Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak siapa yang 
ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak sekian lama. 
Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri Sembilan ini telah 
dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah menengah agama terpilih 
di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd 
Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana mereka ini dari sekolah swasta.

Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk SHAMS, 
sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 A. Dengar 
cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A sekali pun tidak 
akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di N.Sembilan.

Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang di 
N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang didiskriminasi ini 
? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping mendapat 9A dalam 
matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% kuota diberikan tetapi 
0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah swasta ini.

Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2007/12/kenapa-pelajar-sek-ren-islam-ns.html 





      

Kirim email ke