http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=90038
Jawapan Mengenai Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang PTPTN
Posted by : Islah on Wednesday, July 30, 2008 - 10:31 AM CCT
323 Reads
Printer Friendly Page
Jawapan dari Mufti Perlis dari http://drmaza.com/home/?p=338
“Banyak
pihak menghubungi saya pada hari ini berhubung dengan pengumuman
Pengerusi Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang kembali
menghalalkan sistem yang digunakan oleh PTPTN dengan menyatakan ia
tidak langgar syarak –seperti yang dilaporkan oleh Utusan pada hari ini
(29 Julai 2008).
Untuk
pengetahuan, saya tidak hadir pada mesyuarat khas pada 28 Julai 2008
tersebut yang kembali membincangkan kedudukan PTPTN, setelah diputus
riba oleh Jawatankuasa yang sama di Alor Setar yang saya juga turut
hadir.
Dalam mesyuarat sebelum ini di
memang pihak PTPTN juga akur Alor Setar pada 6-7 Mei 2008
bahawa caj yang dikenakan berdasarkan
jumlah pinjaman dan Jawatankuasa sepakat menganggapnya riba.
Cumanya,
Pengerusi (yang juga Naib Canselor USIM) agak keberatan mengumumkan
keputusan tersebut, sebaliknya hanya menyatakan kepada media bahawa
pihak PTPTN dikehendaki mematuhi garis panduan. Saya sendiri semasa
mesyuarat mengingatkan diri sendiri dan semua bahawa fatwa hendaklah
bebas daripada tuntutan atau kepentingan mana-mana pihak.
Adapun
pengumuman beliau tentang keputusan mesyuarat khas terbaru yang
memansuhkan keputusan sebelum ini agak mengejutkan.
Oleh kerana pada
pengalaman yang lepas, Pengerusi Jawatankuasa tersebut juga pernah
mengumumkan tentang kehalalan ASB dengan begitu umum tanpa menyebut
bahawa keputusan Jawatankuasa –saya juga turut hadir- yang menuntut
terlebih dahulu agar pihak berkenaan menubuhkan jawatankuasa syariah.
Saya juga telah mengkritik cara pengumuman itu dibuat.
Untuk kali
ini, saya mengambil keputusan menghubungi terus Dato’ Pengarah JAKIM
untuk mengetahui kedudukan sebenar. Apa yang saya difahamkan, bahawa
yang dianggap oleh Jawatankuasa Fatwa sebagai tidak bertentangan dengan
syarak adalah kaedah caj baru yang bakal diubah, bukan yang ada
sekarang. Jika begitu, ini tentu berbeza dengan pengumuman tersebut.
Berhubung
dengan perkara berkaitan, saya sendiri pernah mencadangkan agar
Jawatankuasa Fatwa hendaklah menjemput mereka yang mempunyai padangan
yang berbeza dalam sesuatu isu agar berbagai-bagai sudut dapat dilihat
sebelum fatwa dibuat”.