(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak dibayar
untuk membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa telah meliwatnya, kata
peguamnya Zamri Idrus.Menafikan dakwaan terhadap teori konspirasi
sesetengah pihak bahawa beliau dibayar oleh pihak tertentu untuk
membuat laporan polis, peguam Mohd Saiful berkata: "Itu tidak
benar."Zamri, yang mewakili bapa Mohd. Saiful, Azlan Mohd Lazim pada
satu sidang akhbar hari ini, beria-ia menafikan dakwaan bahawa anak
guamnya adalah seorang homoseksual.Zamri berkata, beliau percaya dan
yakin dengan kes Mohd Saiful.Bapa saudara Mohd Saiful, yang hanya mahu
dikenali sebagai "Uncle Pet", berkata gambar Mohd Saiful dengan
beberapa menteri diperoleh semasa beliau menjadi pemimpin pelajar dan
Mohd Saiful tidak mengenali mereka secara peribadi."Saya rasa kalau
manamana ketua pelajar pun pasti akan mengambil gambar dengan menteri
sebagai kenangan. Memang dia tidak kenal manamana (menteri),"
katanya.Bersetuju dengan pendapat Uncle Pet, Zamri berkata: "Anda boleh
mengambil gambar dengan sesiapa sahaja anda suka. Gambar tidak
menceritakan apa-apa. Ia hanya gambar. Dan dalam masa itu (Mohd) Saiful
merupakan bekas pemimpin, ketua pelajar semasa di universiti."Zamri,
yang mengakui menemui Mohd. Saiful beberapa hari lepas, berkata anak
guamnya pada masa ini "selamat" di bawah perlindungan polis dan
sihat.Beliau, bagaimanapun, enggan mendedahkan di mana Mohd Saiful
berada."Kami tetap teruskan kehidupan. Ini kerana kita orang Islam,
kita berserah kepada Allah."Selagi kita berserah kepada Allah, bantuan
tetap akan datang. Itu sahaja," kata Uncle Pet ketika ditanya mengenai
keadaan keluarganya dan bagaimana mereka menghadapi saatsaat sukar ini.
-mSTAR Online

--
Posted By Topengperak_Xinwugi to Perisik Rakyat at 7/22/2008 02:03:00 PM

Kirim email ke