Jul 22, 08 12:38pm
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang merupakan gabungan mahasiswa
berbagai bangsa, merasakan tindakan Persatuan Kebangsaan pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) menggesa pemimpin Melayu bermuzakarah tentang nasib
umat Melayu, sebagai tidak sesuai."Kami memandang ini adalah satu
tindakan yang kurang prihatin terhadap perasaan kaum lain di Malaysia,"
kata Pengerusi SMM, Sheikh Omar Ali.Pada 17 Julai lalu, PKPIM menyokong
semua pemimpin Melayu dari Umno, PAS, PKR, serta barisan cendekiawan,
ulama dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) untuk duduk semeja dan
bermuzakarah tentang nasib untung umat Melayu Islam di
Malaysia.Presiden PKPIM, Hilmi Ramli juga dilaporkan berkata ini kerana
politik umat Melayu Islam telah berpecah dan sering sengketa,
menyebabkan perpaduan tidak dapat direalisasikan.SMM, kata Sheikh Omar,
sebaliknya berpendapat bahawa pemimpin negara harus sentiasa memikirkan
nasib seluruh rakyat tanpa membezakan kaum."Negara kita sebenarnya
tidak memerlukan perpaduan sesuatu kaum untuk mempertahankan hak kaum
tersebut. Kita memerlukan sistem yang mempertahankan hak rakyat biasa
tidak mengira kaum.Tolak politik perkauman"Selain itu, di negara kita
tidak menimbul masalah hak umat Melayu ditindas. Padahalnya, rakyat
yang miskin dan ia termasuklah orang Melayu terutama yang miskin,
ditindas dan dipinggirkan dalam pembangunan negara," katanya dalam satu
kenyataan hari ini.Sheikh Omar berkata, kerajaan mengamalkan politik
pecah dan perintah, yang telah menyebabkan rakyat tidak dapat hidup
bersama dengan harmoni."Kita perlu berwaspada, sebab setiap kali
kerajaan mengalami kemelesetan ekonomi, perebutan kuasa dan pergolakan
dalaman Umno, Barisan Nasional (BN) dan kenaikan harga minyak, BN akan
menggunakan isu perkauman untuk mengalih perhatian rakyat,"
katanyaSehubungan itu, katanya, SMM memuji Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang yang mengeluarkan kenyataan dalam Parlimen pada 17
Julai lalu bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.SMM, katanya,
menyeru rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, untuk meningkatkan mutu
kehidupan rakyat."Kita harus bersama-sama menolak politik perkauman.
Kita seharusnya membantu rakyat yang dipinggirkan, yang dinafikan
peluang dan hak mereka.

"Ia termasuklah orang Melayu, Cina, India, orang asal Sabah Sarawak dan
rakyat Malaysia yang lain," katanya.

-malaysiakini


--
Posted By Topengperak_Xinwugi to Perisik Rakyat at 7/22/2008 12:48:00 PM

Kirim email ke