Reply from JAKIM:-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
i) McDonald
ii) A&W
iii) Secret Recipe
2. Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana
gagal mematuhi syarat
dan piawaian halal :
i) Victoria
Station
ii) Kam Lun Tai
iii) Lotus Family Restoran
3. Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
i) San Francisco
Steakhouse
ii) Chicken Rice shop
iii) Kiwi Express
4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah
mendapat pengesahan halal JAKIM .
5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM
adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat. KG Pastry atau
Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali
kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya
disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh
Syarikat Sin Mah S/B,syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
7. Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT
DYE atau SEMI PERMANENT DYE. Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye
adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang
islam. Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut
kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan
keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam
8. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah
berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha, kebanyakan supplement food dari
syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft
gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal. Bagi produk jenama Blackmores,
Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,
kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa
bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau
tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah
produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan
pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.
9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan
halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan
makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.
10. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal
kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal dengan yg tidak halal.
saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan
yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam K wan's, Spring Garden,
Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights,
Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels, Cinnabon,
Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese) , Chin oz On the Park, Dome Café, Genki Sushi,
Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak
House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat
pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
11. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS( Jabatan Agama
Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak
pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat
pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada
sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco
hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk
kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
12. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM
.
13. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran
Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk
yang dijual.
14. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball
dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat
pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah
mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi
peraturan halal JAKIM.
15. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan
semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah
memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan
bahan/produk di tempat tersebut.
waallahua'lam
Ingin Jimat Minyak?
Eco Power Compressor (EPC)