Shafiq perlu bantuan

Utusan Malaysia 10 Jul 08. SEREMBAN 9 Julai - Seorang suri rumah, Shahriza 
Ismail, 24, merayu ihsan orang ramai untuk membantu bayi lelakinya yang 
mengalami masalah lemah pergerakan setelah menjalani satu pembedahan pada April 
lalu.

Selepas pembedahan itu, katanya, Shafiq tidak lagi berupaya menggerakkan badan 
dan hanya mampu berbaring dan mengiring sahaja.

Menurutnya, beliau juga perlu menjaga anak sulungnya, Mohammad Aliff, 2, yang 
menghidap penyakit asma.

"Kini kami sekeluarga terpaksa bergantung pada pendapatan suami yang bekerja 
sebagai pengawal keselamatan dengan gaji kira-kira RM700 sebulan," jelasnya.

Sehubungan itu, Shahriza merayu bantuan pihak JKM dan orang ramai bagi 
mengurangkan beban yang ditanggung dengan menghubungi jirannya di talian 
017-6038605.

Berita penuh di 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm


   Rozmal http://waghih.blogspot.com   Yayasan Amal Malaysia 
http://www.amalmalaysia.net  Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com   
Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com   Pusat Pendidikan As 
Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com



Kirim email ke