http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=736&Itemid=72

Assalamualaikum, 

 Kita baca dulu ulasan UZAR tentang isu ini.. Kita jangan terlampau taksub 
dengan Mufti Perlis sehingga pandangan dialah yang tajdidnya dan orang lain 
dengki.. atau kata mufti perak dengki.. Kita tengok pandangan UZAR berdasarkan 
perbincangannya dengan ulamak dunia... 



Mufti Perlis & Isu Tuduh 


Liwat & Zina : Ulasan Saya   

 


Oleh 


Zaharuddin Abd Rahman 


http://www.zaharuddin.net/
 





Seminggu berlalu tanpa sebarang entry baru di zaharuddin.net. Bukan tidak 
sempat tetapi mood menulis yang agak menurun disebabkan pelbagai urusan di 
sini. 







  

Isu-isu semasa di Malaysia
masih lagi sempat diikuti, terasa juga ingin menulis panjang beberapa
isu seperti tidak setujunya saya dengan pandangan Mufti Perlis dalam
isu liwat dan saksi, namun beberapa perkara yang masih serabut di sini
menghalang saya dari meluangkan waktu untuk mengetuk keyboard Sony Vaio
ini untuk mengulas isu ini dengan panjang lebar buat masa ini.
 


S.S Dr Mufti Perlis dinyatakan berkata :-
 


"Mereka ini keliru
antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang
yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri.
 


"Jika disamakan
kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat
orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80
kali. Inikah Islam yang mereka faham?
 


"Kesalahan
memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini
yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu
zalim," katanya lagi." ( Sumber )
 


Tidak mengulas panjang isu
ini, saya hanya ingin memberikan ringkasan pendapat saya dalam isu ini.
Bagi mereka yang rajin membaca terperinci, bolehlah merujuk tulisan saya yang 
lalu di link berikut
 


Sesiapa sahaja yang menuduh
dirogol atau diliwat oleh orang tertentu, ia wajib membawakan empat
saksi. Ramai menyoal, dimanakah rasionalnya seseorang dirogol atau
diliwat kemudiannya dituntut membawa empat saksi lelaki adil jika ingin
mendakwa si penjenayah?. Jika tiada saksi apakah adil untuk di hukum
sebatan si pendakwa kerana qazaf?.
 


Akibatnya, ramai tersilap
faham lalu terbayang ‘zalim'nya hukum Islam. Padahal ia tidak
sedemikian. Hakikatnya, sistem Islam menjaga kedua-dua belah pihak,
penuduh dan yang dituduh.
 


Padahal isunya adalah sistem
kita yang lemah dalam menjaga perkara yang perlu dirahsiakan. Hasil
perbincangan saya dengan Mufti Besar Mesir (Sheikh Prof. Dr Ali
Al-Jumaah) pada tahun 2004 dalam hal ini amat jelas. Malah saya turut
membincangkan hal yang sama dengan professor-professor Shariah di
Jordan seperti Prof. Dr Sheikh Mohammad ‘Uqlah El-Ibrahim dan
lain-lain. Ia juga pernah diulas sebahagiannya oleh Sheikh Prof. Dr
Ramadhan Al-Buti.
 


Kesimpulannya, begini :-
 


1-  Seseorang
yang mendakwa diri diliwat dan dirogol tetap diTUNTUT membawakan empat
saksi lelaki adil yang melihat dengan jelas akan apa yang didakwa. Ia
hukum asal. Tuduhan dari pihak ketiga atau pihak yang mendakwa menjadi
mangsa adalah sama sahaja. Sebagaimana ulama bersepakat, seorang bapa
menafikan nasab keturunan anak yang dilahirkan oleh isterinya sebagai
menuduh isterinya berzina. Cara penyelesaian khusus diberikan oleh
Islam dalam hal ini adalah Li'an. Inilah cara yang dipersetujui oleh
Mufti Perlis mungkin berdasarkan kaedah qiyas.
 


2- Jika tidak mempunyai saksi lelaki
yang cukup, terdapat ulama yang membenarkan saksi wanita yang adil
untuk diterima iaitu jika kejadian berlaku di tempat yang tidak
memungkinkan ada lelaki. Tatkala itu saksi wanita diterima dengan
kiraan 2 wanita menyamai 1 lelaki. (rujuk link artikel di atas untuk
membaca lanjut) 


3- Jika
masih tiada saksi maka si ‘mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada
pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA. Kerajaan
WAJIB menjaga aduan ini agar tidak tersebar sama sekali. Jika tersebar,
kesalahan terletak di atas bahu kerajaan. Inilah yang dikatakan sistem
yang lemah. Setiap isu yang diadu kerap tersebar ke media terutamanya
apabila membabitkan selebriti dan orang politik.
 


4- Prof Dr Ali Jumaah selaku Mufti Mesir juga bersetuju bahawa jika aduan 
tertutup dibuat, dan disertakan ‘qarain'
atau bukti-bukti selain saksi seperti air mani, bulu dan lain-lain yang
boleh membantu dakwaan. Ia akan dibicarakan di mahkamah dan hukuman
qazaf TIDAK DIKENAKAN kerana Maqasid dari hukuman Qazf adalah
untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercemar di mata awam.
Namun apabila ia dibuat secara tertutup, TIADA KEMUSNAHAN MARUAH
tertuduh berlaku lalu inilah yang ingin dielakkan oleh Islam, iaitu
kemusanahan maruah tanpa saksi yang cukup. Dalam keadaan ini, kerosakan
maruah mereka yang didakwa ‘merogol atau meliwat‘ akan terkawal dan
proses perbicaraan akan menentukan tindakan selanjutnya.
 


5- Bukti diberikan dianalisa,
kemudian jika terbukti benar dakwaannya, perogol dan peliwat akan
dihukum ta'zir dan bukan hudud kerana terdapatnya unsur syubhat dalam
cara pensabitannya. Justeru, perogol dan peliwat akan dihukum
sewajarnya smenurut hemat dan kebijaksanaan hakim Syarie. Jika pengadu
tewas di mahkamah, hukuman qazaf juga tidak dilaksanakan kerana dakwaan
tertutup dan syubhah dalam pensabitan hukuman qazaf. Justeru, tiada
siapa yang terzalim dalam hal ini.
 


6- Perlu
difahami hujjah mereka yang mengatakan zalim hukum jika dihukum qazaf
mesti ditimbang sewajarnya antara hak individu yang dituduh dan
menuduh. Ada pihak seolah membelakangkan hak mereka yang DITUDUH lalu
terlalu melebihkan hak yang menjadi ‘mangsa', kononnya perlu
dikasihani. Bagaimana jika tuduhan itu palsu, bukankah yang DITUDUH
juga perlu pembelaan Islam. Perlu diingat, dengan mudah seorang wanita
tiba-tiba mengaku dirogol oleh seorang Mufti atau Imam Besar tanpa
sebarang saksi. Kemudian, dengan mudah boleh diselesaikan hanya dengan
bersumpah dan bermubahalah semata-mata?. Mungkin ia belum tentu sesuai
pada masanya. 

 


7- Justeru,
Islam menjaga kedua-dua belah pihak yang menuduh dan tertuduh, kerana
itu sesiapa yang ingin mendakwa dirogol atau diliwat mesti empat saksi
atau jika tidak, WAJIB membuat laporan secara tertutup dan kerajaan
WAJIB pula menjaga dakwaan dari tersebar.
 


Itulah ulasan ringkas saya
buat masa ini. Saya juga tidak sempat membawakan rujukan kitab dan
lain-lain hujjah. Mengulas isu ini perlu lebih bertenang dan
perbincangan dengan para ilmuan lain agar tidak tersilap mengulas,
terutamanya dari seisapa sahaja yang berlatarbelakangkan agama.
 





Sekian 





Zaharuddin Abd Rahman 


http://www.zaharuddin.net/ 


15 Julai 2008 


Wales, United Kingdom 




      

Kirim email ke