Tepat jam 10.00 pagi 25hb Jun 2008 operasi penghantaran sajian makan tengahari
dari Program Mangkuk Tingkat anjuran Yayasan Pembangunan Nur Hikmah akan
bermula. Seramai lebih 500 orang pelanggan di sekitar Lembah Klang, Selangor
serta Putrajaya akan mula menikmati makan tengahari mereka melalui langganan
Trial Pack selama tiga hari mulai 25 hingga 27 Jun 2008.
Untuk langganan bulan Julai 2008 tempahan kini telah dibuka. Pelanggan perlu
segera mengisi borang tempahan serta membuat bayaran sebelum ditutup pada 27
Jun 2008 jam 3.00 petang.
Buatlah tempahan anda sekarang untuk gaya baru dalam sajian tengahari dan malam
anda. Layari www.mangkuktingkat.com dan dapatkan sajian yang lebih mudah serta
murah.