Salam... 
 
Pada mereka yg tonton debat tu mmg malu dgn Menteri Penerangan tu. Jawapan 
beliau mmg x kena dgn tajuk langsung. Mcmana la beliau blh jadi menteri 
penerangan. Patutnya, apabila diberi ruang utk menjelaskan keadaan, kemukakan 
lah fakta dan isi-isi yang bernas, bukannya cerita tentang personal matter. Apa 
yang rakyat dan saya sendiri nak dengar ialah kenyataan dan bukannya hikayat 
cerita dongeng mat jenin.
 
Nampaknya mmg kena KO menteri penerangan ni.
 
 



To: [EMAIL PROTECTED]: Date: Wed, 16 Jul 2008 02:52:54 +0000Subject: Help 
Palestine [hidayahnet] Debat DSAI vs MP








thanks nadia.--- On Wed, 16/7/08, Nadia <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Nadia <[EMAIL PROTECTED]>Subject: Fw: DebatTo: [EMAIL PROTECTED]: 
Wednesday, 16 July, 2008, 10:04 AM

 
 


Debat Anwar 
at 1:02 AM 
Ahmad Shabery patut umum Letak Jawatan, Tewas KODilulus terbit pada Tuesday, 
July 15 @ 23:58:42 MYT oleh greenbocOleh ulitmayang"Sudah terang lagi bersuluh, 
rasanya dan seharusnya, Menteri Penerangan YB Dato’ Ahmad Shabery Chik, meletak 
jawatan dengan megemukakan surat perletakan jawatan, dalam masa 24 jam ini.Anda 
telah tewas KO, Knock Out.Sudah dikhabarkan sejak awal – awal lagi, DSAI 
bukanlah lawan, regu dan saingannya.Tidak lah diketahui, siapakah yang 
menghasut beliau supaya menyahut cabaran debat, anjuran Agenda Daily tersebut.
Seluruh pimpinan Kerajaan UMNO/BN menanggung aib dan malu yang besar di atas 
KEKALAHAN dan KEGAGALAN beliau dalam berdebat, berhujah dan mengemukakan fakta, 
bukti dan angka.
Sebaliknya, apa yang terjadi beliau hanya menyerang peribadi DSAI sahaja.
Secara prinsip dan moralnya, tanpa perlu didesak untuk meletak jawatan, beliau 
secara tegas dan tetap dengan pendirian, mesti meninggalkan pejabatnya di 
Bangunan Angkasapuri, dalam masa 24 jam.
Tidak perlulah beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, untuk 
mempertimbangkannya, samada menerima atau menolak perletakan jawatan tersebut.
Selepas dariapda ini, rakyat tidak mahu beliau memberikan sebarang alasan, 
dalih, hujjah, komen dan sebab, bagi tidak meletak jawatan.
Alasan apakah lagi yang beliau cari selepas ini ? Sama – sama kita tunggu dan 
lihat. 
RUMUSAN, hujah DSAI 

Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja 
Putrajaya diambil alih. 
Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya. 
Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian 
TNB dengan IPP 
Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta 
RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia 
RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan 
sebanyak RM 6 Billion. 
Maka selesailah masaalah 
LAIN – LAIN HAL 

Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK 
BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat 
sebelah, yang merugikan TNB. 
Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip 
‚PRISKRIPSI’ IMF. 
Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat 
Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ? 
Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran 
Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui. 
AHMAD SHABERY 

Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada 
angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak 
bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK 
DITURUNKAN“ 
Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi 
baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM, 
Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang 
dikemukakan 
TAMBAHAN SIKIT 

Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi 
Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP 
dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI.. Ini memalukan taraf seorang 
Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.Ada tuduhan 
sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang 
menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ? 

Zukifli Sulong 
Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan 
tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar 
RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk 
membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan 
UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0..78 baru – baru ini. Ke manakah wang 
sebanyak itu akan dibelanjakan ?NOTA 

DSAI akan bertanding dalam pilihanraya kecil, dalam masa se singkat – 
singkatnya 
Adakah di Permatang Pauh ? 
 
 
 
---------------------------------------------------------------------------DISCLAIMER
 NOTICE: This email is intended only for the individual or entitynamed above. 
It may contain information that is confidential and privileged.You are hereby 
notified that any dissemination, distribution or copying of this email is 
strictly prohibited. If you have received this email in error,please notify us 
immediately by return email or telephone +607-5973399 anddestroy the original 
message. Thank you. 

Not happy with your email address? Get the one you really want - millions of 
new email addresses available now at Yahoo! 
 





_________________________________________________________________
Easily publish your photos to your Spaces with Photo Gallery.
http://get.live.com/photogallery/overview

Kirim email ke