memperjuangkan parti, memperjuangkan untuk mendapatkan itu dan ini hendaklah
terlebih dahulu memperjuangankan kasih sayang. Ianya adalah salah satu kunci
penyelesai masaalah.Manusia tidak boleh meniru masyarakat hutan (haiwan)
yang hidup nafsi nafsi, kerana di hutan kasih sayang tidak penting. Di
kampong, di Bandar, di dalam masyarakat manusia , kasih sayang amat perlu.
Tanpa kasih sayang manusia akan susah, resah, gelisah, payah dan runsing
selalu.

Untuk memperjuangkan kasih sayang, kita perlu mulakan dengan mengorbankan
sifat individualistik dan gila dunia. Kita perlu fikirkan persaan orang lain
sebagaimana kita fikirkan persaan kita. Kita perlu kongsi kekayaan yang kita
perolehi, bukan boikot untuk diri sendiri sahaja.

Inilah ajaran Islam. Ia mengutamakan nilai nilai kasih dan sayang lebih dari
harga dunia dan isinya. Tapi inilah yang telah dilupakan oleh umat Islam
sendiri sekalipun ulama ulamanya dan orang orang agama. Orang orang politik
lebih lah dari itu.Sebab keperluan kepada kasih dan sayang lebih dari
keperluan pada mata benda. Orang yang berkasih sayang boleh hidup walaupun
miskin. Tetapi berapa ramai orang kaya yang kecamuk hidupnya kerana
ketandusan kasih sayang? Berapa ramai orang orang politik yang sudah dapat
kuasa tenang hidup nya? Kerana dia dulu sudah pernah memusnahkan kasih
sayang dengan menghentam orang dalam pilihan
raya.<http://bp3.blogger.com/_Etx5djtAdo0/SFHdYfNHG1I/AAAAAAAAAY4/CHNvytBx2fg/s1600-h/pp0233.jpg>

Seketika dulu, orang boleh hidup dengan kasih sayang, tanpa menggunakan
banyak wang. Mereka gotong royong buat rumah, tidak perlu upah tukang.
Mereka gotong royong tanam padi, tidak perlu upah penanam. Tetapi sekarang
untuk uruskan mayat pun perlu ada duit banyak. Kalau tidak mayat busuk tidak
bertanam.Hendak kahwin pun tidak boleh kalau tidak ada wang. Sebab orang
bukan lagi kahwin kerana cinta murni tetapi semata mata kerana cinta nafsu
yang terpaksa di bayar dengan harga yang mahal.

Kita tidak rugi kalau membeli atau menggantikan wang dengan kasih
sayang. *Sebab
kasih sayang terlalu tinggi nilainya. Ia menyuburkan jiwa dan merupakan
sumber ketenangan dan kebahagiaan.Selamatkan lah diri dari cengkaman nafsu
kerana gila keduniaan dan kebendaan.*


 Oleh: Cikgu Ku




-- 
Salam & Regards
Wahab @ Amri
Ampang, Selangor
Malaysia
Visit http://wahabamri.blogspot.com

Kirim email ke