Thank you very much indeed for the e-mail. I will attend the gathering this 
Saturday 28th.

With regards.
Mohhan Kas.


To: [EMAIL PROTECTED]: Date: Tue, 24 Jun 2008 17:15:28 -0700Subject: Help 
Palestine [hidayahnet] GMI anjur himpunan bantah ISA di Stadium Malawati




GMI anjur himpunan bantah ISA di Stadium Malawati



Anis Nazri Tue | Jun 24, 08 | 5:31:38 pm MYT


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Satu perhimpunan besar-besaran akan dianjurkan 
GMI bagi membantah akta zalim ISA yang telah sekian lama meragut kebahagiaan 
banyak pihak.
Perhimpunan tersebut akan diadakan pada Sabtu, 28 Jun ini di Stadium Malawati, 
Shah Alam, bermula jam 8.30 malam hingga 11.30 malam.
Pada malam tersebut, empat pemimpin Pakatan Rakyat dan dua aktivis dan wakil 
NGO akan berucap, iaitu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Timbalan Pengerusi 
DAP, Tan Seng Giaw; Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; bekas tahanan ISA 
dan juga Adun Hulu Klang, Saari Sungib; penulis bebas dan juga bekas tahanan 
ISA, Lee Ban Chen; dan wakil Hindraf, R. Thanenthiran.
Menurut Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA, Norlaila Othman, pada 
malam tersebut, GMI akan melancarkan baju T merah hitam, promosi buku 'Dunia 
Tanpa Suami 2', deklamasi puisi, dan persembahan multimedia.
Pada malam itu juga, Norlaila berkata satu pengisytiharaan mengenai 'Hari Merah 
Hitam' akan dilakukan, di samping pameran yang menceritakan pengalaman para 
tahanan di Kamunting.
"Jika mahu mendapat gambaran sebenar pengalaman dan kesengsaraan yang dialami 
para tahanan, datanglah beramai-ramai pada malam itu kerana pameran lukisan 
(yang dilukis oleh tahanan sendiri) itu tidak dapat dilihat di mana-mana, 
kecuali pada malam itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau juga berkata pada malam tersebut, baju T merah hitam akan dijual Oleh 
Unit Amal PAS dengan harga RM20, manakala buku 'Dunia Tanpa Suami' dengan harga 
promosi, RM10.
Dalam pada itu, Norlaila mengalu-alukan kedatangan keluarga tahanan ISA yang 
masih ditahan agar hadir pada malam tersebut kerana mereka (keluarga tahanan 
ISA) adalah tetamu kehormat pada malam itu.
Bagaimanapun, katanya bagi keluarga tahanan yang ingin hadir pada malam 
tersebut, perlu berurusan dengan Norlaila bagi tujuan kemudahan dan sebagainya.
Sementara itu, bagi mereka yang ingin membuka gerai, perlu membuat tempahan di 
talian 013-6782616 (Encik Haidir). - mks._ -- Berjuang,berjuang,berjuang dan 
terus berjuang!!!Visit My Blog : http://perisikrakyat.blogspot.com/"WAHAI 
JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN 
MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA 
KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA 
LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI 
BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK 
SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!""Wahai orang-orang Yang 
beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka 
selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan 
sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu 
(mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah 
lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).






_________________________________________________________________
News, entertainment and everything you care about at Live.com. Get it now!
http://www.live.com/getstarted.aspx

Kirim email ke