Anwar ditahan, Azmin sangsi kenapa Khairy minta sampel DNA Anwar
Wan Nordin Wan Yaacob
<p><b>KUALA LUMPUR, 16 Julai (Hrkh)</b> - Beberapa
minit sebelum Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim ditahan
berhampiran rumahnya pada jam 1.15 petang tadi Dewan Rakyat turut kecoh
berhubung kes Liwat Anwar.

Dewan Rakyat  kecoh hampir
setengah jam ketika  menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin berucap
dengan membuat tuduhan terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
(KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan liwat.

Khairy mencetus kemarahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat antaranya, Ketua
Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Azmin Ali (KeADILan
Gombak); Gobind Singh Deo (DAP Puchong); Yusmandi Yusof (KeADILan
Balik Pulau) dan beberapa ahli Pakatan Rakyat lain yang turut mengecam
Khairy.

Perang mulut antara Khairy dengan Azmin bermula apabila Khairy
menyifatkan Anwar tidak mengikut undang-undang kerana tidak ke Balai
Polis untuk memberi keterangan kepada pihak polis.

Malah, Khairy juga mendesak sampel DNA Anwar diserahkan kepada polis
jika Ketua Umum KeADILan itu meskipun bagi Azmin dan Gobind siasatan
polis belum selesai.

Tuduh menuduh bergelandangan dalam Dewan Rakyat antara Azmin dengan
Khairy ditambah dengan beberapa orang ahli Parlimen yang menyebabkan
suasana tak keruan.

Azmin juga menyifatkan bahawa Rembau (Khairy) adalah Perdana Menteri
yang sebenarnya mentadbir Malaysia walaupun Perdana Menteri yang
dinamakan kini adalah dari Kepala Batas (Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi).

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Wan Junaidi Tunku Jaffar yang
menjadi orang tengah dalam perdebatan itu terpaksa beberapa kali meminta
ahli-ahli dewan bertenang dan tidak melontarkan sebarang tuduhan.

Sementara itu di Azmin yang ditemui di Lobi Parlimen menyatakan
kesangsiannya terhadap kenyataan Khairy,  itu yang disifatkan
menjustifikasikan awal dalam kes liwat Anwar.

"Soal DNA,  kita setuju dengan soal dia nak satu forensik bebas menyiasat,
tetapi siapa yang akan menganggotai forensik itu benar-benar berwibawa
dalam jalankan siasatan,"

Namun kata Azmin, beliau melihat bagaimana Khairy seperti boleh tahu
tentang laporan polis terhadap Anwar itu sedangkan pihak yang dituduh
sehingga kini tidak pernah mendapat salinan laporan itu.

Sedangkan, katanya sepatutnya pihak yang dituduh (Anwar) menerima
laporan polis tersebut.

"Bagaimana Rembau (Khairy) boleh tahun tentang laporan itu, saya cabar dia
agar dia jawab dalam dewan, " katanya.

Beliau juga sangsi bahawa mungkin ada satu konspirasi terhadap tuduhan
liwat Anwar.

Perkembangan mengenai Anwar, sehingga
kini Anwar dilaporkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur dan orang ramai mula
berkumpul bagi memberi sokongan kepada Anwar.

Polis yang menahan beliau dilaporkan memakai topeng dan berkaca mata gelap.

Antara pimpinan PAS yang ada di IPK ialah, Dr Hatta Ramli dan Dr Zulkifly Ahmad.

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/


      

Kirim email ke