KENYATAAN MEDIA – PELANCARAN PROGRAM RAYUAN RAMADHAN

     


      Pada tahun 2008 ini bersamaan dengan 1429H, Pertubuhan Jamaah Islah 
Malaysia (JIM) sekali lagi meneruskan inisiatif murni dengan program rayuan 
Ramadhan.  Ini adalah tahun kesepuluh kita komited melakukan program membantu 
umat Islam dalam negara dan juga luar negara melalui program penajaan berbuka 
puasa dan sedekah kepada yang lebih memerlukan. Seperti tahun-tahun lepas, JIM 
sekalilagi menyeru kepada muslimin dan muslimat supaya bermurah hati untuk 
menyumbang dengan menyertai program Iftar Ramadhan dan / atau sedekah.



      Pada tahun lepas kita telah mengagihkan sumbangan kepada 27,000 orang 
penerima di Palestin, Mindanao, Maluku, Aceh, Selatan Thailand , Sri Lanka , 
Kemboja, Jawa Barat , Afghanistan & Baluchistan . Pada tahun ini kita 
mensasarkan 40,000 orang penerima untuk negara Sudan, Palestin, Mindanao, 
Selatan Thai, Afghanistan, Sri Lanka, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. Kita juga 
mensasarkan mereka yang memerlukan sumbangan ini di dalam negara melalui 
institusi-institusi yang telah dikenalpasti. Dari testimonI yang telah 
diterima, JIM bersyukur kerana para penerima ini amat menghargai sumbangan dari 
rakyat Malaysia , malah mereka juga mengharap agar usaha ini akan diteruskan.



      Untuk menyertai program ini rakyat Malaysia boleh melakukannya secara 
sumbangan individu atau dengan melibatkan ahli keluarga dengan mengeluarkan 
sedikit simpanan dari tabung untuk menyumbang. Anda juga boleh berkempen 
dikalangan ahli-ahli kariah masjid dan surau anda ataupun dikalangan 
rakan-rakan sepejabat untuk sama-sama merebut peluang bersedekah dan 
menginfaqkan sedikit dari pendapatan anda demi untuk menggembirakan saudara 
seIslam yang kurang bernasib baik ketika mereka berbuka puasa.



      Sumbangan anda akan terus dinikmati oleh anak-anak yatim, janda-janda, 
orang tua, orang sakit, orangkurang upaya, orang miskin dan yang hidup melarat. 
Sebagai orang yang beriman kita sering diingatkan oleh sabda Rasulullah S.A.W “ 
Salah seorang dari kalian tidak beriman hingga mencintai untuk saudaranya apa 
yang ia cintai untuk dirinya”. Program ini memberi kita satu peluang untuk 
mengasihi saudara kita seperti mana kita mengasihi diri kita sendiri. 
Lebih-lebih lagi umat Islam juga mahu merebut sebanyak ganjaran dari amalan di 
bulan Ramadhan. Rebutlah peluang ini. 



      Brosur serta borang penyertaan telah diedarkan di seluruh negara bagi 
memudahkan rakyat Malaysia untuk membuat sumbangan. Selain itu anda juga boleh 
menyumbang secara online melalui sesawang e-bazaar kami. Untuk tujuan 
menyumbang anda boleh membuatnya melalui transaksi kad kredit atau bank in 
kepada akaun “PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA” di Bank Islam Malaysia Berhad, 
nombor akaun : 1211 3010 00597 atau di Bank Mualamat Malaysia Berhad, nombor 
akaun: 1403 0000 391 713. Selain itu, sumbangan boleh juga dibuat secara online 
melalui laman web: www.jim.org. my/e-bazaar. Untuk perhubungan lanjut anda 
boleh menghubungi sekretariat rayuan Ramadhan ditelefon 03-4108 9669 atau 
03-4105 3159 dan emel ramadhan-qurban@ jim.org.my 



      JIM sangat berbesar hati agar rakyat Malaysia pada tahun ini akan 
bersikap pemurah dengan beramai-ramai menyertai program rayuan Ramadhan kali 
ini. Ingatlah bahawa harta yang kita beri itulah yang akan kita dapati di sisi 
Allah kelak. 
     


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
      RM1 setiap bulan kepada Palestin 

Masukkan derma anda ke dalam akaun: 
'Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia’ 
Bank Islam Malaysia - No. Akaun 12113010005797
Maybank - No. Akaun 562209608847

http://palestinkini.info/ 
http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf

Disaster and Emergency Response Unit [Deru] Donation:
Masukkan ke akaun JIM Johor di 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Akaun no.  01014010010372 
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun

 

Kirim email ke