Semoga lebih ramai ADUN-ADUN PAS, PKR, DAP, UMNO, MIC dan MCA di Negeri 
Sembilan ini dapat mencontohi ADUN Paroi YB Hj Taufek 
http://mohdtaufek.blogspot.com  untuk membantu mereka yang memerlukan dengan 
menggerakkan komuniti mereka saling bantu membantu.

************************************
Harian Metro. Jumaat, 15 Ogos 2008

Rumah uzur dua keluarga siap dibaiki

SEREMBAN: Hasil sokongan orang ramai yang menghulurkan sumbangan dalam bentuk 
wang ringgit dan tenaga, dua keluarga miskin di Kampung Paroi, dekat sini, kini 
memperoleh kediaman lebih selesa apabila projek membaiki rumah mereka yang uzur 
siap dilaksanakan.

Dua keluarga terbabit ialah pasangan Yahya Arshad, 34, dan isterinya, Azizah 
Puteh, 43, bersama tujuh anak mereka berusia antara sembilan hingga 22 tahun 
dan Halalijah Jamal, 48.

Azizah yang ditemui mengucapkan syukur kerana ada pihak sudi membantunya 
membaik pulih rumah yang uzur itu bagi membolehkan keluarganya menikmati 
keselesaan kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori dan memperoleh 
pendapatan tidak tetap, tidak mampu menyediakan kediaman lebih baik.

Menurutnya, sebelum ini bahagian depan rumah pusaka itu tidak boleh diduduki 
kerana struktur kediaman itu reput dan ahli keluarganya hanya menggunakan 
bahagian dapur untuk berteduh.

 “Rumah ini pusaka bapa saya dan keadaannya uzur kerana pernah beberapa dilanda 
banjir kilat hingga merosakkan sebahagian besar strukturnya,” katanya ketika 
ditemui, baru-baru ini.

Azizah antara dua daripada empat keluarga miskin di Paroi yang terbabit dalam 
pakej bantuan kebajikan pembinaan kediaman oleh Ahli Dewan Undangan Negeri 
(Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani dengan setiap rumah membabitkan 
peruntukan antara RM5,000 hinggga RM8,000.

Bagi Halalijah pula, dia berterima kasih kepada Mohd Taufek yang berusaha 
melaksanakan kerja membaik pulih bahagian dapur rumahnya yang hampir runtuh 
sebelum ini.

Dia yang tidak bekerja dan menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi 
selain rabun warna kini menetap bersama suaminya berusia 70 tahun yang bekerja 
sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan sekitar RM600 sebulan dan dua 
anaknya berusia 14 dan 17 tahun.

“Saya rasa terharu kerana ada pihak yang sudi membantu membaik pulih kediaman 
yang saya duduki ini sejak lebih 10 tahun,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20080815092136/Article/index_html





Kirim email ke