Kadang2 orang pas ni tak tahu nak rai sahabat kawan dan kawan baru sampai Dr 
hatta pun dia nak balun  bila berlaku masalah janganlah terus tibai pada hal 
yang bercakap tu dahlah tak buat kerja nak buat kerja pun tak tahu  kadang2 
org2 pas ni ada lebih teruk dari mereka yang tak faham agama  contoh ketua 
pemuda ( mokhyi solihin ) dia suka cakap sampai tak kenal yang suruh dia komen 
tu musuh islam   Musuh memang banyak dan mereka suka ambil kesempatan  pejuang 
islam mesti tahu sejak PR menang 5 negeri  bukan sahaja orang murtad sahaja 
bertambah malah golongan  MUNAFIK pun bertambah-tambah  jadi pejuang islam 
mesti waspada  peminpin BN sekarang ini bukan sahaja suka tabur fitnah untk 
tutup kesalahan mereka yang lalu malah mereka akan berusaha  PR  berkelahi 
sesama kita  mereka ini sekarang sudah di kuasai oleh iblis untuk merampas 
balik kedudukan mereka hatta sampai tuduh orang liwat dan mengaku diliwat 
perkara dihalalkan oleh mereka   BN
 kini  ibarat  lembu yang di sembelih  semasa  hari raya korban  Lembu setelah 
disembeli apabila ikatan kaki dlepaskan ia meronta untuk menghabiskan nyawanya  
sekarang BN  sedang berhempas pulas menahan kuasanya dari hilang dan melakukan 
apa jua  kerja untuk mehembuskan nafas terakhir  hatta menggunakan c4



----- Mesej Asal ----
Daripada: "Topeng [EMAIL PROTECTED]" <Topeng [EMAIL PROTECTED]>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Dihantar: Khamis, 10 Julai, 2008 7:51:45
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Al-Bai Bithaman Ajil Tanpa Penjamin



Dilulus terbit pada Thursday, July 10 @ 07:39:49 MYT oleh greenboc
 Oleh Proklamator

"Assalamualaikum w.b.t.,

Dapatkah kita menolak hakikat bahawa apabila dinamakan manusia, manusia itu 
bersifat baru dan lemah, tidak sempurna, terbuka kepada kekhilafan. Yang 
sempurna ialah Allah s.w.t. Perhimpunan PROTES pada 6 Julai lalu, pada 
sesetengah pihak adalah perhimpunan yang gagal mencapai matlamat, lebih kepada 
"Jom Heboh", "Fun Fair", "Perhimpunan Suka ria", dan seumpamanya.

Segalanya berpunca daripada insiden "tunjuk punggung" oleh band underground, 
Carburetor Dung, oleh penyanyinya, Alak.  

Geng Pemuda PAS, dan Unit Amalnya menarik diri. Sebelah malamnya, acara 
kemuncak, ceramah politik termasuk DSAI dan Ustaz Nasharudin, dan lain-lain. 
Tetapi, sesuai dengan penarikan diri dari perhimpunan itu, Ustaz Nasharudin 
tidak hadir untuk berpidato. 

Apabila kita meneliti webblog-webblog alternatif atau yang pro PR, riuh dengan 
komen masing-masing yang semuanya berkesimpulankan, gagal mencapai matlamat 
malahan menyalahkan dan menghentam Dr Hatta sebagai Pengerusi Penganjur, dan 
Hishamudin Rais yang bertanggungjawab terhadap pengisian program. 

Wajarkah? Apakah makna di sebalik insiden ini? 

Realiti yang harus diterima ialah insiden itu telah berlaku dan jarum jam tidak 
boleh sekali-kali dipusing kembali. Adakah Dr Hatta mengharapkan insiden itu 
berlaku? Adakah Hishamudin Rais dengan sengaja mahu tunjuk "punggung" itu 
terjadi?  

Siapakah gerangannya Dr Hatta itu? Bukankah dia Bendahari PAS Pusat? Bukankah 
dia seorang tokoh? Tak usah pandang kepada Hishamudin Rais, dia orang biasa 
(maaf ye), tetapi cuba renungkan kedudukan dan hierarki Dr Hatta dalam 
organisasi PAS sendiri. Dalam Harakahdaily (9 Julai 2008), Dr Hatta telah 
memohon maaf atas insiden yang berlaku, dan beliau menjelaskan juga bahawa 
Hishamudin Rais memikul tanggungjawabnya dan menyatakan permohonan maafnya 
kepada audien.

Lalu apakah yang sepatutnya reaksi kita sebagai orang beragama, orang yang 
bermasyarakat, orang yang berorganisasi, dan sebagai orang yang mendukung 
prinsip bersahabat?  Yang harus kita sedar sungguh-sungguh, kita terutama ahli 
PAS ialah kita bukan berada dalam sekelompok kawan-kawan yang sedang berborak 
atau berbincang di kedai kopi. Kita adalah gabungan parti atau organisasi yang 
siap untuk bergerak ke Putrajaya.

Setiap daripada kita wajib memberi respons terhadap sesuatu peristiwa sama ada 
peristiwa yang baik atau peristiwa yang buruk, dengan penuh hati-hati dan 
bijaksana supaya matlamat bersama dapat dicapai, dan menyelesaikan segala 
krisis dengan semangat berkeluarga, dan meletakkan "akhlak" sebagai asasnya. 

Dalam situasi "goverment in waiting" kita wajib bertindak "menarik rambut dalam 
tepung, agar rambut tidak putus, tepung tidak rosak" bukan cuba untuk 
membuktikan "aku yang benar" walau apa pun "caranya". Kita harus mampu 
bertindak persis seorang "diplomat". Kita seharusnya belajar mengekang rasa 
amarah, menyembunyikan emosi marah yang membuak, dan digantikan dengan tindakan 
atau kata-kata yang tegas tetapi lembut dan tidak menyinggung.  

Seperkara lagi ialah kita seharusnya mengalu-alukan rakan-rakan atau yang cuba 
berjinak-jinak menjadi rakan kita tidak kiralah apa statusnya. Saya 
mengalu-alukan penjelasan Datuk Husam (http://www.harakahd aily.net/ index.php? 
option=com_ content&task=view&id=15685&Itemid=1), yang lebih mengutamakan sudut 
positifnya tanpa menutup kejanggalan adab itu. Kesalahan boleh ditegur tetapi 
biar beradab. Mereka boleh dibetulkan kemudian. Kata Husam, lihat pada liriknya 
– apakah makna tersiratnya, apakah konotasinya? Tetapi berbeza nadanya dengan 
Ustaz Idris Ahmad (http://idrisahmad. wordpress. com/) seolah-olah gagal 
seluruhnya perhimpunan PROTES itu.  

Begitu juga tentang Hishamudin Rais (http://jordan2jeleb u.blogspot. com/), 
cuba teliti dan renung, salahkah niat dan tindakannya yang meraikan sekelompok 
masyarakat untuk menyatakan kejengkelannya? Beliau telah dengan jelas memberi 
garis panduan persembahan. Kita seharusnya membanyakkan kawan, bukan musuh. 
Mereka harus didekati bukan dimusuhi. Kalau salah, tegurlah dengan beradab, 
apatah lagi kita pula daripada organisasi yang beragama!  

Kita kadang-kadang terlupa siapa kita. Kita selalu terperangkap dengan ego 
diri. Kita harus sedar, akhirnya rakyat tidak menilai  ilmu yang banyak, tetapi 
akhirnya rakyat menilai akhlaknya. Sebagai pemimpin, akhlak adalah muaranya, 
ilmu adalah liku-liku sungainya. Berhati-hatilah.

Bagi seseorang yang ingin menjadi pemimpin, setiap tindakan harus ada dimensi 
sosialnya, dimensi agamanya, dimensi falsafahnya, dan dimensi psikologinya. 
Contohnya jelas, telitilah bagaimana TG Haji Nik Aziz menerajui kerajaan dan 
rakyatnya. 

Seperkara lagi yang timbul dalam benak saya ialah kegagalan segmen-segmen dalam 
organisasi Pakatan Rakyat melihat dan membaca situasi terkini iaitu suhu 
politik yang dideritai oleh BN. Kita seolah-olah gagal menafsir situasi genting 
kini terutamanya selepas aduan liwat yang dihadap DSAI. Kita juga gagal 
menafsir apa helahnya apabila DS Najib dan KPN Musa Hassan mengatur latihan 
besama Polis dan tentera dalam menangani ketenteramman awam. Latihan bersama 
ini tidak pernah berlaku sebelum ini sejak peristiwa13 Mei 1969, tentu ada 
agenda tertentu atau tujuan tertentu. 

Pada firasat saya yang kurang cerdik ini ialah mereka sedang menanti-nanti bila 
berlakunya reformasi gelombang kedua. Sejurus berlaku reformasi gelombang kedua 
ini, yang pada hemat saya akan lebih hebat dengan penyertaan ketiga-tiga kaum – 
Melayu, Cina, dan India, pertembungan antara polis dan tentera akan tercetus. 
Kekacauan pasti berlaku akibat provokasi. Maka darurat diisytihar. MAGERAN akan 
mencengkam. Seluruh agenda dan gerakan Pakatan Rakyat akan terhenti dan 
terpadam setidak-tidaknya sehingga PRU13. 

Maknanya demo di jalan-jalan raya wajib dielak.  Jadi, pada hemat saya secara 
tersirat, pihak penganjur  telah pun dapat menafsir situasi genting ini, maka 
perhimpunan- perhimpunan atau demo seperti PROTES lebih selamat diadakan di 
tempat tertutup sekiranya kita mahu agenda PR terus hidup.  

Wallahualam."
--
Berjuang,berjuang, berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://perisikrakya t1.blogspot. com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN 
MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA 
KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA 
LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI 
BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK 
SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa 
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu 
tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab 
kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu 
telah lakukan..." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).


      Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke