*Aksi Lucah: Hishamuddin Rais Wajar Di Ambil Tindakan !!*
Dilulus terbit pada Wednesday, July 09 @ 08:21:36 MYT oleh
SongkokPutih<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=12318>
[image: 
Artikel]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=1>
Oleh
*cucumatkilau
*
Maka *"gemparlah"* diseluruh negara perihal insiden aksi lucah dalam
persembahan hiburan semasa berlangsungnya "*Himpunan Satu Juta Rakyat Protes
Harga Minyak" *semalam. Ramai yang marah dan sedih melihat apa yang berlaku
ini. Biarpun ianya mungkin satu kontroversi yang dicetuskan untuk
meraih*"publisiti murahan",
* namun insiden ini jelas sekali bisa menghilangkan keyakinan dan perpaduan
Pakatan Rakyat itu sendiri. Keghairahan *Carb Alak* penyanyi utama kumpulan
rock *"underground"* Carburetor Dung jelas sekali telah mengundang padah,
malahan juga telah menjatuhkan dan mencemarkan imej penganjur program
berkenaan.

Kekecewaan dan  kehampaan sebenarnya jelas terbayang dihati rakyat walau
dimana mereka berada sekarang. Sungguh memalukan, soalnya siapakah yang
memberi izin kepada Hishamuddin Rais untuk membenarkan muzik *"underground*"
ditontonkan kepada mereka yang hadir pada hari itu.

Cucu yang sempat mendengar dan menyaksikan persembahan itu berpendapat,
ternyata ianya amat bertentangan dengan nilai budaya ketimuran dan
ketamadunan sesuatu bangsa itu, Tambahan pula ia dipersembahan dalam satu
program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, iaitu sebuah *"kerajaan
menanti"* yang sering mengkritik program-program hiburan seperti ini.

Lihat sahaja di Selangor, undangan terhadap Mas Idayau dan Ella untuk
menghiburkan peminat bolasepak di Shah Alam juga turut dikecam oleh Pemuda
PAS. Mungkin kerana aksi *"ghairah"* Mas Idayu yang terkenal sebagai *"Ratu
Gelek"* dan Ella *"Ratu Rock"* itu. Namun apa yang berlaku di Stadium MBPJ,
Kelana Jaya hari itu ternyata adalah satu penghinaan yang melampau terhadap
prinsip itu tadi.

Menurut Saudara Azwan dan rakan-rakan aktivis keadilan Pahang (Lipis) yang
sempat ditemui selepas program tersebut berkata,"*Kami amat kecewa melihat
apa yang berlaku. Hishamuddin harus menerima hukuman dan balasan atas
kedgilan beliau yang meneruskan acara itu biarpun sebelum ini sudah berjanji
kepada Pemuda PAS Pusat untuk membatalkan acara hiburan yang melampau
berkenaan. Tidak masuk akal, program yang bertujuan untuk menyatakan tanda
protes minyak kepada kerajaan itu disajikan dengan unusr hiburan seperti
itu. Perbuatan Hishamuddin bukan sahaja mejatuhkan imej Pakatan Rakyat
malahan menyebabkan ruang terbuka untuk pihak kerajaan mengkritik program
itu secara terbuka di media-media massa.
*

*
Saya dan rakan-rakan juga amat dukacita melihat senario ini. Bukan sahaja
rakyat marah dengan apa yang berlaku. Malahan lebih dasyat lagi, ianya telah
menghina rakan-rakan seperjuangan daripada parti PAS yang turut sama
membantu program berkenaan. Sebagai "Orang Tua", Hishamuddin harus sedar
bahawa bukan semua orang boleh mnerima unsur hiburan seperti itu. Amat
malang sekali pihak penganjur melantik beliau sebagai pengurus acara untuk p
rogram berkenaan.*
*
Justeru itu, kami berharapa agar Hishamuddin Rais diberi amaran dan tindakan
tegas oleh pihak pihak atasan, kerana beliau telah mencemarkan dan
merosakkan imej serta maruah Pakatan Rakyat gara-gara insiden tersebut. Jika
diberi muka, pasti perkara seperti ini akan beliau ulangi lagi pada
masa-masa yang akan datang*" Katanya.

Sebenarnya, ramai lagi aktivis Pakatan Rakyat yang marah dengan tindakan
Hishamuddin Rais ini. Beliau seolah-olah tidak sedar diri, dimana beliau
berada lantaran itu mengundang kumpulan muzik "underground" seperti itu
untuk membuat persembahan dihadapan rakyat yang terdiri dari kalangan tok
imam, ulamak, ustaz, ustazah, tok guru dan sebagainya.

Cucu sempat terserempak dengan Hishamuddin Rais ketika beliau makan di
sebuah Restoran Mamak berhampiran Hotel Hilton, Petaling Jaya selepas
program malam itu. Sungguh mengecewakan, Hishamuddin seolah-olah takut dan
tidak mahu melayan langsung persoalan dan pertanyaan yang ingin Cucu
kemukakan tentang perkara ini. Mungkin bila beliau memberi sedikit ruang dan
menceritakan kejadian sebenar kenapa berlakunya insiden itu, ia dapai
menghuraikan sedikit kekalutan. Namun, sikap Hishamuddin yang
*"sombong"*dan tidak mahu melayan persoalan yang Cucu kemukakan itu
jelas sekali
mencerminkan imej serta kerektor dirinya itu. Jelas sekali, biarpun dalam
usianya sebegitu, beliau masih belum puas untuk berkecimpung dalam industri
hiburan yang boleh merosakkan jiwa remaja dan manusia itu.

www.cucumatkilau.blogdrive.com

[Semoga apa yang berlaku ini juga dapat memberi kesedaran kepada orang-orang
seperti Hishamuddin Rais agar lebih berhati-hati dan peka dengan isu semasa
dan keadaan yang berlaku pada hari ini. Jangan hanya mengikut nafsu, dan
mencari publisiti murahan untuk mencipta nama. Nah, sekarang nama anda yang
buruk dan dihina. Tindakan tegas perlu diambil terhadap beliau dengan segera
demi menjaga keharmonian Pakatan Rakyat secara keseluruhannya]

-- 
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisikrakyat1.blogspot.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke