Fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban,
beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan
para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam
nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang
kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian
negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di
masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat
panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung
kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik
dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in)... (Dr.
Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli
al-Nuha) ..http://drmaza.com/home/?p=357


      

Kirim email ke