Aswt,

     Baru-baru ini Majlis Peguam anjur forum bertajuk ?Memeluk Islam yang saya 
tak begitu tau apakah apsek undang-undang yang hendak dibincang. Tapi apa yang 
difahamkan ianya berbunyi sama seperti isu yang dibangkitkan oleh IFC tempoh 
hari. Maka forum itu mengundang bantahan dari pelbagai pihak dan NGO Islam. 
Tuan Guru Nik Aziz pun ditanya mengenainya dan beliau mencadangkan mudah saja 
"mengapa tidak anjur forum banding agama mana hak betul antara Islam dengan 
agama-agama lain, agama mana yang lebih logik!!"

     Orang-orang yang jadi peguam ni bukan orang-orang yang lekeh. Mereka orang 
yang  bijak-bijak bagaimanapun mungkin majoriti yang dalam Majlis Peguam masih 
percayakan tuhan yang macam-macam yang tak masuk akal!! Ada yang masih 
percayakan/sembah Tuhan yang berupa lembaga bertangan sepuloh mungkin nak 
gambarkan hebatnya tuhan mereka tapi berkeadaan kaku dan beku. Ada yang dok 
percaya tuhan tu 3 dalam 1 ada tuhan bapa ada tuhan anak dan macam-macam lagi. 
Mereka masih percayakan agama-agama rekaan pendita mereka yang langsung tak 
logik atau agama yang memang dibawa oleh Nabi tertentu yang memang utusan Allah 
tapi agama itu telah diselewengkan oleh pengikut-pengikutnya. Apa pun Allah 
larang kita menghina mereka cuma Allah perintah kita agar nasihat dan dakwahkan 
mereka sahaja.

     Peguam ini memang mulia tugasnya sama seperti doktor dan pelbagai 
profesyen lain. Sayang nya mereka sekadar belajar dan amalkan undang-undang 
yang diamalkan oleh Barat dan mereka percaya itulah saja sistem perundangan 
yang adil sama juga dengan pegangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN beragama Islam 
yang memerintah negara kita yang terus mempertahankan sistem perundangan 
tinggalan penjajah. Setiap tahun anjur sambutan hari kemerdekaan tapi dalam 
banyak perkara sebenarnya negara kita belum merdeka termasuk aspek perlaksanaan 
undang-undang. Pemimpin UMNO nampaknya menyebelahi pihak yang menentang  forum 
tersebut tapi  mereka sendiri  termasuk  kalangan yang menentang perlaksanaan 
perundangan Islam secara total. Mereka terima  undang-undang Islam sekadar mana 
yang mereka fikir tidak memjejaskan kepentingan politik mereka. Maka sistem 
perundangan yang sebahagian besar adalah ciptaan manusia akan terus menjadikan 
rakyat porak poranda yang tidak akan
 berakhir. Allahuakbar.

ibnuAli
kota jembal



      

Kirim email ke