Asmkom wmth.. Saya tertarik dengan saranan Lyana yang membandingkan pertanyaan berhubung soalan hiburan dengan soalan keagamaan. nampak satu penyerlahan ide yang ingin dilepaskan kepada umum tentang bagaimana kedaannya sekarang ini dikalanga kita yang ramai tidak lagi mengambil berat tentang ugama berbanding dengan kesoronakan berhibur..apa saja berkait dengan hiburan ramai yang tahu dan ramai yang bolih jawab..kenapa eeek.? Lyana kata compom ramai yang takbolih jawab dalam messagenya memang betul...
tapi Lyana juga kenalah adil...soalan pasal hiburan diberi 10 soalan , dan soalan tentang ugama diberi 92 soalan macamana tuu..dahlah kita tahu memang ramai yang takbolih jawab semudah soalan hiburan.. ini saolah saolah secara tidak langsung kita menjarakkan keindahan ilmu ugama dengan mereka yang kurang faham atau tidak tahu berugama menjadi kurang minat untuk mendampingi kita..., saya ada satu cerita betul yang berlaku diamsjid tempat saya tinggal.Satu asar kami berjumaah bersama lebih kurang 11 orang makmum termasuk seorang remaja dalam lekongan 30han. Apa yang membezakan diantara kita ialah remaja nii rambutnya panjang takterurus mengerbang dibelakang serta basah kuyup dibahagian depan dahi.Dia nii memang selalu datang berjemaah bersama kami,dan kami selalu bersalaman dikalangan jemaah setelah solat. Selsai kami solat...Imam yang mengimamkan solat Asar petang tersebut menegur remaja tersebut..."pakailah songkok atau kopiah dek,buruk nampak berambut panjang nii , kita kan lelaki..rambut kena dahi masa sujud mana sah sembahyang.." Kami bersama para jemaah yang lain takberkata apa apa pasal komen tuan imam tersebut.Begitu juga remaja terbut hanya tunduk tidak berkata apa apa.. Aapa yang sedihnya ..selepas itu kami tidak lagi menemui remaja tersebut berjemaah bersama kami sahingga kehari ini..., Apa yang tuan imam 2 nak kata memang betul,tapi caranya salah..sebab kalau perkara yang hendak dibagitahu tu betul dengan cara yang betul saya rasa remaja itu masih berjemaah bersama kami,malah sudah berubah serta bertambah baik sifat rambutnya.. Islam mempunya banyak formula bila ingin membuat teguran... rujuklah dengan kitab kitab ihya umuluddin,sifat sifat Rasulullah dan budiperkertinya kita bolih berjumpa banyak panduan... kita kena faham sifat sifat Allah yang besar..dugaan dugaan pada makhluknya juga berbagai,,sebagai contoh dalam satu keluarga dari dua beradik, satu kuat sembahyang satu langsung tidak sembahyang, padahal lahir dari perut ibu yang sama,dibesarkan dalam rumah serta keluarga yang sama..kenapa bolih jadi begitu..? sama samalah kita berdoa semoga kita semua sentiasa diberikan Allah akan rahmat serta hidayah untuk terus melakukan kebaikan kerana ugama serta sesama kita.mudahan mudahan kita semua diberkati.
