Posted: Thu Aug 07, 2008 9:44 am    Post subject: Menteri2 Hadari kaki 
botol - Sang Kelembai         
---------------------------------
      Bila botol mula berlaga 
KUALA LUMPUR 31 Mei - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid 
Ibrahim hairan mengapa UMNO mahu mengenakan tindakan terhadapnya hanya kerana 
beliau bertindak mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad 
Badawi daripada dikritik. 



Katanya, sejak empat tahun lalu, Perdana Menteri telah dikritik, dihentam dan 
dihina secara peribadi, tetapi hari ini menjadi satu kesalahan jika ada pihak 
yang ingin membelanya. 


Di atas kenyataan yang disiarkan di akbar Mingguan Malaysia pada 1hb Jun 2008, 
semua rakyat maklum khasnya orang Islam bahawa sewajarnya Islam Hadhari -ada 
had dan ada hari dilarang di aktifkan di Selangor dan mungkin Pulau Pinang. 
Kerana ini sudah di akui oleh Imam Besar nya Abdullah Hj Ahmad bahawa Islam 
Hadhari bukan satu agama, yang juga gSaya Perdana Menterih dan gsaya masih 
di sinih ia itu di Seri Perdana kerana di sana saya terpaksa mendengar apa-apa 
keputusan muktamad Perdana Menteri dec facto yang bernama Kamalludin Abdullah 
yang juga anak saya, maka pengisytiharan Kerajaan Selangor atau nanti Pulau 
Pinang dalam Parti Campuran tidak memerlukan perkenan Sultan dan Yang Di 
Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Selangor dan Pulau Pinang. 


Dalam ajaran Islam Hadhari yang di anjurkan, di mana minuman arak tidak menjadi 
haram kerana anak Imam Besar sendiri khabarnya termasuk dalam golongan penagih 
arak tegar dan ajarannya barang siapa yang menjadi penagih arak tegar maka 
dengan sendirinya akan mempunyai kedudukan dalam kerajaan atau terus menjadi 
Menteri atau menjadi Pengerusi di dalam badan-badan berkanun. 


Perhatikan nama-nama besar yang dilantik oleh kelas penguasa dalam Badan 
Berkanun atau GLC, kesemuanya diketahui ramai sebagai adalah penagih arak 
tegar. Nama Pengerusi TNB-Tenaga Nasional Berhad jika dia menjadi penagih arak 
tegar, mungkin boleh dimaafkan kerana itu budaya kaumnya yang dikenali dengan 
etnik Iban dan dia pula tidak beragama Islam, tetapi bagaimana dengan Pengerusi 
Telekom Malaysia yang namanya jelas sudah pasti beragama Islam dan ada hubungan 
keluarga dengan Imam Besar Islam Hadhari, khabarnya sampai peringkat mesyuarat 
Lembaga Pengarah TM pun bawa bekal arak, begitu juga sudah diketahui umum 
bagaimana Pengerusi MAS yang juga beragama Islam menggunakan kedudukannya 
sebagai Pengerusi syarikat penerbangan itu memesan dan dibekalkan arak yang 
khususnya untuknya bila dia menaiki pesawat. 


Kesimpulannya sekarang semua yang menguasai negara ini dikalangkan orang Islam 
bermazhab Islam Hadhari, pernah dikatakan Imam Besar juga pernah didapati 
berada di kawasan botol-botol arak yang bertaburan. Itu sebab di dalam UMNO 
sendiri selepas bekas Setiausaha Agongnya yang juga anak seorang sheik di 
Perlis boleh dikelaskan sebagai penagih arak tegar, kini UMNO masih lagi 
menyimpan seorang penagih arak tegar yang memegang jawatan Bendahari UMNO. 
Kalau senang-senang pergi ke daerah Bangsar, Kuala Lumpur . kemungkinan akan 
bertemu dengan nya dan lihatlah sendiri. 


Dan terakhir dalam merealisasikan ide Islam Hahdhari di mana penagih arak tegar 
mendapat tempat dalam kerajaan ialah pelantikan PAC oleh Parlimen atau 
Jawatankuasa Akaun Awam yang juga pengerusinya oleh penagih arak tegar. 


Itu sebab tindakan Ismail Sabri tidak hadir majlis perasmian acara yang di 
pengerusi oleh Mokhzani Mahathir menjadi persoalan yang mana satu afdal atau 
prinsip? Tidak payah hadir kerana tidak jadi ahli UMNO atau tidak payah hadir 
kerana Pengerusinya penagih arak? Yang mana nak ikut, Islam Hadhari atau ahli 
sunnah waljamaah, mana yang utama, 


Maka hari ini lengkaplah Islam Hadhari dengan Imam Besarnya berpegang kepada 
sajak Mencari Damai Abadi melengkapkan misi dan visi yang di cita-citakan oleh 
Kalimullah a/l Masheerul Hassan supaya UMNO ini dikuasai oleh orang-orang yang 
menjadi penagih arak kerana Imam Besar penagih arak tegar yang menjadi 
penasihat Abdullah Hj Ahmad ini akan dinobatkan sebagai Panglima Setia Mahkota 
yang bergelar Tan Sri dalam minggu hadapan. 


Berbalik kepada kenyataan di atas, Penagih Arak tegar Zaid Ibrahim yang mana 
pada masa PRU-12 berada di Australia dan tidak campur tangan langsung dalam PRU 
itu, dilantik menjadi Menteri atas kehendak Perdana Menteri de facto Kamalludin 
Abdullah jelaslah menunjukkan kebijakan peguamnya tidak menunjukkan kebijakan 
politiknya. 


Inilah tokoh-tokoh yang akan disebut dalam masa 10 dan 20 tahun akan datang 
akan menjadi penyebab kehilangan dominan Melayu dan berkuburnya UMNO. Kenapa 
tidak? Tidak kah dia faham bahawa Hakim-hakim adalah lantikan yang mewakili 
Yang Di Pertuan Agong berdasarkan prinsip amalan dahulu bahawa soal keadilan 
terletak di tangan Raja Pemerintah sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu. 


Konvensyen sistem monarki itu berpindah kepada raja berperlembagaan maka dengan 
sendirinya Hakim tetap kekal di bawah bidang kuasa raja dan hanya mencalonkan 
diserahkan kepada Perdana Menteri tetapi jika ada satu badan lain yang 
menyiasat dan mengesyorkan pelantikan Hakim, maka lebih baiklah di pinda sahaja 
Perlembagaan Malaysia atas bidang kuasa Majlis Raja-Raja dan jadikan Raja-Raja 
Melayu seperti Pesuruhjaya Sumpah sahaja. 


Hari ini dia tidak faham sistem berorganisasi, Menteri Penagih Arak Tegar yang 
dilantik dan dipertahankan oleh seorang anak ulama dan cucu Ariffbillah dalam 
kabinet kerana dia ahli UMNO. Perlembagaan UMNO mempunyai susun aturnya untuk 
ahlinya dan termasuk yang sewajarnya dipatuhi. 
Tidak timbul soal pertahan atau tidak kepada Perdana Menteri, persoalan nya 
ialah kepada fasal 20.8 Perlembagaan UMNO yang menyebutkan bahawa seorang ahli 
antara lainnya ialah mengikut perintah-perintah parti dan patuh dan menghormati 
keputusan-keputusan parti. 


Dalam bab ini penagih arak tegar ini sudah melanggar arahan yang dibuat oleh 
Setiausaha Agong UMNO yang menjalankan tugasnya di bawah fasal 9.8.4. 
Perlembagaan UMNO antara lain bertanggung jawab kepada Presiden. 


Kebodohan yang ketara oleh Menteri Penagih Arak Tegar ini menujukan dia bukan 
seorang peguam yang hebat, kekayaan yang diperoleh kerana banyak tugas-tugas 
guaman ULC-Umno Link Company khasnya UEM diserahkan kepadanya dan keuntungan 
itu dia boleh melantik peguam-peguam yang baik dengan gaji yang tinggi. Itu 
sahaja. 


Bertambah pula sekarang Abdullah Hj Ahmad dan Perdana Menteri De Facto 
Kamalludin Abdullah banyak masalah undang-undang, dari kes penjualan minyak 
untuk makanan sehingga kepada penglibatan Scommi dalam beberapa kepentingan 
perniagaan kerajaan Maka dengan sendiri penagih arak tegar ini boleh memberi 
nasihat undang-undang. Itu sebab dia berusaha sangat untuk adakan Suruhanjaya 
Kehakiman yang melantik Hakim. Jika setelah Abdullah Hj Ahmad tidak menjadi 
Perdana Menteri, bolehkah dijamin kes-kes yang di bawa ke Mahkamah yang 
melibatkan Abdullah Hj Ahmad, anak dan menantu, yang Hakim-hakim itu tidak 
berterima kasih kepada Abdullah Hj Ahmad dengan sebab dia berada menjadi Hakim 
kerana ada suruhanjaya itu? Sendiri tanya sendiri jawablah. 


Sang Kelembai: Menjadi kebiasaan bahawa setiap orang akan mempertahankan 
seorang lagi jika orang itu persamaan dengannya. Maka jangan jadi hairan jika 
Menteri Penagih Arak Zaid Ibrahim ini hendak mempertahankan Abdullah Hj Ahmad 
kerana dia amat mengetahui bahawa selagi Abdullah Hj Ahmad menjadi Perdana 
Menteri dan Presiden UMNO maka terpeliharalah kesemua penagih arak yang tegar 
atau pun tidak. Hanya diminta dijauhkan Allah jangan semua keputusan 
kepentingan rakyat diperbuat di atas meja yang botol-botol atau gelasnya tengah 
berlaga dan jangan lupa kes JAWI menangkap budak Islam disko, siapa yang 
membebaskan?
       

Kirim email ke