SALAM... bukan mencari publisiti, bukan juga meraih simpati, banyak perkara perlu diselesaikan.
jadual padat. pada hari kejadian - sebelah pagi DSAI ke pejabat BPR putrajaya untuk memberi keterangan. itupun mohon disingkatkan & idsambung pada sesi dilain hari kerana komitmennya hendak ke IPK sebelum jam 2... usahlah berprasangka seperti saranan TGNA & TGHH... boleh rujuk unit amal yang sentiasa menghantar wakil untuk aktiviti DSAI... 2008/7/16 samah" <"abu>: > Assallamualaikum.. > > Yang herannya mengapa Anwar tunggu last minute.....kan ke > polis dah beri masa lama untuk dapatkan laporan dari dia...? > > Nak cakap dia takut, mustahil kerana kita tau siapa Anwar. > Nak kata dia ada lakukan pun mustahil kerna usia dan imej > dia. Mungkin ini adalah cara dia dapatkan simpati dan perhatian > dari masyarakat Malaysia khasnya dan dunia umumnya . > Memang tak dapat dipisahkan Anwar dan politik kecohnya > dari masa dia muda sampai kini. Yang penting bagi dia agenda > dan matlamat dia, kekecohan yang dicetuskan olehnya cerita > lain..... > > Apakah ini baik untuk tanahair kita ?. Imej negara kita ?. > Kedamaian politik dan antara kaum di negara kita ?. > > Tak dapat dinafikan BN dipenuhi ulat ulat yang pelahap untuk > mencari harta dunia....tugas kita membangkang dengan cara kita... > Bukan dengan menghuru harakan keadaan seperti sekarang.... > Anwar adalah hero dimata sekutunya hingga mereka biadap berani > mencampuri urusan negara kita....Apakah kita masih dijajah > ataupun membenarkan kita dijajah masa akan datang ?. > > Tanyalah sejujurnya.....tahun 2008 berapa banyak isu fitnah memfitnah > dan ISU YANG TAK BERKAITAN DGN EKONOMI yang dibangkitkan > oleh PKR kepada BN?. Maupun antara DAP & PAS terhadap BN ?. > Inikah caranya untuk membela rakyat ataupun nak jadi PM dulu baru > nak bela kita semua ?. Isu nak jatuhkan orang memang penting agaknya....ye > ?. > > Fikirkanlah seikhlas mungkin....mana yang terbaik antara PAS dan PKR ?. > Pada saya PAS jauh kehadapan dari PKR dalam membela rakyat Malaysia. > > > Wassallam > > > > > > > > > > ----- Original Message ----- > *From:* Topeng Perak <Topeng+Perak> > *To:* Ikhwanul Muslimun <[email protected]> > *Sent:* Wednesday, July 16, 2008 10:58 PM > *Subject:* Help Palestine [hidayahnet] Anwar ditahan polis bertopeng > > > Jul 16, 08 1:15pm > > kemaskini 8:34pm Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di > luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur > tengahari ini. > > [image: anwar ibrahim and police]Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, > termasuk yang bertopeng dan berjaket dari Bahagian Siasatan Khas, kira-kira > sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah > Rasuah (BPR) di Putrajaya. > > Menurut peguam dan naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, polis telah menunggu > kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa masuk mantan > timbalan perdana menteri itu ke dalam kereta polis bercermin gelap meluru ke > IPK Kuala Lumpur. > > Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh > konvoi 15 kenderaan. > > [image: anwar ibrahim arrest wan azizah parliament 160708 03]Manakala > isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita > di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan. > > Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan > bahawa beliau telah ditahan. > > Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh > anggota polis yang menahannya itu. > > Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan > anak-anaknya dan kemudiannya ke IPK. > > Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan > menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah > mengesahkan akan datang. > > [image: anwar ibrahim arrest wan azizah parliament 160708 01]Lagi pula, > tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum > lagi tamat. > > Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar > dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama. > > Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat > kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur, sementara lebih 200 orang berada di > jalan utama menuju bangunan itu, depan bekas Penjara Pudu. > > Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr > Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh. > > Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 > hari. > > [image: bm version penal code section 377ca sexual connection by object > 160708]Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun > Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: > *Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat > hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam > faraj atau dubur orang yang satu lagi itu. > * > Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum > dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat. > > Kelihatan sepasukan anggota polis memantau pergerakan para penyokong yang > berhimpun di situ. Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air. > > [image: bm version arrest of anwar ibrahim timeline 160708]Ahli Parlimen > PKR, Wee Choo Keong, yang berada di dalam bangunan itu berkata, Wan Azizah > dan dua anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Nuha - dibenarkan menemui Anwar di > tingkat tujuh pada kira-kira jam 2 petang. > > Pada jam 2.35 petang, Wan Azizah dan anak-anaknya, serta peguam Sankara > Nair muncul dari bangunan tersebut. > > Pada jam 2.40 petang, ahli Parlimen DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan Kok > Wai, Fong Kui Lun dan Anthony Loke juga kelihatan meninggal dari bangunan > tersebut. > > Loke berkata, mereka hanya dibenarkan menunggu di kantin, dan semua ahli > Parlimen Pakatan akan balik ke Parlimen untuk "membangkitkan isu tersebut". > > Pada jam 2.50 petang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar > berkata, pihak polis sudah mula menyoalsiasat Anwar. > > Katanya, perhimpunan sokongan kerdipan lilin akan diadakan di luar bangunan > tersebut jika Anwar tidak dibebaskan hari ini. > > Peguam Latheefa Koya pula berkata, Anwar ditahan sebagai suspek, tetapi > pihak polis mahu merakamkan kenyataannya sebagai saksi mengikut Seksyen 112 > Kanun Prosedur Jenayah. > > [image: anwar ibrahim arrest 160708 04]"(Pada kira-kira jam 2.40 petang, > peguam) Sulaiman Abdullah masuk bersama peguam Param Cumaraswamy. Anwar akan > diwakili oleh tiga peguam termasuk Sulaiman. Param berada di situ sebagai > tokoh antarabangsa," katanya. > > (Param merupakan bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi > kebebasan hakim dan peguam). > > Sementara itu, pada jam 5.40 petang, peguam N Sankara Nair memberitahu, > Anwar masih lagi memberi kenyataan kepada pihak polis. > > -- > Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!! > > Visit My Blog : http://perisik-rakyat.blogspot.com/ > > "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN > DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN > UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA > MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG > PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN > MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" > > "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik > membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, > supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini > - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu > menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ). > > > -- Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!! Visit My Blog : http://perisik-rakyat.blogspot.com/ "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!" "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
