Dewan Ulama PAS: Hadi layak jadi
PM<http://www.perisik-rakyat.com/2008/08/dewan-ulama-pas-hadi-layak-jadi-pm.html>
<http://www.geocities.com/pas_batu9/hj-hadi39.jpg>
*IPOH:* Dewan Ulama PAS Pusat berpendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
HAdi Awang merupakan pemimpin yang layak untuk menerajui kerajaan baru jika
Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pada 16 September.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata Dewan Ulama sentiasa menyambut
baik sesiapa sahaja yang ingin menjadi Perdana Menteri yang baru jika
pemimpin yang dipilih itu menjadikan Islam sebagai asas pentadbirannya.

"Jika anda tanya kami (PAS), maka sudah pasti kami katakan Datuk Seri Abdul
Hadi adalah orang paling layak untuk memikul tanggungjawab itu," katanya
dalam sidang media selepas majlis perasmian Dewan Ulama PAS Pusat di Dewan
Perbandaran di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta megulas mengenai pendapat peribadi
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Mohd. Amar Nik Abdullah yang lebih
suka mengutamakan Presiden Pas itu menjadi Perdana Menteri berbanding
pemimpin dari parti lain.

Mohamed Daud berkata pendirian itu adalah sesuatu yang normal kerana sudah
pasti penyokong PAS mahukan pemimpin mereka yang menjadi pemimpin nombor
satu negara.

"Namun kita dalam Pakatan Rakyat akan berbincang mengenai siapa yang akan
dilantik menjadi Perdana Menteri.

"Soal berebut jawatan itu tidak timbul kerana sudah pasti semua komponen
Pakatan Rakyat akan memutuskan individu yang layak menerajui pimpinan
negara," katanya.

Tegas beliau, jawatan dan pangkat bukan sasaran utama untuk mengambil alih
kerajaan sebaliknya tanggungjawab menguruskan kerajaan dengan sempurna
mengikut landasan Islam itu yang lebih penting.
-- 
Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://www.perisik-rakyat.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke