terpaksa diiklankan sebab PLKN telah mula dipolitikkan. jadi terpaksa la buat iklan utk tunjuk positive side of PLKN. kenapa iklan PLKN nak jadi isu? p/s: pembangkang memang akan sentiasa cari isu. watever.same goes dengan kes ladang babi di selangor. jika projek tersebut tidak viable dan tidak mendatangkan keuntungan dan tidak mesra alam, kerajaan PKR anytime boleh batalkan projek tersebut. Ini diteruskan juga dengan alasan "projek ini telah diluluskan oleh kerajaan BN dahulu". crap. kalau BN yg proceed benda tu, sure akan jadi isu besar juga. if PKR yg luluskan, untuk kepentingan rakyat? hehehehe. melayu sesama islam bergaduh, theresa kok yg untung dapat makan babi banyak2.
----- Original Message ---- From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Sunday, June 15, 2008 2:00:23 PM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kalau dah seronok sangat PLKN kenapa perlu diwajibkan ? Akhir-akhir ini media elektronik melalui siaran televisyen kerap memaparkan iklan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Rata-rata dalam iklan promosi PLKN tersebut para pelatihnya begitu seronok sekali menyertai PLKN kerana dihidangkan makanan yang sedap-sedap, dapat berkenalan rakan-rakan yang baik-baik, dapat menjalani latihan “outdoor” seperti “flying fox”, merentas sungai, berkayak malahan yang paling menyeronokkan ialah latihan menembak juga melakukan senaman berkawad dalam rentak tarian yang berirama sambil bernyanyi. Kita juga tahu bahawa pelatih PLKN ini akan diberi elaun RM 150 sebulan. Siapa yang tak nak ketika ekonomi negara sedang gawat akibat kenaikan harga minyak yang tinggi boleh dapat latihan percuma, makanan sedap yang percuma serta elaun lagi ? Sedangkan kalau kita bandingkan dengan latihan ala “Summer Camp” termasuk perkhemahan ibadah yang dijalankan oleh pihak swasta , persatuan serta pertubuhan bukan kerajaan adakalanya ibu bapa pula yang perlu mengeluarkan duit , ada yang sehingga RM 300 untuk perkhemahan selama 3 hari 3 malam. Jika untuk latihan 3 bulan ala PLKN oleh pihak swasta pada kadar ini mungkin mencecah RM 9,000. Jadi kalaulah kita sebagai ibu bapa , yang mana satu kita akan pilih samada membayar RM 9,000 untuk 3 bulan atau sebaliknya mendapat elaun RM 450 pula untuk menghantar anak-anak kita ke program latihan luaran untuk meningkatkan disiplin mereka ? Saya pasti sekiranya dengan promosi PLKN yang sedemikian rupa sudah pasti program PLKN ini tidak perlu diwajibkan lagi. Jadikanlah program PLKN ini sebagai satu program sukarela. Lakukan promosi yang bersungguh-sungguh seperti iklan PLKN yang disiarkan di televisyen tersebut. Dengan yang demikian itu akan tiadalah lagi suara-suara yang akan mempertikaikan program PLKN kerana ianya adalah pilihan pelatih dan ibu bapa pelatih PLKN untuk menyertai PLKN. Tambahan dikhabarkan mereka yang telah menjalani latihan PLKN akan diberi keutamaan untuk mendapat pekerjaan di sektor kerajaan. Adalah agak janggal juga kenapa perlu berbelanja besar untuk mempromosi satu program yang diwajibkan. Apakah selepas ini Kementerian Pelajaran pula akan mengadakan iklan di televisyen untuk mempromosi anak-anak yang berumur 7 tahun sehingga 17 tahun pergi bersekolah untuk mengurangkan budaya ponteng dan melepak ? Rozmal http://waghih. blogspot. com Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net Kelab AMAL NS http://amal- ns.blogspot. com Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot. com Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot. com
