Dilulus terbit pada Thursday, July 10 @ 07:39:49 MYT oleh
greenboc<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=12385>
[image: Analisis
Isu]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=5>
Oleh
*Proklamator*<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=Proklamator>

"Assalamualaikum w.b.t.,

Dapatkah kita menolak hakikat bahawa apabila dinamakan manusia, manusia itu
bersifat baru dan lemah, tidak sempurna, terbuka kepada kekhilafan. Yang
sempurna ialah Allah s.w.t. Perhimpunan PROTES pada 6 Julai lalu, pada
sesetengah pihak adalah perhimpunan yang gagal mencapai matlamat, lebih
kepada "Jom Heboh", "Fun Fair", "Perhimpunan Suka ria", dan seumpamanya.

Segalanya berpunca daripada insiden "tunjuk punggung" oleh band underground,
Carburetor Dung, oleh penyanyinya, Alak.

Geng Pemuda PAS, dan Unit Amalnya menarik diri. Sebelah malamnya, acara
kemuncak, ceramah politik termasuk DSAI dan Ustaz Nasharudin, dan lain-lain.
Tetapi, sesuai dengan penarikan diri dari perhimpunan itu, Ustaz Nasharudin
tidak hadir untuk berpidato.

Apabila kita meneliti webblog-webblog alternatif atau yang pro PR, riuh
dengan komen masing-masing yang semuanya berkesimpulankan, gagal mencapai
matlamat malahan menyalahkan dan menghentam Dr Hatta sebagai Pengerusi
Penganjur, dan Hishamudin Rais yang bertanggungjawab terhadap pengisian
program.

Wajarkah? Apakah makna di sebalik insiden ini?

Realiti yang harus diterima ialah insiden itu telah berlaku dan jarum jam
tidak boleh sekali-kali dipusing kembali. Adakah Dr Hatta mengharapkan
insiden itu berlaku? Adakah Hishamudin Rais dengan sengaja mahu tunjuk
"punggung" itu terjadi?

Siapakah gerangannya Dr Hatta itu? Bukankah dia Bendahari PAS Pusat?
Bukankah dia seorang tokoh? Tak usah pandang kepada Hishamudin Rais, dia
orang biasa (maaf ye), tetapi cuba renungkan kedudukan dan hierarki Dr Hatta
dalam organisasi PAS sendiri. Dalam Harakahdaily (9 Julai 2008), Dr Hatta
telah memohon maaf atas insiden yang berlaku, dan beliau menjelaskan juga
bahawa Hishamudin Rais memikul tanggungjawabnya dan menyatakan permohonan
maafnya kepada audien.

Lalu apakah yang sepatutnya reaksi kita sebagai orang beragama, orang yang
bermasyarakat, orang yang berorganisasi, dan sebagai orang yang mendukung
prinsip bersahabat?  Yang harus kita sedar sungguh-sungguh, kita terutama
ahli PAS ialah kita bukan berada dalam sekelompok kawan-kawan yang sedang
berborak atau berbincang di kedai kopi. Kita adalah gabungan parti atau
organisasi yang siap untuk bergerak ke Putrajaya.

Setiap daripada kita wajib memberi respons terhadap sesuatu peristiwa sama
ada peristiwa yang baik atau peristiwa yang buruk, dengan penuh hati-hati
dan bijaksana supaya matlamat bersama dapat dicapai, dan menyelesaikan
segala krisis dengan semangat berkeluarga, dan meletakkan "akhlak" sebagai
asasnya.

Dalam situasi "goverment in waiting" kita wajib bertindak "menarik rambut
dalam tepung, agar rambut tidak putus, tepung tidak rosak" bukan cuba untuk
membuktikan "aku yang benar" walau apa pun "caranya". Kita harus mampu
bertindak persis seorang "diplomat". Kita seharusnya belajar mengekang rasa
amarah, menyembunyikan emosi marah yang membuak, dan digantikan dengan
tindakan atau kata-kata yang tegas tetapi lembut dan tidak menyinggung.

Seperkara lagi ialah kita seharusnya mengalu-alukan rakan-rakan atau yang
cuba berjinak-jinak menjadi rakan kita tidak kiralah apa statusnya. Saya
mengalu-alukan penjelasan Datuk Husam (*
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15685&Itemid=1
*), yang lebih mengutamakan sudut positifnya tanpa menutup kejanggalan adab
itu. Kesalahan boleh ditegur tetapi biar beradab. Mereka boleh dibetulkan
kemudian. Kata Husam, lihat pada liriknya – apakah makna tersiratnya, apakah
konotasinya? Tetapi berbeza nadanya dengan Ustaz Idris Ahmad (*
http://idrisahmad.wordpress.com*/) seolah-olah gagal seluruhnya perhimpunan
PROTES itu.

Begitu juga tentang Hishamudin Rais (*http://jordan2jelebu.blogspot.com*/),
cuba teliti dan renung, salahkah niat dan tindakannya yang meraikan
sekelompok masyarakat untuk menyatakan kejengkelannya? Beliau telah dengan
jelas memberi garis panduan persembahan. Kita seharusnya membanyakkan kawan,
bukan musuh. Mereka harus didekati bukan dimusuhi. Kalau salah, tegurlah
dengan beradab, apatah lagi kita pula daripada organisasi yang beragama!

Kita kadang-kadang terlupa siapa kita. Kita selalu terperangkap dengan ego
diri. Kita harus sedar, akhirnya rakyat tidak menilai  ilmu yang banyak,
tetapi akhirnya rakyat menilai akhlaknya. Sebagai pemimpin, akhlak adalah
muaranya, ilmu adalah liku-liku sungainya. Berhati-hatilah.

Bagi seseorang yang ingin menjadi pemimpin, setiap tindakan harus ada
dimensi sosialnya, dimensi agamanya, dimensi falsafahnya, dan dimensi
psikologinya. Contohnya jelas, telitilah bagaimana TG Haji Nik Aziz
menerajui kerajaan dan rakyatnya.

Seperkara lagi yang timbul dalam benak saya ialah kegagalan segmen-segmen
dalam organisasi Pakatan Rakyat melihat dan membaca situasi terkini iaitu
suhu politik yang dideritai oleh BN. Kita seolah-olah gagal menafsir situasi
genting kini terutamanya selepas aduan liwat yang dihadap DSAI. Kita juga
gagal menafsir apa helahnya apabila DS Najib dan KPN Musa Hassan mengatur
latihan besama Polis dan tentera dalam menangani ketenteramman awam. Latihan
bersama ini tidak pernah berlaku sebelum ini sejak peristiwa13 Mei 1969,
tentu ada agenda tertentu atau tujuan tertentu.

Pada firasat saya yang kurang cerdik ini ialah mereka sedang menanti-nanti
bila berlakunya reformasi gelombang kedua. Sejurus berlaku reformasi
gelombang kedua ini, yang pada hemat saya akan lebih hebat dengan penyertaan
ketiga-tiga kaum – Melayu, Cina, dan India, pertembungan antara polis dan
tentera akan tercetus. Kekacauan pasti berlaku akibat provokasi. Maka
darurat diisytihar. MAGERAN akan mencengkam. Seluruh agenda dan gerakan
Pakatan Rakyat akan terhenti dan terpadam setidak-tidaknya sehingga PRU13.

Maknanya demo di jalan-jalan raya wajib dielak.  Jadi, pada hemat saya
secara tersirat, pihak penganjur  telah pun dapat menafsir situasi genting
ini, maka perhimpunan-perhimpunan atau demo seperti PROTES lebih selamat
diadakan di tempat tertutup sekiranya kita mahu agenda PR terus hidup.

Wallahualam."
-- 
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisikrakyat1.blogspot.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke