*
GMI anjur himpunan bantah ISA di Stadium Malawati*  *Anis Nazri*
Tue | Jun 24, 08 | 5:31:38 pm MYT

*KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) -* Satu perhimpunan besar-besaran akan
dianjurkan GMI bagi membantah akta zalim ISA yang telah sekian lama meragut
kebahagiaan banyak pihak.

[image: Image]Perhimpunan tersebut akan diadakan pada Sabtu, 28 Jun ini di
Stadium Malawati, Shah Alam, bermula jam 8.30 malam hingga 11.30 malam.

Pada malam tersebut, empat pemimpin Pakatan Rakyat dan dua aktivis dan wakil
NGO akan berucap, iaitu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Timbalan Pengerusi
DAP, Tan Seng Giaw; Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; bekas tahanan
ISA dan juga Adun Hulu Klang, Saari Sungib; penulis bebas dan juga bekas
tahanan ISA, Lee Ban Chen; dan wakil Hindraf, R. Thanenthiran.

Menurut Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA, Norlaila Othman,
pada malam tersebut, GMI akan melancarkan baju T merah hitam, promosi buku
'Dunia Tanpa Suami 2', deklamasi puisi, dan persembahan multimedia.

Pada malam itu juga, Norlaila berkata satu pengisytiharaan mengenai 'Hari
Merah Hitam' akan dilakukan, di samping pameran yang menceritakan pengalaman
para tahanan di Kamunting.

"Jika mahu mendapat gambaran sebenar pengalaman dan kesengsaraan yang
dialami para tahanan, datanglah beramai-ramai pada malam itu kerana pameran
lukisan (yang dilukis oleh tahanan sendiri) itu tidak dapat dilihat di
mana-mana, kecuali pada malam itu," kata beliau ketika dihubungi
Harakahdaily.

Beliau juga berkata pada malam tersebut, baju T merah hitam akan dijual Oleh
Unit Amal PAS dengan harga RM20, manakala buku 'Dunia Tanpa Suami' dengan
harga promosi, RM10.

Dalam pada itu, Norlaila mengalu-alukan kedatangan keluarga tahanan ISA yang
masih ditahan agar hadir pada malam tersebut kerana mereka (keluarga tahanan
ISA) adalah tetamu kehormat pada malam itu.

Bagaimanapun, katanya bagi keluarga tahanan yang ingin hadir pada malam
tersebut, perlu berurusan dengan Norlaila bagi tujuan kemudahan dan
sebagainya.

Sementara itu, bagi mereka yang ingin membuka gerai, perlu membuat tempahan
di talian 013-6782616 (Encik Haidir). - mks._

-- 
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke